#1 SA

123 24 10
                                    

Pap !

Fayyadh berpaling kearah bunyi tersebut. Dahi berkerut melihat sebuah beg hitam. Beg tepi yang perempuan selalu guna untuk pergi shopping. Tapi dari mana muncul beg ni ? Turun dari langit ke apa ?

Belum sempat berkata apa apa. Tiba tiba muncul seorang gadis yang melompat dari tembok besar di sebelahnya itu. Gadis itu mengambil begnya dan berpaling kearah Fayyadh. Fayyadh hanya diam. Tiba - tiba gadis itu nak melarikan diri ke arah...

"No !!" 

Bang ! Fayyadh tidak sempat menghalang gadis itu. Fayyadh terpaksa melepaskan beberapa tembakan kepada dua lelaki yang menghampiri si gadis yang ketakutan. Kedua-duanya rebah ke bumi. Atau lebih tepat mati. Disebabkan tembakannya tadi tepat mengena kepada organ penting mereka.

Fayyadh keluar dari tempat persembunyian dan berlari kearah gadis yang tiba tiba tak sedarkan diri itu. Memeriksa nadi. Alhamdulillah, masih hidup. Dia keluarkan telefon dari poket seluar. Menelefon seseorang.

"Ambik aku. Lima kilometer kedepan dari tempat tadi." Orang yang ditelefon tidak banyak kerenah.

Sementara menunggu dia menghentikan pendarahan dibahu gadis itu dengan sapu tangan yang ada dalam beg si gadis. Lima minit selepas itu muncul sebuah kereta Honda City berwarna hitam. Badan gadis itu didukung dan dia masukkan kedalam kereta.

"Done your work ?" Setelah separuh jalan baru lelaki itu menanyakan soalan.

"Hmmm..."

Lelaki menggeleng dan berdiam diri kembali. 

"Still follow, huh ?" Fayyadh berkata perlahan sebaik ternampak sebuah kereta mengekori mereka di cermin sisi.

"Ad, bawak budak ni balik. Aku tak rasa dia selamat kat hospital." Fayyadh berkata dengan tenang.

"Rumah Uncle ?" Lelaki itu membalas bosan.

"Kita."

Sebaik mendengar jawapan itu kereta laju sahaja meluncur kearah lebuh raya. Seperti yang Fayyadh jangka kan. Kereta yang mengekorinya tadi sudah berpatah balik.

Mungkin tak mahu masuk ke lebuh raya. Bahaya untuk spesis binatang macam mereka. Atau mungkin kerana ada road block. Nampak sangat bawa senjata api. Pengecut. Musuhnya seorang sahaja. Itu pun nak bawa senjata ke ? Fayyadh pun bawa senjata kan? Fayyadh tak kisah jika dia ditahan semasa roadblock sekalipun. Kerana dia yakin dia tak akan ditahan :)

"Kau biarkan mayat camtu je. Again !" Ad bertanya sebaik Fayyadh keluar dari bilik yang menempatkan perempuan tadi.

Fayyadh hanya mengangkat bahu. Dia tahu mesti pihak polis dah uruskan mayat mereka berdua dan memberi maklumat itu kepada Fuad Raihan, sahabat baik yang berada didepannya sekarang ini.

"Aku bukan apa. Kali ni kau tahu kan macam mana. Fivewolf kot, dia orang ni --"

"Aku tahu. Tapi aku tak kesah pun susah macam mana and kau pun tahu aku macam mana kan. Yang penting perempuan ni. Macam mana ? Mana Nizam ?"

Ad mengeluh. "On the way. Eh ! Kau ni serious sikit tak leh ke ?"

"Okay. After ni aku buat betul betul. Tapi....aku baru dapat ni." Fayyadh menunjukkan sebuah sampul surat berwarna coklat.

Ad mengambilnya dan membuka. Sebaik saja dia membuka sampul itu, dia sedikit terkejut.

"Tan Sri Razman. Pemilik dan pengarah Az Sdn. Bhd. Meninggal dunia 3 tahun lepas dengan punca serangan jantung secara tiba tiba." Terang Fayyadh tanpa dipinta.

