AIDEN menjeling Adeena dan juga William. Sedari tadi dua makhluk tu duk tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Dah jangan duk sengih sangat. Tolong aku angkat bagasi ni lagi bagus." Aiden menampar belakang kepala William.
Sekarang mereka berempat termasuk dengan Adel yang baru sahaja pulang dari Jordan mahu pulang ke kampung halaman atuk Aiden. Disebabkan serabut dengan permintaan Adeena dan juga William jadi Aiden terpaksalah mengalah.
Cis. Seumur hidup tak pernah lagi dia mengalah dengan William si albino tu. Atau lebih dikenali sebagai Engku Hayden Liam di dunia perniagaannya.
Terasa jatuh pula maruah diri."Maceh abe Aiden bawa kita-kita dan kita balik kampung." William tersengih.
"Aku nak bawa isteri aku je bukannya aku nak angkut kau sekali. Kau je yang beria." Sengihan lebar William itu tadi mati.
Tanpa mengangkat bagasi sebesar alam kepunyaannya ke dalam bonet, dia terus sahaja masuk ke dalam kereta.
"Damn. That dude." Ujar Aiden perlahan.
Kenapa perangai William ni semakin pelik. Nak cakap alahan mengandung tetapi lelaki. Eish tak faham lah dia dengan mamat putih albino ni.
"And you. Kenapa diam je dari tadi." Aiden mengangkat keningnya kepada Adel. Dah macam kena sampuk pula budak sorang ni.
"Nothing la. Just tired mungkin sebab naik flight terlalu lama." Adel mengurut sedikit bahu belah kirinya.
"Dah jom. Nanti lambat sampai rumah atuk."
Adel dan Adeena mengangguk. Mereka berdua patuh dengan arahan Aiden.
Mereka berempat tidak naik kereta secara berasingan pun. Hanya kereta bmw x5 milik Aiden sahaja menjadi kenderaan mereka berempat untuk ke Pahang. Kampung atuk Aiden.
Selama 1 jam setengah perjalanan mereka hanya Adeena sahaja yang menjadi teman radio kepada Aiden. William dan juga Adel yang berada di tempat duduk belakang hanya mendiamkan diri sahaja sedari tadi.
Bertambah pelik Aiden dengan perilaku William si mamat albino tu. Bukannya apa, dia terlebih kenal akan William. Jejaka itu tidak mampu mengunci mulutnya dengan terlalu lama. Ni sudah hampir masuk ke dua jam lelaki itu berdiam diri. Ke William merajuk dengan dia pasal hal tadi?
"Abang okay tak?" Adeena mengusap paha milik Aiden. Dahinya berkerut melihat Aiden yang sudah tergeleng-geleng kepalanya ke kiri dan ke kanan. Orite tak orite suaminya ni?
"Abang okay sayang." Aiden berpaling sekejap ke arah Adeena. Senyuman nipis di berikan kepada isterinya itu.
"Kak Adel ada nak makan apa-apa tak? Kalau ya Deena nak suruh abang Aiden berhenti dekat rnr?" Adeena memalingkan tubuhnya sedikit ke belakang. Tidak sepenuhnya nampak penghuni di belakang. Dengar sahutan pun dah tak apalah kan?
"It's okay akak dah kenyang. Lagipun kepala akak pening sikit." Adeena mengangguk namun tangannya lincah mencari sesuatu di dalam dashboard kereta.
"What are you searching for love?" Tanya Aiden. Sesekali lelaki itu memberi tumpu ke arah isterinya.
Terbongkok-bongkok wanita itu menunduk. Risau dia jika tiba-tiba dia terpaksa menekan brake dengan mengejut. Tidak mustahil Adeena akan terhentam kuat di hadapan dashboard kereta.
Terbayang akan situasi itu Aiden segera menghalang tubuh genit Adeena dengan lengan sasanya.
"Duduk diam-diam love." Lengan kiri milik Aiden masih lagi berada di perut Adeena. Menghalang wanita itu berbuat sedemikian untuk sekian kalinya.
"Abang. Deena nak cari minyak angin untuk kak Adel. Seingat Deena haritu Deena ada letak dalam ni."
