Bab 41

2.6K 352 25
                                    

Bella merenung tangan kecilnya yang sedikit menggigil itu. Sepanjang hidupnya, tidak pernah dia rasa segementar ini. Bahkan perasaan takut juga tidak pernah wujud dalam jiwa kosongnya itu.

Tetapi harini.

Pintu dewan bedah yang tertutup rapi itu dilihat.

Walaupun hanya pembedahan kecil. Tapi memikirkan kemungkinan yang mjngkin bakal berlaku saat Luiz berada di atas meja bedah sangat sangat merunsingkan hati kecil Bella.

Macam mana kalau ada penjahat bunuh Luiz masa pembedahan sedang berlangsung?

Macam mana kalau doktor yang jalankan operasi bedah tu sebenarnya sisa sisa orang suruhan Eva?

Dia pasti Luiz tidak sedar dan tidak dapat mempertahankan dirinya jika perkara itu berlaku.

Bella mengigit kuku jarinya sendiri.

Bila bila masa sahaja musuh boleh datang tanpa dijangka.

Patut ke dia masuk dan bunuh je semua orang yang ada dekat dalam sana?

Tapi Luiz perlukan rawatan.

Ahhh macam mana ni?

Eva betul betul dah mati ke? Ke dia berlakon je? Kalau dia hidup lagi mesti dia buru Luiz.

Macam mana kalau salah sorang nurse yang masuk tadi sebenarnya Eva?

Setitik demi setitik. Cecair merah jatuh menitis ke atas lantai.

Habis kuku Bella berdarah akibat digigit terlalu dalam.

Fuck this paranoid brain!

Bella meramas rambutnya sendiri.

Tolong, tolong jangan jadi apa apa dekat Luiz. Aku merayu. Cuma dia satu satunya yang aku ada. Cuma dia satu satunya yang aku sayang dalam dunia ni. Jangan ambil dia daripada aku.

Selang beberapa jam, lampu yang menyala pada atas pintu bilik bedah itu terpadam.

Seorang doktor dan juga seorang nurse keluar daripada bilik itu sebelum terus melangkah ke arah Bella.

Nampak sahaja doktor itu keluar, Bella cepat cepat bangun daripada tempat duduknya.

"Macam mana dengan suami saya doktor?" Tanya Bella laju.

"Puan, boleh saya tanya sesuatu?" Kata doktor itu yang jelas tampak seperti kerisauan.

"Tanya apa? Kenapa? Suami saya selamat je kan?" Tanya Bella bertubi-tubi.

"Suami puan mangsa dera kes berat ke?" Senada soalan itu diutarakan.

Perlahan lahan kepala Bella mengangguk.

"I-iya dia mangsa dera,"








Lima bulan kemudian

Bella menatang sedulang air milo panas sebelum membawa air itu ke dalam bilik kerja Luiz.

"Hey buat apa tu?" Tanya Bella ceria sebelum Air Milo tadi dihulurkan kepada Luiz.

Luiz tidak menjawab namun kepalanya menoleh ke belakang. Berus dan palet lukisan pada tangannya diletakkan atas meja. Alat pendengarannya pantas dipasang pada kedua telinganya.

"Hey thanks," ucap Luiz sebelum mengambil air milo pada tangan Bella. Air itu dihirup perlahan.

Bella pula terus sahaja mengambil tempat di sebelah kerusi Luiz.

"Apa yang you lukis ni? Bunga?" Tanya Bella yang sedang ralit merenung kanvas lukisan di hadapan Luiz.

"Bunga? Nampak macam bunga ke?" Soal Luiz kembali. Air milo yang sudah habis itu diletakkan kembali atas dulang.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now