𝔹𝕒𝕓 𝟛

18 5 0
                                    

AATIQ melangkah masuk ke dalam biliknya. Badan direbahkan ke atas katil.

"Malasnya nak pergi training," gumamnya sendiri. Kadang-kadang penat juga, dia perlu pergi ke sekolah pada awal pagi, kemudian balik pada pukul dua petang. Pukul empat petang kena pergi takraw pula. Lepastu kerja rumah dia perlu siapkan waktu malam. Bukan nak merungut, tapi dia rasa macam kurang rehat.

Selesai menunaikan fardhu zohor, dia mencampakkan badan ke atas katil.

Sedang sibuk berguling di atas katil, Aatiq terlihat gambar arwah emaknya. Gambar tersebut dicapai.

"Mak, Aatiq rindu."

Sedang Aatiq melayan perasaan, dia tertidur.

Beberapa minit kemudian, dia tertidur.

"Aatiq, bangun sayang," ujar emaknya. Sayangnya, itu hanyalah mimpi, kerana dia sudah terlewat untuk ke latihan takraw.

Aatiq terbangun. Dia melirik ke arah jam di telefon bimbitnya.

4.15?!

Sepantas kilat, dia bersiap dan terus turun ke bawah.

"Aatiq nak makan?," soal Mariesya, ibu tiri Aatiq. Dia membalas dengan gelengan sambil berlari ke luar rumah.

Nak makan pun dah tak sempat dah. Coach Juan dahlah garang, mati aku kena kerat dengan dia. Or worst, aku kena lari keliling padang 20 kali, bagus memang bagus untuk stamina, tapi aku tak jamin kaki aku akan okay lepas lari nanti.

Disebabkan padang takraw tempat dia buat latihan tu dekat je dengan rumah, encik Helmy, ayah Aatiq suruh dia jalan kaki je pergi sana. Bak kata ayah Aatiq,

Jimat duit ayah.

BAM! Aatiq terlanggar seseorang. Qayra.

Ah sudah, berapa banyak malang nak melekat dekat aku ni. Tadi kena kejar anjing, sekarang terlanggar orang. Aatiq merungut.

"Mata letak kat lutut ke hah?!," tengking Aatiq. Qayra membulatkan matanya.

"Aku langgar kau? Kau yang tiba-tiba lari macam orang gila. Kau yang tak tengok depan tadi," balas Qayra geram. Dari tadi dia dipersalahkan. Pula tu, suka hati sahaja kata mata dia letak dekat lutut. Kalau mata dia dekat lutut pun, dia masih boleh nampak dengan jelas. Entah-entah lelaki ni punya mata yang dekat tapak kaki. Patut tak nampak.

"Dah, aku tak ada masa nak layan kau. Sebagai ganti, aku ambil air ni," serta-merta, air mineral di tangan Qayra dirembat dan dibawa lari. Punyalah gelabah dah lambat sampai terlupa nak bawa botol air tadi.

"Woi, jangan bawa lari tupperware mak akulah!," jerit Qayra. Malang seribu kali malang, larian Aatiq lebih laju, maka Aatiq tak dengar sepatah haram pun apa yang Qayra jerit. Qayra risau. Mati aku.

Melihat perangai ego Aatiq, Qayra tak rasa botol air dia akan dipulangkan. Terpaksalah dia redha dibebel maknya.

Ah tak boleh, rasanya kalau dikira dengan jari, dekat lima juga tupperware mak dia hilang. Tapi sebab kalini botol air dia kena rembat depan mata, dia kenalah ambil balik.

"SEJAK bila kau minat warna pink ni, Aatiq. Rasanya kau alergik dengan warna pink. Takpun, ni awek kau punya eh?," usik Ryan sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya. Aatiq yang sedang minum air sedikit tersedak mendengar kata-kata Ryan.

"Kepala otak kau aku ada awek," balas Aatiq. Sebenarnya masa dia main ambil sahaja botol tersebut, dia dah perasan warna botol tu pink, tapi apa dia kisah, janji dapat minum air.

"Eleh kau, malu malu anjing pula. Nyampah aku," Aatiq tidak menjawab kata-kata Ryan. Lagi dia layan, lagi melebih nanti lelaki ni mengarut. Dia memusing-musing botol air tersebut.

Tiba-tiba, dia ternampak tulisan di tapak botol tersebut yang tertulis;

Qayra Amani punya. Kalau jumpa tolong pulangkan. Tengs:).

Aatiq tersenyum. Nama lawa. Lepastu, tulisan dia comel. Orangnya pun comel. Tapi sayang, mulut pula spoil.

Auto turn off.

Aatiq meletakkan kembali botol air di atas bangku. Kemudian, dia sambung berlatih takraw sehingga pukul enam petang.

"Baik, cukup latihan untuk harini. Sebelum kamu semua balik, saya ada pengumuman nak buat. Hujung minggu ni akan diadakan friendly takraw dekat SMK Sri Tasik. Pastikan kamu semua berada dalam keadaan sihat sepanjang minggu ni, lebih-lebih lagi Aatiq dan Ryan. Saya nak tolong kamu berdua kumpul markah koko," usai coach Juan berbicara, mereka semua bersurai.

"Kamu jangan datang lambat lagi Aatiq, atau markah koko kamu saya akan minta cikgu Nadia tolak," ugut coach Juan. Aatiq yang sedang berdiri di hapadannya tersengih.

"Baik coach."

"Dah, pergi balik," arah coach Juan kepada Aatiq. Aatiq menunduk sedikit kepada coach Juan dan berlari ke arah Ryan. Mereka balik ke rumah bersama-sama.

"Asal kau lambat tadi? Aku lupa nak tanya sebab kitorang dah start training dulu," soal Ryan. Dia pelik. Selama dia sertai training takraw ni, muka Aatiq jelah yang dia selalu nampak dulu.

"Aku terlajak tidur. Bangun-bangun dah 4.15."

"Ini mesti sebab homework kau berlambakkan semalam. Itu yang sampai boleh terlajak," teka Ryan. Aatiq mengangguk, tanda mengiyakan kata-kata Ryan.

"Aku kalau ada sepuluh tangan, tak adalah sampai terlajak tid-," kata-kata Aatiq terhenti kerana tiba-tiba sahaja, muncul seorang perempuan dihadapan mereka berdua. Tiba-tiba.

"Bagi balik botol air aku," Qayra menghulurkan tangannya sambil tangan kirinya bercekak pinggang. Aatiq membuat muka bosan. Perempuan ni lagi?

"Pandang apa kau ni? Bagilah balik botol air aku," Qayra mula geram. Tenung aku apahal?

Tangan Aatiq mencapai botol air yang terletak di poket begnya dan diberikan kepada Qayra.

"Nah."

"Terima kasih. Bye," sebelum dia beredar, Qayra memberi sesuatu kepada Aatiq, tanda terima kasih kerana memulangkan kembali botol airnya. Beberapa saat berlalu dan tubuh badan Qayra sudah hilang dari pandangan mata mereka.

"Laju betul dia lari," kata Ryan yang masih teringat-ingat wajah Qayra. Comel.

Aatiq melihat pemberian Qayra tadi. Dia bagi gula-gula mentos. Gula-gula mentos. Je. Bagilah aku aiskrim ke apa, boleh juga aku maafkan dia sebab langgar aku tadi. Ini, bagi gula-gula je.

Lantaklah. Gula-gula tersebut Aatiq simpan di dalam begnya. Mereka berdua sambung perjalanan balik ke rumah.

"Bye Aatiq. Tidur tu jalan lewat sangat. Kang kena marah dengan coach lagi aku tak nak tolong eh. Aku tolong gelak je nanti," kata Ryan sambil tergelak.

"Yelah Ryan. Kau tunggu nanti kau gaduh dengan awek kau, aku tak nak tolong cover lagi."

"Okay aku tarik balik apa aku cakap tadi."

"Dengan awek takut pula kau," sindir Aatiq. Ryan tutup kedua telinganya, acah tak dengar apa yang Aatiq cakap.

"Dah, bye," mereka saling melambai.

MAKE YOU MINE [ discontinued ]Where stories live. Discover now