Sudah sehari?
Dua?
Entah Luiz sendiri tak pasti sudah berapa hari dia dikurung dalam bilik ini. Bilik yang suram dan malap. Dia hilang punca waktu. Entah pukul berapa sekarang, pagi ke malam. Dia tidak tahu. Bilik ini tidak mempunyai tingkap. Hanya bantuan cahaya lampu sahaja yang digunakan untuk menerangi ruangan.
Dalamnya juga kosong, tak banyak perabot. Hanya ada satu katil bujang dan tandas. Itu sahaja. Semacam penjara pun ada.
Dan Luiz pula, sudah beberapa hari ubatnya tidak disentuh. Andre tidak memberikan kepadanya.
Jadi dalam bilik itu bukan hanya ada dia sorang. Luiz kadang kadang mendengar suara orang lain. Suara personalitinya yang lain. Bunyi bunyi yang tak ada. Makhluk makhluk yang direka. Halusinasinya makin teruk. Bila malam menjelma dia akan teringat kembali seksaan seksaan yang ibu kandungnya pernah buat ketika dahulu.
Luiz akan menjerit dan meraung. Tetapi Andre tetap tidak peduli tentangnya. Atau mungkin memang itu tujuan utama mereka, untuk menyeksa mental Luiz sehingga rosak.
Jika itu tujuannya.
Tahniah.
Kerana mereka sudah berjaya.
Bam! Bam! Bam!
Pintu bilik itu diketuk kuat.
"Andre! Bukak pintu ni lah sial! Sampai bila kau nak kurung aku dalam ni!" Jerit Luiz kuat.
Bam! Bam! Bam!
"Andre!"
"Bagi ubat aku semula Andre. Tolonglah!" Jerit Luiz lagi.
"Aku tak kisah kalau kau nak kurung aku! Aku tak kisah kau nak biar aku kebulur sampai mati pun aku tak kisah! Tapi tolong bagi ubat aku. Aku betul betul perlukan benda tu!"
Sunyi.
Tiada jawapan mahupun sahutan daripada lelaki bernama Andre.
'Luiz kau tahu tak sekarang pukul berapa?'
Luiz pantas menoleh belakang. Tiada sesiapa. Hanya dia sahaja di dalam bilik kurungan itu. Dadanya berombak turun naik.
'Luiz mama sayang Luiz, Luiz anak baik kan?'
Luiz tutup kedua telinganya. Dahinya berpeluh peluh. Suara itu seakan realiti. Seolah olah pemilik suara itu betul betul berada bersama dengannya dalam bilik itu.
'Kau anak derhaka! Aku benci tengok kau! Kau punca Marcel mati tahu tak!'
Luiz sudah terduduk atas lantai. Kedua lututnya dirapatkan kedada.
"Tak, ni halusinasi. Ni semua halusinasi aku," ulang Luiz berkali kali.
'Kau yang patutnya mati! Bukan Marcel! Dasar anak derhaka!'
'Luiz kau kena terima yang aku ni sebenarnya diri kau'
'Kau pembunuh!'
'Kau ni memang anak dehaka!'
'Sekarang pukul berapa?'
'Mana Bella?'
'Luiz selamatkan mamaaaa'
'Bella dah mati Luiz, kau gagal selamatkan dia,'
"Tak! Tak! Tak!" Laju nafas Luiz turun naik. Mukanya dibenamkan antara dua lutut.
'Nama aku? Bella. Bella Lavender Rose,'
'Aku akan datang balik jumpa kau satu hari nanti'
'Bila aku datang jumpa kau semula. Masa tu aku akan tunaikan janji aku. Aku akan bunuh kau'
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Gizem / Gerilim(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...