"Luiz, betul ke you nak ikut jugak naik tingkat 3?" Soal Bella kepada Luiz mendatar. Badannya elok menyandar pada dinding lift.
"Kenapa pulak tak boleh, aku nak jugak tengok apa benda yang ada dekat tingkat tiga tu," balas Luiz yang berdiri di tengah-tengah antara Bella dan Andre.
"Hmmm,"
Andre terus membuat muka apabila mendengar ayat Luiz. Entah kenapa dia tidak gemar langsung dengan lelaki kacukan Ukraine itu. Menyebalkan. Rasa macam nak pijak pijak je muka acah suci tu.
Ting!
Pintu lift terbuka perlahan-lahan, menampakkan lagi isi seluruh tingkat neraka itu.
Bella dan Andre hanya menayang muka bersahaja memandangkan mereka sudah biasa dengan suasana itu tetapi tidak bagi Luiz yang sudah melopong melihat keadaan tingkat tiga di hadapannya.
"Bella," panggil Luiz sedikit perlahan.
"Hmm?" Gadis itu pusing kepala menghadap Luiz.
"Mak kau ni-"
"Gila kan?" Pintas Bella laju. Luiz angguk kepala. Memang betul apa yang Bella cakapkan, tingkat itu seolah-olah sudah tidak seperti suasana dalam rumah lagi. Tapi dah macam hutan betul. Malah lantai juga bukan menggunakan mozek ataupun karpet. Tetapi tanah dan juga pasir pasir keras. Malah ada juga rumput rumput dan lalang yang setinggi pinggang.
Bunyi burung, monyet dan macam macam lagi bunyi haiwan yang lain kedengaran sebaik sahaja pintu lift itu terbuka.
"Hahahahahahahaha, tapi dia bukan setakat gila je tau. Perangai pun boleh tahan macam sampah jugak," kutuk Bella selamba.
"Miss!" Tegur Andre sedikit keras.
"What? You tak suka i kutuk dia?" Soal Bella semula. Wajah Andre direnung tajam. Kening sebelahnya dinaikkan tinggi, sengaja menganjing.
"Eva tu ibu Miss Bella," kata Andre lagi.
"So what bruh? You wanna smack my head? Cause i talk shit about her?" Tawa halus terlepas dari mulut Bella. "Stupid ass mother," sempat lagi Bella mengutuk sebelum dia melangkah keluar dari dalam lift sebelum diikuti oleh Luiz di belakang.
Andre hanya mampu mengeluh panjang. Nak marah lebih lebih pun tiada guna. Perangai Bella memang sudah sejak azali lagi sangat keras kepala. Dia sendiri sudah maklum dengan perkara itu.
Akhirnya Andre juga turut mengekor langkah Bella. Keselamatan Bella lebih penting saat ini.
Bella menyelak daun daun pokok yang menghalang pandangannya.
"Agak agak butang tu dia letak dekat sini ke? Ke tempat lain? Tempat mana lagi yang ada selain dekat sini, tingkat ni je yang tinggal," bebel Bella sendiri.
Sedang mereka bertiga meredah semak semak hutan, telinga Bella menangkap bunyi sesuatu. Sesuatu yang tidak asing dalam hidupnya sepanjang menjadi kurungan Eva Elizabeth di tingkat neraka ini.
Pisau berbentuk spiral yang terselit belakang poket seluarnya dibawa keluar sebagai langkah berjaga-jaga.
Andre juga sudah siap sedia dengan pistol hitamnya di tangan apabila melihat reaksi Bella.
"Luiz," panggil Bella tanpa menoleh kebelakang.
"Hmmm?" Sahut Luiz.
"Pistol you banyak lagi peluru?" Tanya Bella perlahan.
Luiz memeriksa pistolnya. Jaket bajunya juga diselak.
"Ermm banyaklah jugak," balas Luiz semula.
"Good, cause you fucking need it right now,"
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystery / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...