Bab 23

2.2K 282 20
                                    

"LUIZ WATCH OUT!!" Jerit Bella nyaring.

Bang! Bang! Bang! Bang!

Siapa sangka jejak sahaja mereka berdua di tingkat 2, kehadiran mereka sudah siap sedia ditunggu oleh 10 orang anak buah Eva yang masing masing lengkap bersenjata api.

Luiz yang baru sahaja dihempap oleh badan gadis itu ditarik laju bersembunyi di belakang salah satu tiang rumah Eva.

"Are you okay?! Kena dekat mana mana tak?" Tanya Bella cemas. Habis seluruh muka dan badan Luiz daripada atas hingga ke bawah dibelek dan diraba.

Tangan Bella ditepis kasar.

"Jangan nak ambil kesempatan di atas kesulitan please. Nak raba tu sekali je cukup," kata Luiz mendatar.

Bella tergelak halus. Alamak kantoi.

"You tunggu sini kejap..." dua pistol semi auto berwarna hitam dibawa keluar daripada dalam poket seluarnya sebelum Bella melangkah kehadapan tanpa sedikitpun rasa gentar.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan demi tembakan kedengaran kuat memenuhi seluruh ruangan tingkat itu.

Luiz menyilang kedua tangannya naik separas dada. Kepalanya disengetkan sedikit menjengah keluar ke hadapan, melihat gadis yang bernama Bella sedang menggila mencabut nyawa manusia tanpa sedikitpun rasa simpati.

'What a beautiful devil' bisik satu suara samar samar berlalu dicuping telinganya, atau lebih tepat dalam fikirannya.

"Hurm.... Devil? She more like goddess to me, maybe a pervert goddess," kata Luiz datar.

Setiap sorang anak buah Eva pasti akan menerima beberapa tembakan tepat dibahagian dada dan di mata kanan. Dan apabila gadis itu sudah hampir. Pisau yang berbentuk spiral Jay berikan pula dijadikan senjata untuk melibas kepala musuh sehingga hampir terputus.

Bukan itu sahaja setiap kepala yang jatuh kelantai Bella akan memijak pula dengan kasut yang dipakai beberapa kali.

"How dare you try to shoot my boyfriend!" Kata Bella keras sambil menghentakkan salah satu kepala anak buah Eva ke dinding sehingga tempurung kepalanya pecah.

"Hurmm... No no no. I take my words back.... Pretty sure she is a devil. Pervert psycho Fredja," gelakan halus terhasil.

Hanya 5 minit sahaja masa yang diambil oleh Bella untuk membunuh kesemua anak buah Eva yang menyerang mereka berdua tadi.

Kaki melangkah semula kearah dinding dimana Luiz berselindung.

"You jom..." ajak Bella tenang sambil tersenyum manis sehingga menampakkan baris giginya yang putih.

Luiz melihat pakaian Bella yang kini sudah bercorakkan darah daripada atas hingga ke bawah.

Satu kain putih diambil daripada dalam jacket baju yang dipakai.

"Kotor..." kata Luiz mendatar sambil mengesat lembut darah yang terpalit pada wajah gadis itu.

Bella terkaku.

"Jay?" Soal Bella dengan dahi yang berkerut.

Muka Luiz berubah dingin. Selesai mengelap, kain tadi disimpan semula ke dalam jacket bajunya.

"My name's Luiz," ucap Luiz keras dan mendatar. Kemudian dia melangkah dahulu meninggalkan Bella dibelakang.

Perlahan-lahan bibir Bella terukir senyuman senget. Tangan kanannya naik menyentuh muka sendiri.

"Awww... How sweet..." Bella tergelak sebelum dia mula mengejar langkah Luiz.

Satu persatu pintu pintu bilik meeting dalam rumah itu ditendang kuat oleh Bella, ada yang sampai tertanggal terus. Sengaja dia tidak menggunakan tombol pintu, katanya untuk menakutkan anak buah Eva yang berada di dalam bilik itu.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now