Media: Aisha Umairah.
Adam Alexander menekan interkom. Nombor PAnya di tekan.
"Jauzan, panggil Uncle Qalifh masuk pejabat aku now" arah Adam dengan tegas.
"Alright, arahan diterima bos" tut panggilan dimatikan.
Adam tergeleng. Megat Jauzan tidak pernah berubah, bila buat kerja tidak pernah serius sama saja dengan kembarnya Megat Jauni. Tetapi kerja tak pernah mengecewakan. Semuanya perfecto .
Beberapa minit kemudian, ketukan pada pintu menyentakkan Adam.
"Masuk"
"Kenapa tuan nak jumpa uncle?" soal Walid Qalifh selepas memasuki bilik pejabat itu.
"Duduk dulu uncle"
Walid Qalifh mengangguk seraya melabuhkan punggung pada kerusi berhadapan dengan Adam.
"Saya nak jemput uncle dengan keluarga makan malam dekat rumah saya malam ni. Uncle ajak la isteri dengan anak uncle." Walid Walifh mengerutkan kening.
"Uncle saja ka? Atau semua pekerja tuan jemput?" Soal Walid Qalifh.
"No, uncle saja"
"Tapi kenapa?"
"Tanda penghargaan sebab projek yang uncle handle dekat pulau pinang berjalan dengan lancar" terang Adam.
"Baiklah uncle akan datang malam ni dengan isteri uncle. Lepas isyak uncle sampai" ujar walid Qalifh.
"Macam mana pula dengan anak uncle? Uncle tak bawa?"
"Uncle tak pernah dedahkan dia dekat dunia luar kecuali dia ke sekolah saja"
"Maksud uncle?"
Walid Qalifh rasa ragu-ragu nak bagitahu pada orang luar masalah keluarganya. Melihat wajah muram Walid Qalifh, Adam rasa serba salah.
"Uncle bagitahu saja dengan saya. Mungkin saya boleh bantu" ujar Adam. Dia ingin mengetahui lebih mendalam tentang kehidupan Xandra selama menjadi anak angkat kepada Walid Qalifh.
"Dia bukan anak kandung uncle. Uncle ambil dia sebagai anak angkat sejak isteri uncle tidak dapat mengandung lagi. Uncle tak dedahkan dia dekat luar atas sebab-sebab tertentu. Ada orang yang tak puas hati dengan anak uncle sebab harta. Uncle dah berusaha cari keluarga kandung dia tapi sampai sekarang tak jumpa. Uncle dah buntu." terang Walid Qalifh panjang lebar.
"Uncle bawa saja anak uncle malam ni. Saya juga nak kenal-kenal dengan anak uncle tu" ujar Adam sambil tersenyum. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan satu-satunya adik perempuannya.
"Baik lah tuan saya akan ajak anak uncle sekali" kata Walid Qalifh. Dia berasa ragu-ragu juga nak dedahkan anaknya kepada dunia luar. Tapi nak buat macam mana bos besar dah suruh. Terpaksah la dia turuti saja
"Uncle tahu kan rumah saya dekat mana?" Soal Adam. Walid Qalifh hanya mengangguk sebagai jawapan. Usai pamit Walid Qalifh keluar dari bilik pejabat milik Adam Alexander.
Usai walid Qalifh keluar, Adam mengambil sekeping gambar dari dalam laci mejanya. Dia merenung gambar seorang budak perempuan berumur 4 tahun. Memakai baju dress polkadot berwarna merah dan putih .Comel. Dengan rambut ikat tocang dua. Adam tersenyum nipis sambil mengusap wajah budak perempuan itu dalam gambar.
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
Lãng mạnBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...