"Abang dah ambil minyak angin tu." Sengih Aiden kepada Adeena. Jelingan maut daripada sang isteri hanya di balas dengan wajah yang tanpa riak. Setakat Adeena apalah sangat. Celah kuku dia je.
Adeena tu kecil molek mana boleh melawan dia yang gagah perkasa ni? Aiden terkekeh perlahan. Kalau di lihat begini dia berkali-kali ganda besar daripada Adeena yang kecil seperti arnab itu.
"Ha mengutuk." Adeena menjeling Aiden dengan jelingan yang manja. Kepala dia kalihkan ke arah cermin kereta. Mahu melihat pemandangan luar.
"Kenapa abang tak letak langsir je terus dekat cermin kereta abang ni?" Soal Adeena dengan dahi yang berkerut.
"Why?" Tanya Aiden pelik.
"Dah tinted gelap macam hati abang ni kenapa? Nak tengok ciptaan tuhan yang indah di luar sana pun terbantut."
"Uhuk! Uhuk!"
Aiden menjeling wajah William yang berada di belakang. Kuat betul si mamat albino ni batuk. Nak memerli dia la tu.
"He love dark so much Deena. Kalau boleh rumah korang berdua pun dia nak buat tema hitam." Kata William. Tubuh dia sandarkan ke kerusi kereta. Tenang.
Best pula ya bersandar di kerusi empuk kereta orang berduit ni. Sandar belakang tubuh sekejap pun dah bau duit.
Aiden berdecit perlahan. He just need some privacy! Bukannya saja-saja bertinted gelap cermin keretanya itu.
"Better kau kunci je mulut hangus kau tu Liam." Ujar Aiden dengan suara yang tertahan.
Kalau bukan disebabkan dia sedang sibukkan diri dengan memandu dah lama dia campak William keluar daripada keretanya.
Menyemak je mamat albino tu.
"Just kidding Aid." William ketawa perlahan. Dia berpaling sekejap ke tepi. Wajah tenang yang sudah lena di ulit mimpi milik Adel di renung sejenak.
William memejamkan matanya. Wajah itu seakan-akan bermain di mindanya sejak dua menjak ini.
Who are you actually Adel?
"Please, jangan!"
Aiden menahan tubuh Adeena daripada tersembam ke hadapan. Ni semua angkara dia break kereta dengan secara mengejut. Raungan dari Adel membuatkan diri
dia seperti hilang keseimbangan dalam mengendalikan stereng kereta. Hampir luruh jugalah jantung dia akibat terkejut.Aiden memberi signal ke bahagian kiri bahu jalan kampung. Dalam beberapa minit sahaja lagi mereka akan sampai ke destinasi yang hendak di tuju.
Baru sahaja William mahu menyentuh bahu gadis itu untuk mengejutkannya daripada meracau.
"Don't touch her!" Jerkahan dari Aiden menyentakkan William. Tangannya yang baru sahaja naik mahu menyentuh bahu Adel di turunkan kembali ke sisi. Mata lelaki itu serius memandang langkah Aiden yang mula turun daripada kereta.
Selang beberapa saat pintu belakang penumpang sudah di buka oleh Aiden.
"Adel." Pipi gadis itu dia elus perlahan.
"Adel." Bisik Aiden lagi di telinga adiknya.
Kelihatan Adel sudah kembali tenang. Aiden menyapu air mata yang bersisa di pipi adiknya. Mata cantik itu masih lagi terpejam.Aiden mengucup perlahan dahi adiknya. Dia tidak tahu apa yang sedang di lalui oleh Adel. Sejak sebulan yang lalu Adel kerap menjauhkan diri daripada semua orang. Malah gadis kecil itu juga sentiasa termenung sendiri.
Aiden mengeluh perlahan.
Dia kembali ke bahagian tempat pemandu. Mata tajam lelaki itu melirik ke arah tubuh William yang terbias di cermin kereta.
"I will kill you, bastard."
Hey? Sorry b'cause menghilangkan diri dengan terrrrrrlalu lama. Busy dengan assignment. If saya ada masa lapang saya update lagi nanti♥︎
Thanks for your support🦋
And kalau ada typo di mana" harap dimaafkan tak buat double check;)