Bab 25

277 23 4
                                    

Semua memasuki dorm dengan ceria kerana ketibaan Ilyani yang baru pulang dari London.Irene hanya tersenyum sinis.

"Ilyani !! How ?" soal Haura lalu memeluk Ilyani.Lama betul diorang tak jumpa.

"Kau makin lawa sia.Makan apa ?" puji Puteri lalu mencuit pipi milik Ilyani.

"Kau jumpa mamat hensem tak ?" soalan Arlyana membuatkan semua tertarik ke arahnya.

"Eh,Arlyana.Thaqif ?" teguran Intan membuat Arlyana bermasam muka.Dia penat dengan lelaki itu.

"Okay semua.Aku ada something untuk korang."

Semua duduk di katil Ilyani kecuali Irene.Dia hanya menjeling.

Ilyani terus mengeluarkan pelbagai cenderamata yang dibelinya.

"Wah cantik gila !! "

Semua bersorak keriangan kecuali Irene yang hanya menjeling.

"Irene,sinilah !" ajak Ilyani sambil mempamerkan senyumannya.

Irene terus membaringkan diri di atas katil.

"Dia tak ada mood kut." kata Haura.

Mesti Irene ada masalah.Arlyana hanya memandang kawannya.Dia mengeluh seketika.

Ilyani tersenyum sinis.

"Wait and see , Irene." bisik hati kecilnya.

"Kak Haura,jangan lupa bagi notes tu." kata Aurora apabila dia terserempak dengan Haura.

"Okay sayangku Aurora." balas Haura lalu mencubit pipi Aurora.Comel.

Aurora tersenyum.Haura sentiasa ceria dan positif yang paling penting.

"Aurora,boleh ikut akak ?"

Aurora memandang gadis yang memegang lengannya.

Ilyani Humaira.

"Boleh."

Ilyani terus menarik lengan milik Aurora ke satu tempat.

"Aurora,lepas ni hati-hati."

Aurora mengangkat kening cantiknya.Dia tak faham.

"Aurora,ada orang nak sabotaj Aurora.Akak tolong Aurora ni." kata Ilyani sambil memandang Aurora.

"Dia nak buat apa ?"

Ilyani terus mengeluarkan telefonnya lalu membuka rakaman yang didapatinya.

Aurora terkejut mendengar suara Irene dan seorang lelaki.

"Kak Ilyani.Why tak bagitahu Sir Azman ?"

Ilyani memegang bahu Aurora.

"Biar dia buat dulu baru boleh jatuhkan hukuman.Aurora just get ready."

Aurora mengangguk.Nasib Ilyani datang membongkarkan rahsia Irene.

"Baik Kak Ilyani.Thanks."

Ilyani mengangguk lalu pergi.

"Irene,tunggu aku dapat hak aku" katanya perlahan.

Tak sabar nak tengok kehancuran Irene.

Rayyan membuka pintu Prefect Room.Ada seseorang sedang menangis di meja dengan muka ditutup.

Rayyan mendekatinya.

"Irene,kau okay tak ?"

Irene memandang Rayyan dengan muka sembap.

"Rayyan,tolong aku.Aku tak kuat." kata Irene lalu memegang tangan Rayyan di sebelahnya.

Rayyan terus duduk di kerusi sebelah Irene lalu memandangnya.

The Prefects ( 2020 )Where stories live. Discover now