"What do you mean tiket dia tak valid?" Tanya Bella yang jelas tampak tak puas hati apabila tiket flight Luiz tidak lepas di balai pelepasan.
"Maaf cik tapi tiket dia tak ada dalam sistem kami,"
"Bullshit! I tempah tiket dia sama je tarikh dengan tiket i! Apasal pulak boleh jadi macam ni!" Kata Bella yang sudah mahu mengamuk.
"Shuhhhh Bella, jangan bergaduh dekat sini," cepat cepat Luiz tarik tangan gadis itu menjauhi pengawal yang berjaga di pintu balai. Risau jugak ada yang mampus kejap lagi.
"Apa ni! Kenapa you punya tiket boleh bermasalah? I taknak lah pergi malam ni," kata Bella yang sudah cemberut.
"Lah kau naik jelah dulu, bazir je nanti tiket flight kau. Tak ape aku boleh tempah flight yang seterusnya," pujuk Luiz lembut.
"Alaaaa taknak, nak pergi sama sama dengan you," kata Bella meleret.
"Hahaha kau ni jangan nak comel sangat boleh tak. Dah pergi cepat karang terlepas pulak. Nanti flight seterusnya aku book," kata Luix semula.
"Yelah yelah," akhirnya Bella pasrah.
Badan Luiz dipeluk erat.
"Book cepat cepat tau. Jangan lama sangat," guman Bella perlahan.
Luiz hanya mampu tersenyum melihat perangai tunangnya itu. Sempat pipi gebunya dia picit geram.
Why so cute?
"I pergi dulu. Bye bye," kata Bella yang sudah menyeret beg rodanya bersama dengan muka yang monyok.
"Bye bye. Take care sayang,"
Makin cemberut muka Bella mendengar ayat sweet Luiz.
"Eyyy dia ni kan,"
"Hahaha dah dah pergi cepat," kata Luiz.
Sebaik sahaja Bella hilang daripada pandangan, senyuman di bibir Luiz terus mati. Tangan yang melambai tadi juga perlahan lahan diturunkan.
'Kau nak jumpa dia sekarang?'
"Bila lagi waktu yang aku ada?" Jawab Luiz sendiri sebelum dia terus melangkah kearah keretanya semula. Masuk sahaja kedalam kereta, tiket flightnya yang bertarikhkan hari ini itu direnung sebelum dironyokkan. Kemudian Luiz terus sahaja memandu keretanya itu laju.
Hanya satu sahaja destinasinya sekarang.
Hospital.
Sampai sahaja di kawasan hospital itu, Luiz terus memakirkan keretanya di tempat yang agak tersorok daripada pandangan orang.
Pakaiannya memang daripada awal lagi sudah ditukar menjadi serba gelap.
Dengan kepantasan dan kecekapannya, Luiz berjaya masuk ke dalam bilik khas yang menempatkan Faridah tanpa tertangkap di kamera cctv.
Kaki Luiz melangkah semakin dekat. Katil single yang terhuni seseorang itu tajam direnung tak berkelip.
Satu kerusi kayu diambil sebelum diletakkan betul betul di sebelah katil itu.
"Assalammualaikum mama, Luiz datang ni," sapa Luiz lembut.
Dengar sahaja suara Luiz, Faridah automatik terjaga daripada tidur. Wajah pucat Luiz yang sedang merenungnya dilihat.
"Apa kau buat dekat sini hah!" Tanya Faridah yang jelas tampak ketakutan. Badannya dirapat ke dinding.
"Mama ni Luiz, bukan Jay," kata Luiz lembut sahaja berbicara.
"Kau nak apa dari aku!" Tengking Faridah.
"Mama, kenapa mama takut dengan Luiz, mama dah tak sayang Luiz ke?" Tanya Luiz lagi.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Misterio / Suspenso(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...