+chapter 05

27 11 0
                                    

+Delusion


B

IBIR nipis Hayden meleret senyuman. Seperti kehendaknya, dia tiba di penjara pagi itu sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Usai mengisi borang, dia diminta untuk mengikuti seorang pegawai polis. Sel yang menempatkan lelaki tua enam berkumpulan itu dituju.

Louis diarahkan untuk menunggu di luar. Lagi pula dia tidak mengambil masa yang panjang. Cuma mahu berbual kosong dan mengucapkan selamat tinggal sebelum dia berangkat pergi.

"Thank you." Ucap Hayden. Sesampainya di hadapan enam buah sel penjara, hatinya galak bergelak tawa.

Enam lelaki tua itu ditempatkan di dalam sel persendirian. Keadaannya cukup hina dan menjijikkan buatkan Hayden Javier ketawa puas hati. "How's your day in jail?" penuh sinis lelaki itu berbicara.

Jarak antara dia dan sel itu tidak lah terlampau jauh. Juga tidak lah terlampau dekat.

Lelaki tua itu mendengus. Palang besi dicengkam kuat sebaik melihat kedatangan Hayden Javier mengunjunginya di penjara.
"Kau yang sepatutnya dihumban ke dalam penjara, Javier!" sayup kedengaran suaranya mengisi keheningan. Hayden menjuihkan bibir.

Matanya menatap satu persatu wajah bengis itu yang seakan akan ingin menelannya hidup hidup. Masing masing mempamerkan air muka yang menyimpan dendam.

"Jangan cuba untuk bermain dengan Hayden Javier dan bermimpi mahu menang. Hayden Javier tak pernah kalah." Bicaranya jeda dengan gelak tawa halus. Setapak demi setapak dia menghampiri sel yang dihuni oleh lelaki tua yang selaku ketua kepada lima lelaki tua yang lain.

Mahu sahaja lelaki tua itu menerkam leher Hayden namun pergerakannya terbatas dek ruang antara mereka dipisahkan dengan palang besi yang tersusun rapat.

"Tempat kau semua cuma layak dekat bawah kaki aku saja. Bila bila masa aku boleh hapuskan kau semua. Seorang demi seorang tanpa orang lain tahu." Bidas Hayden. Perkataan hapuskan ditekan sambil jari telunjuknya dilarikan di bawah leher.

Membentuk garis serenjang. "Javier!" kali ini, lelaki tua kedua pula yang mencelah. Api amarahnya menggelegak mendengar kata kata pedas yang lahir dari mulut puaka si Javier itu. Buatkan mata Hayden automatik jatuh pada wajah lelaki tua yang dikurung dalam sel kedua.

"Disagree?" tawa halus pemuda itu pecah sebaik bedikannya mengena tepat pada sasaran. Masing masing menikus. "Cermin diri kau tu dahulu. Dan buktikan sama ada aku menipu atau tidak. Lagipun, kau cuma kenal aku sebagai Hayden Javier. Lebih daripada itu, kau tak tahu apa-apa pun." Tawa Hayden pecah lagi.

Geli hatinya melihat mereka itu masih mahu melawannya. Sedangkan mereka sudah tewas di tangannya. "Don't try me, Javier! Aku akan pastikan yang kau akan meringkuk ke dalam penjara."

Lelaki tua pertama menjegilkan bebola matanya. Tajam memanah wajah Hayden.
"Impressive. Tapi, malangnya malam ini dan malam seterusnya, kau semua masih lagi bermalam di penjara. Tak mengapa, aku tunggu. Good bye." gelak tawanya masih bersisa sehingga kelibatnya beredar dan lenyap dari pandangan enam lelaki tua itu.

***

"Selamat kembali, Tuan." Kepulangannya disambut barisan pembantu rumah. Tidak terkecuali sekumpulan anak buahnya yang turut tampil di ruang tamu menyambut majikan mereka itu.

Namun begitu, Hayden Javier sekadar menggumam. Usai bagasinya diserahkan kepada ketua pembantu rumah, mereka semua diarahkan untuk kembali menjalankan tugas.

[✓] DELUSION Where stories live. Discover now