Yana naik tangga menuju ke biliknya. Terkejut Yana bila Aryan sudah menunggu di luar pintu biliknya. Pegun Yana lihat gaya lelaki itu bersandar pada dinding.
Dengan satu kaki kanan yang terlekap pada dinding manakala kaki kiri elok berdiri. Kedua tangan lelaki itu pula dimasukkan ke dalam poket.
Yana telan air liur perlahan. Kepala digeleng keras bila dia hampir senyum melihat ketampanan lelaki itu. Astaghfirullahalazim... Mengucap Yana!
" Eh Yana, buat apa dekat tangga tu? Mehlah sini." Aryan melambai pada Yana. Memanggil perempuan itu agar dekat dengannya.
Yana mengetap bibirnya. Kekok dan malu rasa bila nak dekat dengan Aryan. Mungkin kerana sejak tadi dia mengelamun tentang lelaki itu buat dia termalu sendiri. Muka Yana sudah memerah. Malu!
" Yana, okay ke?" Soal Aryan pelik bila muka itu sudah naik merah bila dekat dengannya.
" Okay."
" Habistu kenapa muka merah? Ada sakit apa-apa ke?" Kerisauan dari suara itu kini kedengaran.
" Merah?"
Aryan mengangguk. Dilihat Yana sudah meraba muka sendiri. Mungkin tak percaya akan warna muka yang sudah berubah.
" Jangan risau. Walaupun dah merah tetap cantik."
Yana mendengus tidak suka. Dipeluk tubuh melihat Aryan yang masih tersengih. Nak apa tah duduk depan bilik orang. Ish! Menganggu je!
" Buat apa depan bilik Yana?"
" I have something for you. Wait for a while."
Setia mata Yana melihat Aryan yang masuk ke dalam bilik di sebelah biliknya. Beg kertas dipegang lelaki itu dan dihulur padanya.
" Nah, Aryan bagi."
Was-was untuk Yana terima. Walaupun begitu, masih juga pemberian Aryan disambut baik oleh Yana. Dilihat isi dalam beg itu. Terbuntang mata Yana melihat gaun yang begitu cantik terhampar di depan mata.
" Pakai baju tu untuk dating kita dua tau."
Aryan menguis kakinya pada lantai marmar sambil tangannya di bawah ke belakang. Yana hanya membiarkan saja perangai gedik lelaki itu. Yang penting, gaun cantik ini.
Selamba Aryan merampas beg kertas dengannya. Dikeluarkan gaun cantik berwarna biru laut yang sudah penuh dengan labuci pada lengan dan pinggang. Walaupun nampak simple tapi cantik.
Aryan tersenyum manis bila gaun itu dipadankan dengan tubuh Yana. Suka bila gaun yang dibelinya memang muat dari segi ukuran yang dia buat saat ini.
" Pakai dulu. Lepas dah siap keluar bilik tau. Kita keluar terus."
Yana tidak menyambut baju gaun yang diberi Aryan. Hanya memeluk tubuh dengan mata yang masih setia melekat pada muka kacak itu.
" Kalau Yana tak nak pakai, Aryan boleh tolong pakaikan."
Terbuntang mata Yana bila Aryan sudah mahu masuk ke dalam biliknya. Ditahan sebaik mungkin badannya agar Aryan tak boleh masuk.
" A-apa yang Aryan cuba buat ni?" Lelah seketika nafas Yana jadinya.
Panik dan gelabah dengan tingkah gila Aryan. Gila ke nak pakai baju untuk dia? Ingat dia tak ada tangan ke? Yana boleh pakai sendirilah!
Aryan angkat bahu.
" Nothing... Aryan nak Yana pakai gaun ni dulu. Kalau tak, Aryan nak masuk pakaikan untuk Yana." Ugut Aryan.
Yana mengetap kuat giginya. Sudah pandai sekarang dalam mengugutnya. Kurang asam!
YOU ARE READING
His Secret Side ( Published )
RomanceNOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN Kaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidk perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatuka...