𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 22

20K 1.6K 675
                                    

"DATIN, okay?"

Sekadar sepenggal senyuman janggal yang diukir oleh Hawa saat diajukan soalan itu.Rasa kekok pula dipanggil 'Datin' ni. Aih... Nak ketawa rasa bersalah pula depan Mak Nah ni. Jadi lebih baik memendam walhal hanya Tuhan sahaja yang tahu bila dipanggil sedemikian.

Mak Nah selaku pembantu rumah, tolong mencedokkan mi goreng ke dalam pinggan Hawa walaupun Hawa sudah melarang kerana dia boleh lakukan sendiri. Mak Nah tetap bertegas mengatakan itu memang tugas dia sebagai pembantu rumah, memastikan keperluan majikannya dijaga dengan rapi.

Hawa serba salah dan kasihan melihat Mak Nah yang seusia dengan ibunya itu menolong dia sedari tadi seolah-olah dia anak kecil. Ke hulur ke hilir dengan kudrat orang tuanya. Hawa mendapati Mak Nah seorang yang tidak kedekut dengan senyuman dan tampak masih cantik walaupun dimamah usia.

Layanan Mak Nah terhadapnya bagaikan seorang Puteri. Meskipun dia bukan sesiapapun di dalam rumah ini.

"Mak Nah..."

"Iya, Datin." Mak Nah memanggung kepalanya seketika sebelum mencuci segala pinggan mangkuk yang digunakan sebentar tadi.

Hawa mendekati Mak Nah yang berdiri di singki itu. Dia ada menghulurkan pertolongan untuk mencuci segala pinggan mangkuk itu atas jasa Mak Nah yang sudah bersusah payah menyediakan sarapan. Seperti kebiasaan, Mak Nah tetap berdegil tidak membenarkan Hawa membuat kerja seperti ini. Hawa hanya mampu akur sahaja.

"Datin nak apa-apa ke?"

"Jangan la panggil saya Datin, Mak Nah. Lagipun sejak bila saya berkahwin dengan Dato' ni. Saya tak faham kenapa Mak Nah panggil saya Datin.Saya pun tak faham apa yang terjadi sekarang? Saya keliru, Mak Nah. Semua benda ini terjadi dalam sekelip mata."

Terhenti seketika perbuatan Mak Nah yang sedang mencuci pinggan di dalam singki. Wajah Hawa dipandang dengan pandangan sayu.

"Datin tak ingat apa yang terjadi?"

"Tak."

"Datin dah lama berkahwin dengan Dato' iaitu tuan rumah ini. Sebab itu Mak Nah tak bagi Datin buat-buat kerja berat.Datin, rehat lah dulu."

Hawa melilit tangannya di dada. Dia tak faham apa yang dituturkan oleh Mak Nah. Dia dah lama berkahwin dengan Dato' bermaksud lelaki psiko semalam?

Argh, ini semua gila!

Sejak bila aku kahwin dengan lelaki berpangkat Dato' ni? Ya Allah...

Apakah semua ini?

"Mak Nah..." Okay. Hawa perlukan penjelasan kepada semua persoalan yang bermain di kotak mindanya.Dan... Orang yang dapat membantu dia menyelesaikan semua masalah ini ialah... Mak Nah. Hawa menggamit tangan Mak Nah yang baru sahaja selesai mencuci pinggan mangkuk.

Mak Nah hanya menurut sahaja langkah Hawa yang menarik dirinya ke ruang makan kembali.Riak wajah Hawa serius semacam aje, pasti ada sesuatu yang Hawa ingin katakan padanya.

"Mak Nah dah lama ke bekerja dekat rumah ni?" Hawa mulakan sesi soal jawabnya.Matanya tunak merenung wajah Mak Nah.

Mak Nah berkira-kira sejenak tempoh dia berkhidmat di rumah ini sebelum memberikan jawapan kepada Hawa."Sebelum Dato' dan Datin kahwin lagi.Masa tu Mak Nah kerja dengan keluarga Dato' jadi kalau ikutkan tempoh Mak Nah berkhidmat dengan Dato'... Lebih kurang empat tahun."

Hawa mengangguk. Soalan pertama, check!

"Dah berapa tahun saya kahwin dengan Dato'?"

"Tiga tahun..."

"T...Ti...tiga tahun?" Hawa terkedu.

Boleh percaya ke cakap Mak Nah ni? Entah-entah dia mereka cerita aje sebab lelaki tu, detik di hati Hawa. Namun sekejap sahaja prasangka buruk itu bersarang di otaknya kerana melihat ketulusan dari raut wajah Mak Nah. Takkan lah Mak Nah nak menipu! Tak logik!

"Erm.... Kenapa saya kahwin dengan Dato' eh?"

"Jawapan itu ada pada Datin sendiri. Hanya Datin sahaja yang tahu jawapan itu. Setiap kali Mak Nah lihat Dato' dan Datin bersama... Mak Nah nampak betapa Dato' mencintai Datin setulus hatinya. Dia amat mencintai Datin sehingga sanggup berkorban...Berkorban memberikan satu benda bernilai untuk Datin hidup sehingga kini. Mak Nah tahu... Konflik yang melanda rumah tangga Dato' dan Datin. Mak Nah cuba nak pesan supaya hargai pengorbanan Dato'. Mak Nah boleh nampak kedukaan di sebalik senyuman Dato'..."

Hawa terkedu. Jari-jemarinya digenggam erat oleh Mak Nah.

"Dato' lah orang yang paling gembira sekali bila Datin dah kembali ke pangkuan dia sehingga Dato' sujud syukur dekat situ juga. Mak Nah tahu ingatan Datin masih samar-samar dan kadang-kala tak ingat langsung tentang kami... Kepulangan Datin sudah membawa sinar bahagia di mata Dato'. Dato' hampir putus asa untuk hidup kerana Datin..."

Air mata Hawa gugur. Dari penceritaan Mak Nah dia terasa satu tamparan hebat.

"Apa nama panjang Dato', Mak Nah?Sebab dari tadi... Kita berbual asyik panggil Dato' aje. Nama dia pun saya tak tahu..." Hawa laju mengubah topik perbualan. Menunjukkan dia masih belum bersedia untuk mendengar keseluruhan cerita Mak Nah itu. Dirinya tak kuat.

Hawa dan Mak Nah saling berbalas pandangan.

"Nama Dato' ialah..."

Hawa menanti penuh debaran di dada. Jantungnya mulai menggila.

"Dato' Tuan Muhammad..."

"Hasnah," celah satu suara asing di muka pintu. Semerta dua pasang mata itu melekat di wajah Pak Ahmad yang tampak keletihan.

"Ya, bang," sahut Mak Nah. Dia menyambut kepulangan suaminya di muka pintu dan pasangan suami isteri itu terus meninggalkan Hawa sendirian. Sempat Mak Nah meminta diri dulu kepada Hawa. Hanya anggukan dibalas oleh Hawa.

Siapa awak?detik di hati Hawa.

"Nenek..."

Hawa menoleh kerana disapa suara budak kecil saat dia mengelamun setelah Mak Nah dan Pak Ahmad meninggalkannya.Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan dua tahun berdiri tegak sambil menyandarkan kepala di dinding.

Comelnya budak ni. Grrrr.Rawr!

Pandangan Hawa dan budak lelaki itu bersatu buat seketika.

"Umiii...Eeeeee." Sepasang lesung pipit budak lelaki itu mulai terserlah.

Siapa pula budak ni? detik di hati Hawa sekali lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siapa pula budak ni? detik di hati Hawa sekali lagi.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now