"LUIZ! STOP!" Jerit Bella tiba-tiba.
Jari yang hampir menekan pada pemicu pistol itu terkaku.
"Whatever yang you nak buat sekarang ni. Just stop. Don't do it!" Jerit Bella lagi.
"Aku tak kisah..." dingin suara Luiz menutur.
"Luiz! Bilik ni kedap, and kita bawah tanah sekarang ni. Cermin tu tebal. Lebih daripada 1.5cm! Maybe you need to shoot a couple of bullets untuk pecahkan cermin tu! No Luiz! Don't do that! Nanti ada effect dekat pendengaran you!" Merah muka Bella menahan amarah. Atau lebih tepat, penuh kerisauan. Dia risaukan keadaan Luiz.
Bella tak mahu Luiz bertindak gila saat ini. Lebih lebih lagi dengan mempertaruhkan dirinya sendiri.
Eva yang berada di bilik satu lagi sudah tergelak suka.
"Gila..." gumannya cukup perlahan namun masih boleh didengar.
Satu senyuman sinis terukir di hujung bibir Luiz.
"Yup. Aku memang gila,"
BANG!
BANG!
BANG!
BANG!
Masing-masing terkejut melihat tindakan gila Luiz.
Empat tembakan di lepaskan pada permukaan dinding kaca itu. Hasil daripada tembakan Luiz tadi dinding kaca itu kini mula retak seribu. Hanya perlukan satu hentakan sahaja untuk ia pecah berderai.
Tangan kiri Luiz naik menekup telinganya yang terasa bingit. Ada satu cecair hangat mengalir keluar dari telinga kirinya.
Apa ni? Darah ke?
"Kau ni memang degil," laju tangan Eva menekan butang remote control yang berada dalam genggaman tangannya.
Dan sekali lagi leher Bella dijerut, kalini tali itu menjerut hingga badannya ternaik tinggi keatas. Muka Bella mula memerah kerana jerutan kuat di lehernya itu.
Pranggg!
Dengan sekali tendangan sahaja dinding kaca itu pecah. Pantas Luiz mendekati Bella sebelum sebilah pisau yang berada dalam jaket bajunya dikeluarkan. Tali yang menjerut leher wanita itu pantas dikelar menggunakan pisau tajam itu.
Bella terduduk semula atas kerusi. Jelas tampak tercungap-cungap mencari nafas. Gila. Gila punya betina! Sanggup dia buat macam ni dekat anak sendiri.
"Hey, are you okay?" Tanya Luiz sebelum meleraikan tali dileher gadis itu. Kemudian ikatan rantai besi pada tangan Bella juga turut dilepaskan.
Tajam mata Bella menjeling ke arah Luiz.
"Are you crazy! Huh! Kenapa you buat macam tu tadi!" Tengking Bella kuat. Bahu Luiz dipukul berkali kali.
Kening Luiz berkerut. Melihat dari gerak bibir Bella. Dia yakin gadis itu sedang menjerit dan memarahinya. Tetapi mengapa hanya samar samar sahaja suara Bella berlalu di telinganya.
Takkanlah...
Pap! Pap! Pap!
Eva menepuk tangannya berkali kali. Serentak mata Bella memandang ke arah betina sialan itu.
Melihat daripada lirikan mata Bella, Luiz turut memandang ke arah yang sama.
"Wow! Impressive! Aku sungguh tak sangka kau sanggup pergi sejauh ni untuk selamatkan seorang pembunuh gila macam Bella," tutur Eva dengan nada yang cukup menganjing.
Ahhh....
Melihat daripada gerakan bibir Eva yang tidak mengeluarkan suara itu. Luiz sedar telinga kirinya itu kini telah rosak.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystery / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...