BAB 13

5 4 0
                                    

Keesokan harinya, Husna menjalani rutin kehidupan sehariannya seperti tiada apa yang telah berlaku. Tubuhnya dan kelakuannya sahaja yang kelihatan biasa namun didalam pikirannya serabut memikirkan tentang keadaan Farish dan tentang pelakunya lagi. Dahlah tak da saksi. Cctv yang ada disitu pun tidak berfungsi. Susah untuk menyelesaikan kes Farish ni.

Ketika Husna baru sahaja menjejakkan kakinya di perkarangan kolej, kawan-kawannya terus menerpa kearahnya. Bagaikan kanak-kanak ribena lagaknya. Malu dirinya apabila orang sekeliling memandang mereka.

"Korang ni dah kenapa? Gila eh?" tanya Husna sambil jarinya ligat mencubit lengan rakannya itu. Biar sedar sikit.

" Auch sakitlah." kata mereka bertiga serentak.

"Kitaorang sebenarnya rindu je dengan kau." kata Farina sambil menyengih.

"Korang ni dah kenapa? Hilang ingatan eh. Baru semalam kita jumpa, yang makan sesama siap berkupas bawang bagai. Takkan dah lupa. Dasar gilalah kawan aku ni. Haih." ujar Husna sambil mengetuk kepala mereka bertiga dengan pen yang dia pegang. Entah dari mana wujudnya pen tu dia tak pasti.

"Alah kau ni best friend sendiri nak rindu pun tak boleh." kata Maria pula sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

"Kau tahu tak sakit kau ketuk guna pen tu. Kalau aku hilang ingatan macam mana." Batrisya pula menyambung.

" Hahaha. Saja je nak betulkan otak korang. Tapi an siapa yang bagi aku pen ni eh. Dari mana di datang?" pelik Husna tentang kewujudan pennya itu.

" Kau nak cakap kitaorang hilang ingatan. Kau tu lagi teruk baru berapa saat dah lupa. Kan tadi kau yang ambil dari kocek baju kau. Takkan tak ingat. "ujar Farina mengingatkan Husna. Serentak itu, mereka bertiga menjentik kepala Husna. Sebagai balas dendam mereka.

" Aduhh. Sakitnya. Alahh sorrylah aku lupa. Dah kena layan perangai korang, memanglah aku lupa." balas Husna sambil menyengih malu.

" Tulah cakap kitaorang tapi dia pun sama." kata Batrisya dengan nada memerli.

"Memanglah sama, kita kan sahabat." balas Husna. Seraya itu mereka berempat tertawa riang.

Tak jauh dari kedudukan mereka, sepasang mata melihat mereka dengan pandangan yang penuh hasad dengki.

"Kau tunggulah Husna, aku akan pastikan hidup kau akan sengsara. Hahaha." kata Nani sambil ketawa sinis. Otaknya ligat memikir rancangan yang perlu dia buat untuk jatuhkan musuh nombor 1 nya.

.
.
.

"Weyh korang. Apa kata sabtu ni kita pergi jogging. Nak tak?" cadang Batrisya.

"Hmm okay jugak tu. Lagipun dah lama an kita tak jogging tu yang memasing dah gemuk lagi lagi Isya. Hahahha." setuju Farina. Sempat kita kenakan Batrisya.

Batrisya sudah memuncung bila dirinya dikenakan. Yang lain hanya ketawa.

"Nanti jogging tempat biasa kan." tanya Husna sambil berusaha menghentikan tawanya.

Mereka bertiga hanya mengangguk tanda ya. Mereka menyambung makan-makanan masing-masing sebelum pergi ke kelas yang seterusnya.

.
.
.

Seperti yang dijanjikan, Husna sudah bersiap mengenakan pakaian sukan untuk berjogging nanti.

Mereka bergerak ke taman seawal 7. 00 pagi. Bak kata Batrisya embun pagi dapat hilangkan stress dan boleh membetulkan otak mereka yang dah mereng tu.

Sedang mereka menikmati angin pagi, tiba-tiba Batrisya menjerit pelan. Namun cukup kuat di pendengaran mereka.

"Kau dah kenapa? Macam nampak crush pulak." tanya Husna pelik. Nasib baik tak kena heart attack kalau tak innalillah dia mati awal tak sempat nak kahwin.

CETERA HATI HUSNAWhere stories live. Discover now