Selesai sahaja membersihkan diri, Bella terus melangkah ke arah ruangan bawah tanah semula.
Biarlah Luiz main pondok pondok dengan mamanya itu lama lama sikit.
Pintu bilik pertama ditolak ke dalam. Bilik dimana ibu kandung Luiz berada.
Bibir Bella tersenyum lebar. Faridah yang masih duduk atas kerusi dalam keadaan berikat itu serta merta menoleh ke arah Bella.
"Hi Faridah.... How are you? Still good?" Selangkah demi selangkah Bella mendekati sebelum dia mencapai sebuah kerusi kayu yang ada disisinya.
"Puas dah berlakon gila?"
Kerusi itu diletakkan betul betul di hadapan Faridah.
"A-apa awak cakap ni. Saya nak Luiz! Mana Luiz!" Jerit Faridah mula meracau.
"Hahaha Faridah sudah sudah lah tu, kau mungkin boleh tipu Eva, kau mungkin boleh tipu doktor kau, kau boleh tipu anak kau, kau boleh tipu satu dunia. Tapi kau tak boleh tipu aku," kata Bella mendatar.
Faridah masih lagi seperti tadi. Wajahnya jelas tampak cuak dan ketakutan.
"Hmmm kau sebenarnya tak gila kan? Hahaha kau pura pura je selama ni" bicara Bella semula.
Perlahan-lahan wajah Faridah yang tadinya tampak cuak mula berubah sinis.
"Pftt HAHAHAHAHAHA aku tak sangka rahsia aku boleh terbongkar Hahahahahahahah. Tell me Bella, dekat mana silap aku sampaikan kau boleh tahu?" Tanya Faridah mendatar.
Dalam diam hujung bibir Bella tersengih sinis.
Aku dah agak dah.
"First of all, setiap kali Luiz melawat kau dekat tempat gila kau tu. Mesti keadaan mental dia makin teruk. Benda ni kerap sangat berlaku. Let say yang kau betul betul gila. But takkan tiap kali dia tengok kau dia jadi macam tu. And aku tengok mental dia macam betul betul terseksa setiap kali dia lawat kau," terang Bella tenang.
"Kau sengaja buat macam tu dekat dia kan?" Tanya Bella mendatar.
"HAHAHAHAHAHA lagi? Selain daripada tu?" Tanya Faridah semula.
"Second, takde sebab untuk kau jadi gila. Aku dah korek masa silam kau dalam masa 2 bulan. Aku tahu apa yang kau buat sepanjang hidup kau," jawab Bella.
"Dan masa first time aku datang rumah kau. Sebenarnya kau yang upah aku untuk bunuh pembantu rumah kau masa tu. Betul tak? Kau sengaja bagi aku dengan Luiz berjumpa. Sama macam ayah kau, kau, dan jugak Luiz, korang ni sebenarnya psychopath yang berdarah dingin. Dan aku juga tahu, bukan Eva penyebab Kamal mati. Tapi kau," sambungnya lagi.
"Wow, impressive. Hahahahahaha jujur aku sangat kagum dengan kau. Kau betul betul dah buktikan pada aku yang kau ni daripada keturunan Rose. Bagus Bella. Aku suka," balas Faridah sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Cuma satu je yang aku tak tahu dan aku masih tak faham sampai sekarang," celah Bella laju.
"Apa dia?" Tanya Faridah bersama senyuman.
"Kenapa aku?" Soal Bella ringkas.
Senyuman Faridah semakin sinis.
"Did you know? Gen psychopath boleh diturunkan melalui keturunan. And can you imagine apa anak yang akan lahir kalau kau dan anak aku bersama? HAHAHAHAHAHA. Seorang daripada gen psychopath pembunuh berdarah dingin. Seorang lagi dari gen psychopath berpenyakit mental juga pembunuh yang berleluasa,"
Wajah Bella tidak menunjukkan reaksi apa apa. Hanya beriak selamba. Dia sudah dapat mengagak jawapan itu yang akan keluar dari mulut Faridah.
"Jadi selama ni kau seksa Luiz Martin bukan sebab Luiz Marcel hilang? Tapi memang sebab kau nak jadikan dia gila?" Tanya Bella serius.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystère / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...