'Jagakan anak aku baik baik Jay'
Ayat Andre terulang kembali dikepala. Jay pandang semula mayat Andre yang kini sudah tiada nyawa di atas lantai bilik itu.
Dia nak jumpa aku sebab tu je? Sebab dia takut yang aku akan sakiti anak dia?
Muncung pistol digaru ke dahi. Aneh aneh orang zaman sekarang. Jay bangun semula daripada mencangkung. Sekeliling bilik itu diamati.
"Aku dekat mana ni?" Tanya Jay keliru.
Pintu bilik dibuka. Ada semacam tangga untuk naik ke tingkat atas.
Tangga itu didaki sebelum akhirnya terjumpa pula dengan satu pintu untuk keluar daripada basement bawah.
Dia melangkah ke arah dapur. Perutnya sudah berkeroncong meminta makanan.
Bodoh! Nak panggil aku panggil jelah cara lain. Ni dia kurung aku bagi kebulur. Jadah kau. Nasib dah mati. Kalau tak mati tadi memang aku sendiri bunuh dia sampai mampus.
Mata Jay terarah pula pada satu tudung saji yang terletak di atas meja makan.
Tudung saji itu diangkat. Di bawahnya ada sepinggan bubur, sepinggan nasi, sepinggan lauk yang penuh dan masih panas, secawan air jus apple dan sehelai kertas nota.
Nota itu dicapai.
"Jay, aku minta maaf sebab terpaksa biar kau kebulur. I don't know what else cara yang boleh panggil kau keluar. Bila kau baca surat ini aku tahu maknanya kau dah keluar daripada bawah basement dan aku sudahpun meninggal dunia. Kalau kau dah baca surat ini maksudnya aku dah bunuh diri, dan makna lainnya pula aku dah tahu yang kau takkan sakiti Bella. Aku tahu aku bukan ayah yang baik untuk dia Jay, aku banyak sakitkan hati Bella. Aku biar dia terus bergelumang dengan seksaan daripada Eva. Aku tahu aku tak layak untuk dipanggil ayah. Tapi aku nak kau tahu yang aku memang betul sayangkan anak aku. Cuma hidup aku tersekat diantara Eva dan Bella. Jay, aku minta maaf sebab minta benda ni pada kau tapi tolong bunuhkan Eva untuk Bella. Hidup kau dengan hidup Bella hampir serupa. Selagi Eva hidup, selagi tulah hidup Bella akan terancam dan terikat dengan kehidupan sebagai pembunuh upahan. Tolong bebaskan anak aku Jay. Aku merayu pada kau. Lepas kau dah bebaskan Bella daripada Eva aku tak kisah kalau kau nak kahwin dengan anak aku. Aku harap kau dengan Luiz dapat jaga dia baik baik sepenuh hati kau.
Bella sekarang berada di Raston Villa. Cari dia. Selamatkan dia daripada Eva.
Note: tolong bakar rumah ni lepas daripada kau keluar. Biarkan mayat aku terkubur sekali dengan rumah ni,"
Selesai baca, lelaki itu termenung sebentar.
"Yeay dapat kahwin," seloroh Jay tiba-tiba.
Kerusi meja makan ditarik sebelum dia terus melabuhkan punggungnya. Dengan penuh selera, Jay terus makan kesemua makanan yang terhidang atas meja itu.
Sesekali kertas nota yang Andre tulis itu dilihat semula sambil mulut yang penuh mengunyah.
"Apa yang dah jadi ni? Aku tak faham lah. Apa dah jadi masa dekat rumah Eva haritu? Macam mana Luiz boleh kena tangkap ni?" Ngomelnya sendiri.
Selesai sahaja makan, seperti permintaan Andre yang berada dalam nota. Luiz terus membakar rumah itu sehingga rentung dan tidak meninggalkan satu habuk apa sekali pun.
Rumah yang sedang dijilat api marak itu dipandang kosong.
"Kau tahu siapa yang lebih jahat daripada orang jahat?"
"Orang baik yang diam melihat kejahatan," Luiz tersengih.
"Nasib kau bagi aku makan Andre. Kalau tak memang aku seksa mayat kau cukup cukup..." kata Luiz lagi sebelum dia terus melangkah ke arah kereta Andre yang berada di hujung jalan dengan tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystery / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...