"Dua hari selepas kematian Tan Sri, anak sulung yang bernama Rauqan Naim pula detemui mati dalam rumah sendiri. Lepastu isteri dan anak perempuan dia hilang tanpa jejak. I'm right?" Sambung Ad pula.

"Yes and aku kena buat dua tugasan dalam satu masa. No...tiga kalau secara zoom in."

"Takziah la bro. Sorry pasal tadi. Okay macam ni. Aku ambik full pasal Fivewolf, lagipun dah nak habis. Kau buat pasal keluarga Tan Sri Razman. Erm.....lagi satu. Kau still nak cari dia ke ?"

"Hmm...maybe. Aku ada jumpa klu baru."

"Assalamualaikum. Ad, Fadh." Nizam memberi salam.

Selepas menjawab salam. Fayyadh membawa Nizam ke dalam bilik perempuan tadi. Nizam merawat.

"Tembakan dibahagian bahu tu hanya luka di luaran. Maksud aku hanya kena kat kulit sahaja. Aku dah balut tadi. Anyway, try to talk with her. Tapi jangan paksa dia bercakap. Takut over depression. Bagi dia makan panadol ni." Itu pesan Nizam sebelum di balik.

🕶️🧤👒

"Papa...tak...tolong jangan !" Perempuan itu mengigau dan tersedar.

Fayyadh memandang muka gadis yang masih bertudung itu.

"Awak pengsan tadi. Awak kat rumah saya. Cheras, KL, Malaysia. Doktor dah check. Makan ni lepastu makan ubat." Dia menghulurkan sepinggan nasi goreng dan panadol yang Nizam bagi tadi.

"Awak tak perlu risau. Dalam rumah ni ada kawan saya. Saya tak akan buat apa apa pun kat awak." Melihat dia teragak-agak, Fayyadh cuba menenangkan hati dia.

Gadis itu mengambilnya dengan berat hati. Fayyadh tidak berkata apa apa. Gadis itu pula masih selesa untuk berdiam diri. Ketika itu juga, baru Fayyadh perasan yang gadis itu memakai baju blouse pendek warna putih dan palazo warna pink. Kepala pula ditutupi dengan selendang hitam. Pelik. Makin misteri perempuan ni. Malam malam buta dia lompat tembok dengan pakaian macam ni ?

"Dah berapa lama saya tak sedarkan diri ?" suara gadis itu menegur menyedarkan Fayyadh.

"Oh, hampir 4 jam." Fayyadh menguntumkan senyuman.

"Boleh saya tahu nama awak ?" Fayyadh bertanya dengan berhati hati.

"Ieren."

"Saya Fayyadh. Awak ada keluarga ke ?" Gadis itu hanya mengangguk.

"Mana mereka tinggal ?"

"Maaf saya tak boleh jawab." Fayyadh berkerut.

"Boleh tinggalkan saya sedirian ?" Ayat Ieren lebih kepada menyuruh.

Fayyadh hanya mengangguk. Dia keluar dari bilik memberi ruang untuk Ieren menyendiri. Sehari. Sehari dia meninggalkan Ieren sendiri. Sewaktu subuh tadi dia berniat nak mengejutkan Ieren. Tapi bila dia membuka pintu....

"Ad kau nampak Ieren?"

"Tak. Asal?"

"Dia tak ada. Aku rasa dia ni gila."

"Wooo...relax la bro. Dia tak ada tinggalkan apa apa ke ?"

Fayyadh yang mendengar cepat sahaja hilang dibalik pintu bilik tetamu. Uish...bila masa kawan aku proactive ni ? Ad tertanya tanya.

Fayyadh terjumpa sehelai kertas. 

Maaf sebab saya keluar cara tak sopan. Tapi demi keselematan awak dan kawan awak.

Dua ayat. Ringkas. Tapi hari ini mengubah segalanya.

>

eren SofiaBaju yang dia pakai masa Fayyadh jumpa dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

eren Sofia
Baju yang dia pakai masa Fayyadh jumpa dia.

>

bersambung ~
#Hai and bye. Jangan lupa nak vote. Thank you ♡'・ᴗ・'♡

2 | AgentWhere stories live. Discover now