+Delusion
"
BERITAHU aku, siapa bapa kepada anak yang kau kandung?!” tempik Hayden.
Matanya tajam menikam wajah Jae Ah yang kemerahan dek menahan esak tangisan. Jae Ah menggeleng kepala. Dia tidak tahu benih siapa yang telah bercambah di dalam rahimnya.
Jikalau bukan Adam yang memberitahunya bahawa dia sedang hamil, dia takkan tahu. Dia tidak ingat apa apa. Dia tidak pasti samada dia pernah disentuh oleh sesiapapun. Atau, sebenarnya dia lupa. Barangkali ya.
“Saya tak tahu, encik.” Hayden mendengus. Automatik tangannya laju menyambar tengkuk Jae Ah lalu dicengkam kuat tanpa sedikitpun belas kasihan.
Sayup sayup kedengaran suara Jae Ah mengaduh kesakitan. Namun, sedikit pun rayuan dan rintihan gadis itu tak diambil peduli oleh Hayden. Sebaliknya, Hayden masih mendesak Jae Ah untuk mengingati sesuatu yang dia kehendaki dengan segera.
“S-Saya tak tahu, encik.” Mata Jae Ah basah dengan takungan air. Sedaya upaya dia mencuba untuk meleraikan cengkaman Hayden di tengkuknya walaupun dia yakin kudratnya tidak setanding akan kekuatan Hayden Javier.
“Kalau anak yang berada di dalam perut kau ialah anak Darren,...” suara Hayden bergetar amaran. Buatkan air mata Jae Ah bercucuran lebat tanpa dipinta.
“Aku takkan teragak agak untuk hapuskan budak tu!” tengkuk Jae Ah dicengkam kuat sebelum tubuh kecil itu ditolak sehingga tersungkur di lantai. Spontan Jae Ah bawa telapak tangannya di permukaan perut.
Mata redupnya menatap wajah bengis Hayden. Hayden Javier mendengus lalu dia hendak beredar. Tapi, langkahnya terbantut sebaik terdengar suara Jae Ah kembali menjamu pendengarannya.
“Siapa sebenarnya awak, Hayden?” Hayden tersentak. Dari ekor mata, dia merenung Jae Ah seakan akan sedang meminta penjelasan daripadanya. Dia sudah lali mendengar pertanyaan itu. Dulu Adam, kini Jae Ah pula yang bertanyakan soalan sedemikian.
Tapi, dia tidak suka membuang masa untuk bercerita soal yang sama kepada Jae Ah. Dia kesuntukan masa. Ada perkara yang lebih penting perlu dilakukan dengan segera. Jadi, pertanyaan itu sekadar dipandang sepi. Dibiarkan tanpa balas sahaja.
Sebaliknya dia sedang memikirkan rencana untuk menyingkirkan Darren Hans. Jikalau dia terlambat, dia akan tewas. Tapi, dia tidak suka akan kekalahan. Lebih lebih lagi kalau dia terpaksa mengalah dan mengundurkan diri apabila lawannya ialah Darren.
“Siapa awak yang sebenarnya?” Jae Ah menyoal lagi. Buatkan mata Hayden kini beralih ke wajahnya.
“Aku? Pendendam.”
YOU ARE READING
[✓] DELUSION
Fiksi Penggemar"Nyata mahupun ilusi, pandangan kau?" © ARLEADANIAL 2020