Bab 24

2.3K 271 6
                                    

Luiz melihat lelaki itu atas bawah. Siapa dia ni? Daripada mana dia datang? Sedangkan hampir kesemua tempat dia dan Bella sudah geledah. Macam mana mereka berdua boleh tak perasan akan lelaki ini tadi?

"Andre, what are you doing here? Where's Eva?" Soal Bella di sisi Luiz.

"Miss Bella, why are you doing this? Kenapa kau lawan cakap Eva? Tengok apa yang dia dah buat? Kenapa kau letakkan diri kau dalam bahaya?" Soal Andre sambil kedua bahu tangan Bella digenggam erat. Suaranya kedengaran agak kesal. Mungkin juga dia terkilan.

"Hand off dude... " tegur Luiz laju. Jelas dia tidak menyukai melihat lelaki itu menyentuh bahu Bella.

Adakah dia jeles?

Ah ngarut.

"Excuse me... Mr Luiz?... Or right now Mr Jay?" Soal Andre sambil memandang wajah beku jejaka itu.

Luiz jelas terkejut mendengar soalan Andre. Terbuntang luas biji mata. Sudah pasti dirinya sudah diselidik sampaikan lelaki itu tahu nama personalitinya yang lain.

"Luiz..." kata Luiz sepatah. Mukanya automatik berubah menjadi dingin sedingin salju.

"Okay Mr Luiz. Boleh tak bagi aku ruang untuk settelkan masalah ni dengan Miss Bella," kata Andre mendatar.

"Apasal pulak aku tak boleh masuk campur?" Lawan Luiz semula.

"It's family matter..." jawab Andre.

"Kau family dia ke? Tak kan? So kau tu pun orang luar je, takpayah nak acah sangat. Hal dia hal aku jugak. Musuh dia musuh aku. Aku terperangkap dekat sini sebab Eva. So aku nak dengar jugak apa yang korang nak bincangkan tu," balas Luiz laju. Panas hatinya melihat muka bersahaja lelaki kacukan italy di hadapannya ini. Padahal dia tahu Andre ini merupakan ayah kepada Bella. Memandangkan Jay sudah memberitahu perkara itu dalam kepalanya. Tapi, lantaklah ada aku kisah?

Bapak dia, bukan bapak aku.

Bella yang berada diantara tengah mereka sudah menahan gelak. Dalam hati dia hanya menahan riang. Luiz jeles ke? Oh my god.

"Memang aku family dia!" Balas Andre juga tidak mahu kalah. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

Luiz hanya memberikan senyuman senget dengan kedua tangan yang disilang separas dada.

"Bukti?" Katanya sepatah. Bicaranya seperti main main.

Makin panas hati Andre melayan jejaka itu. Orang nak cepat boleh pulak dia nak minta bukti bagai. Ngarut betul.

Bella yang sepertinya sudah tidak dapat menahan gelak, terus terhambur gelak tawanya kuat.

"Stop it Andre. And you too Luiz..." kata Bella sebelum memandang wajah kedua dua jejaka di hadapannya itu.

Luiz hanya membuat muka tidak bersalah.

"Andre, mana Eva?" Soal Bella mengulang pertanyaannya sebentar tadi.

"Eva takda dalam rumah ni..." balas Andre sedikit perlahan.

"And why are you here then..."

"To protect you..."

"From what? This shitty hell?" Soal Bella sambil menjuihkan mulutnya ke arah berpuluh mayat dibelakang Andre.

"No..." balas Andre sepatah sebelum kepalanya menoleh ke arah Luiz.

"From him..." sambungnya lagi.

Luiz masih lagi kekal seperti tadi menayang wajah dinginnya. Manakala dahi Bella sudah berkerut seribu.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now