𝔹𝕒𝕓 𝟝

14 6 0
                                    

HARI ni hari Jumaat, hari yang kalau boleh Qayra terlampau malas nak pergi sekolah sebab kena tolong cikgu Juan uruskan budak takraw, lagi-lagi bila dia terpaksa bawa Yusuf sekali sebab dia tak ada masa nak cari babysitter. Nak minta tolong jiran, seorang pun dia tak kenal lagi sebab baru je pindah. Nak minta tolong kawan sekolah, kawan pun dia tak ada.

Watermelon sugar hi-

"Ya cikgu," jawab Qayra selepas dia angkat telefon.

"Awak dekat mana ni? Cepat datang. Bas dah sampai ni," gesa cikgu Juan di hujung telefon. Qayra yang sedang mengemas barang-barang Yusuf yang perlu dibawa itu menjawab,

"Baik cikgu, saya tinggal nak order grab je ni."

"Awak order grab? Awak tahu tak bahaya? Bahaya untuk awak dan bahawa untuk Yusuf. Semalam cakap abang awak boleh hantar," suara cikgu Juan jadi agak tegas. Dia tak berapa suka anak murid yang berada di bawah jagaannya menaiki grab, takut benda buruk jadi, dia yang perlu bertanggungjawab nanti.

Qayra tepuk dahi sendiri. Dia lupa nak beritahu cikgu Juan yang abangnya terpaksa gerak awal sebab dia tersalah tengok jadual konvo dia tempoh hari.

"Abang saya terpaksa gerak awal, cikgu. Dia salah tengok jadual konvo dia."

"Awak ni, Qayra. Jangan order grab. Tunggu kat rumah awak. Nanti saya suruh sesiapa ambil. Bagi alamat awak," arah cikgu Juan.

"Eh tak apalah cikgu. Nanti makin lambat. Lebih baik saya je yang pergi sana."

"Awak jangan nak cakap banyak. Ikut je apa saya suruh," cikgu Juan meletakkan titik noktah dalam perbulan mereka. Nampaknya, Qayra tiada pilihan lain. Perbualan telefon ditamatkan dan dia sambung mengemas barang Yusuf.

10 minit berlalu...

Qayra duduk di meja batu di luar rumahnya bersama Yusuf setelah selesai mengemas barang si kecil itu.

"Mana orangnya ni? Tak datang-datang pun," Qayra merungut dan kemudian dia mengacah-acah Yusuf. Si kecil itu ketawa comel.

PIN! PIN!

Qayra mencari arah bunyi kereta tersebut. Pandangannya dihalakan ke sebuah kereta yang berada dihadapan pagar rumahnya.

"Tu ke?."

Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan membunyikan loceng. Qayra bangun dan berjalan menghampiri lelaki tersebut.

"Kau ke Qayra? Kalau aku tau coach Juan suruh ambil kau dah lama aku tolak," bebel Aatiq. Qayra buat muka. Lah, dia budak takraw rupanya.

"Diamlah kau. Dah, jom pergi," balas Qayra. Dia malas nak gaduh dengan Aatiq. Makin lambatlah nanti nak sampai sekolah.

"Woah... Ni anak siapa kau bawa ni? Jangan cakap kau dah...," Aatiq tutup mulut dan besarkan matanya. Qayra menjeling.

"Aku belum kahwinlah gila. Ni adik kawan abang aku. Dia pass budak ni kat abang aku suruh jaga lepastu abang aku pass dekat aku. Nasib baik aku baik nak jaga."

"Kau baik? Kau.. Qayra..?," Aatiq buat muka tak percaya.

"Drama juga kau ni. Sebelum aku pijak kasut kau yang lawa ni, baik kita pergi," cepat sahaja Qayra menidakkan kata-kata Aatiq daripada dia terus merapu. Aatiq tersenyum kecil. Qayra sedikit tergamam melihat senyuman Aatiq. Nampak manis.

"Apahal tengok muka aku ni? Haa.. kau suka ak-."

"Aduh!," kasut lawa Aatiq dipijak Qayra.

"Aku dah warning tau tadi," kata Qayra sambil menjeling lidah.

MAKE YOU MINE [ discontinued ]Where stories live. Discover now