Bab 28

2.1K 284 26
                                    

"Arghh!!!! Sial!" Kuat Bella memekik sebelum matanya menikam kembali anak mata Andre.

"Aku tak habis lagi dengan kau!" Tepat jari telunjuknya dihala pada muka Andre. Bella kemudian terus melangkah pergi meninggalkan Luiz dan Andre di situ. Dalam mereka berdua tidak sedar bibir kecilnya sempat tersengih sebelum pintu lift tertutup rapat.

"Hmm aku rasa telinga aku tak pekak lagi tadi," Luiz memulakan bicara. Matanya tidak terarah pada Andre. Hanya suaranya yang dingin itu sahaja menjadi pengantara.

Tangannya dimasukkan ke dalam jaket baju.

"L-luiz... dengar dulu apa aku nak cakap," suara Andre mula gagap. Adakah ajalnya telah tiba?

Sengihan halus terlepas daripada mulut Luiz sebelum wajahnya ditoleh ke arah Andre.

"Aku tipu jelah, aku mana ada dengar apa apa. Dah jomlah keluar dari sini," kata Luiz mendatar sebelum kakinya mula melangkah ke arah lift. Simbol anak panah bawah ditekan.

"Taknak turun sekali ke?" Tanya Luiz yang sudah berpusing memandang Andre yang masih lagi kaku di tempatnya tadi.

"N-nak t-turun lah ni," Andre gagahkan juga kakinya yang kini terasa lemah. Betul ke Luiz tidak mendengar ayatnya tadi. Tapi kalau dia menipu kenapa reaksinya hanya tenang mendengar ibunya diculik?

Masing masing menyepi sampailah mereka sampai di tingkat bawah. Bella sudah menunggu mereka betul betul di hadapan pintu masuk rumah yang kini sudah terbuka luas.

"Eh? Hidup lagi? Ingatkan dah mampus?" Selamba Bella berkata sambil tangan elok menyilang pada dada memandang Luiz dan Andre.

"Siapa? Aku ke?" Tanya Luiz dengan jari menunjuk pada diri sendiri. Kaki semakin dekat melangkah ke arah Bella.

"Tu makhluk sebelah you tu," jari telunjuk dihala ke arah muka pucat Andre yang berada di sebelah Luiz.

"Kenapa dia nak kena mampus pulak?" Tanya Luiz mendatar.

"Ajal dah sampai. Lagipun dah tua. Tua tak berakhlak pulak tu," selamba badak Bella mengutuk.

Luiz tergelak halus.

"Bukan dia bapak kau ke?"

"Siapa?"

"Si tua yang tak berakhlak ni lah," mulut Luiz menjuih ke sebelah.

"Rela i mati dari mengaku dia bapak i. Ni jenis muka muka orang tamak yang hipokrit," Bella melangkah mendekati Andre dengan wajah yang sinis sebelum henfon pada tangan Andre dirampas.

"Eva, Bella dan Luiz dah berjaya keluar daripada rumah," Bella membaca kandungan mesej yang tertulis pada skrin telefon.

"See? Kan betul i kata. Orang tua ni tak berakhlak," kata Bella mendatar.

Luiz di sebelahnya tergelak halus. Manakala Andre?

Sudah seperti hilang seluruh darah dalam badannya.

"Bella, memang betul aku bukan ayah yang baik. Tapi aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau ikhlas daripada hati aku. Aku betul betul tak nak tengok kau merana," kata Andre perlahan. Raut mukanya jelas kerisauan. Seolah olah seorang ayah yang risaukan keselamatan anak perempuannya.

"Lama lama tengok dia ni makin menyirap pulak darah aku," Bella terus melangkah keluar dari pintu. "Luiz, jom," panggil Bella yang sudah melangkah makin jauh.

"Andre," panggil Luiz yang masih lagi  berdiri ditempatnya. Kemudian mulut Luiz tersengih sinis. Tangannya elok diletakkan dalam kocek seluar.

"Dah dah lah tu berlakon," kata Luiz lagi sebelum dia terus melangkah pergi mengikuti Bella.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now