Raesang POV
"Jalan-jalan?",soal aku lagi sekali. Wajah Johnny aku tatap pelik.
"Eo .Awak kan dah banyak tolong kami dekat rumah ni. So,saya nak balas budi awak lani",beritahu Johnny.
"Takpelah .Nanti kalau netizen nampak susah dibuatnya",tolak aku. Bukan tak sudi,cuma nak mengelakkan diri daripada netizen.
"Jangan risau. Saya pakai mask. Orang tak perasan",kata Johnny lagi cuba menyakinkan aku. Haishh degil betul.
"Kalau macam tu nanti awak jalan depan, saya jalan belakang. Awak buat saya ni macam orang awam. Nanti kalau fans yang cam awak,nak ambil gambar ke apa,dia tak tahu saya keluar dengan awak",ujar aku panjang Johnny hanya mengangguk walaupun kenyataannya dia tak suka. Nak keluar punya pasal kenalah setuju.
"Saya nak pergi siap dulu.Awak pun pergilah siap. Pukul tiga saya tunggu dekat dalam kereta",arah Johnny sebelum berjalan masuk ke bilik.
"Nak pakai apa?Nasib aku ada ambil baju sikit dekat rumah haritu. Adalah benda nak pakai",bebel aku seorang diri sambil membelek- belek baju yang berada di dalam almari .
Tangan aku mengambil baju bercorak pokadot dan seluar jeans hitam. Rambut yang diikat tadı dibuka ikatannya. Tangan bermain dengan rambut untuk membetulkan sedikit kedudukan rambut yang serabai itu.
Sepit rambut berbentuk reben berwarna biru aku ambil dan disepitkan dirambut .Lip bam aku sapu sedikit dibibir agar tidak kering. Last sekali,aku mengenakan sedikit minyak wangi sebelum mangambil beg silang dan keluar.
"Raesang,berseronoklah" kata Jisung sebauik sahaja aku keluar dari bilık .Aku hanya tersenyum pendek sebelum meminta diri.
Dari pintu aku boleh nampak yang Johnny sudah menunggu aku di dalam kereta. Aku nampak gaya rambutnya sedikit serabai. Hoodie yang dipakai menyerlahkan lagı dırninya yang santai itu.
"'Wey,kenapa dia buat gaya rambut macam tu?!!Macam mana aku nak hadap dia sehari ni!' jerit aku dalam hati .Mata masıh memandang ke arah Johnny. Kasut sarung aku pakai sebelum berjalan ke arah kereta.
"Annyeong .Sorry lambat", aku terus menyapanya sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta .Dia hanya melihat aku tanpa berkata kata. Aku memetikkan jari beberapa kali untuk menyedarkannya.
"Maaf .Awak cantik sangat harıni" jujur Johnny. Aku yang mendengar sudah membahang. Pipi yang merah aku sentuh berkali kali.
"Boleh kita gerak sekarang?",tanya Johnny meminta jawapan aku.
"Eo.Tapi kita nak pergi mana?".
"Tengok wayang",balas Johnny lalu terus memandu .
"Cerita?"
"Cerita hantu",aku yang mendengar terdiam. Air liur aku telan .Aku terus memandang ke hadapan. Muka aku nampak pucat gila .
'Kenapa cerita hantu?!Aku ni dah la penakut .Mampus aku kalau terpeluk dia nanti!'...
Sebaik sahaja selesai memarkır kereta, Johnny memakai pelitup muka hitamnya. Begitu juga dengan aku .Kami keluar lalu berjalan secara berasingan seperti yang dirancang.
Aku berjalan di belakang Johnny. Aku memandang tubuh Johnny yang tinggi lampai itu.
'Smart gila!Aku tengok dah macam model pun ada dia ni',tiba-tiba pada masa yang sama Johnny menguakkan rambutnya ke belakang.
'Wey handsome bodoh!' jerit aku dalam hati. Nak jerit kuat-kuat? Memang tak lah. Nanti aku yang kena tanggung malu. Kami berjalan masuk ke dalam panggung wayang.
"Awak,awak tunggu sini dulu. Saya nak pergi beli tiket",kata Johnny tanpa membuka pelitup mukanya.
"Awak nak tengok cerita hantu juga ke?",tanya aku meminta kepastian.
"Eo. Kenapa?Awak takut eh?" Johnny sudah tersenyum nakal.
"Ma...mana ada",tipu aku memeluk tubuh.
"Tak apa. Kalau awak takut,saya kan ada. Awak peluk je",gatal Johnny sambil tersenyum sinis sebelum meninggalkan aku di hadapan panggung wayang.
"Sejak bila dia jadi miang macam ni?!",kata aku terkejut dengan perubahan drastik Johnny. Macam nı ke perangai dia kalau bukan depan ahli-ahlı yang lain?
"Jom",ajak Johnny yang sudah memegang dua tiket wayang. Aku hanya mengangguk lalu berjalan ke arah Johnny yang sudah berada di hadapan pintu masuk.
Skrin layar putih sudah mengeluarkan imejnya. Jantung aku semakin rancak berdegup. Johnny di sebelah kelihatan tenang. Jauh beza dengan aku.
Aku melihat skrin di antara celahan jari .Boleh pula muka hantu muncul dekat skrin. Tak pasal-pasal aku terpeluk lengan Johnny dekat sebelah.
"Ahhh maaf",aku cuba untuk melepaskan pelukan itu tetapi Johnny menghalang.
"Peluk je. Kalau awak lepas pun nanti awak peluk balik",bisik Johnny nakal .Muka aku berasa panas kerana menahan malu.
"Tak apa. Saya okey",aku menolak tangan Johnny yang memegang tangan aku itu ke tepi. Aku mula memandang skrin semula dan pada masa yang sama juga hantu muncul di skrin itu. Aku cepat-cepat menarik lengan baju Johnny lalu menutupi mata aku.
"Saya dah kata dah. Baik awak peluk je saya" Johnny memegang tangan aku. Aku hanya membiarkan .Lebih baik macam ni daripada aku terpeluk-peluk dia banyak kali nanti.
YOU ARE READING
OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||
Любовные романы'Sekejap!Aku sekarang ni dekat mana?Betul ke ni?Aku tak mimpi kan?Betul ke Johnny NCT sekarang ni ada depan mata aku?!Dan betul ke sekarang ni aku ada dalam bilik dia?!'-Raesang credit to @ForeverAdel start : 9.12.2020 end : 21.01.2021