1.17 // overthinking

1.6K 269 50
                                    

Jake tidak tipu ketika dia kata dia bersama Sunghoon namun sekarang—entah bagaimana—dia terserempak dengan Yuna dan gadis itu terus mengajaknya.

Bahkan sekarang gadis itu sedang memilih pakaian baharu. Banyak kali gadis itu menyoalnya dan Jake hanya senyum serta angguk sebagai jawapan. Dia bosan, sangat bosan!

“ Oppa, how about this one? ” soal Yuna sambil memandang ke dalam cermin.

“ Hmm, pretty. ” balas Jake yang sedang duduk di sofa. Senyuman sebolehnya cuba diukir buat gadis itu.

Dia dan Sunghoon baru sahaja rancang mahu ke kedai buku untuk membeli buku baharu. Namun mereka terserempak dengan Yuna atau lebih tepat lagi gadis itu yang mengikut mereka. Yuna ternampak Jake dan terus mengekorinya.

Kali ini Yuna muncul semula bersama baju yang baru dan seperti biasa dia akan menyoal Jake. Lelaki itu mulai berasa lemas berasa di dalam kedai itu. Bukan dia tidak perasan akan pandangan dari pekerja kedai itu.

Jake mahu melarikan diri sahaja. Secara tiba - tiba wajah Taeri muncul dan dia mulai berfikir gadis itu pergi ke mana? Dengan siapa?

“ Aku tak kenal kawan - kawan dia. Takkanlah— ” ayat Jake terhenti di situ setelah wajah itu muncul. Buku lima digenggam kuat dan bibir di ketap rapat.

Tidak mungkin gadis itu mengajak Jay keluar. Tetapi dia yang beri kebenaran untuk Taeri keluar. Namun Jake tidak beri kebenaran untuk mengajak kawan. Siapa saja berjalan tanpa teman?

Positive. Think positive. ” bisik Jake. Dia memejamkan mata

“ Macam mana kalau betul Jay? No way! ” tambah Jake lagi. Kali ini kuku digigit sambil berfikir tentang Taeri dan Jay. Jake kenal Jay, lelaki itu pasti akan ikut ke mana sahaja Taeri mahu.

Setelah sedar apa dan siapa yang dia fikir Jake terus menampar lembut pipinya. Dia mungkin sudah hilang akal memikir tentang Taeri. Suka hati gadis itu mahu ke mana.

“ Aku kena jumpa Sunghoon. ” ujar Jake dan terus melangkah keluar meninggalkan Yuna. Ketika itu juga Yuna keluar dari fitting room dan terpinga ketika melihat Jake yang sudah jauh.

“ UGHH! Gagal lagi! ”

¦

Bookstore

“ Macam mana kau boleh terlepas ni? ” soal Sunghoon sambil membelek muka belakang novel itu. Dia mengambil tempat di sisi Jake di atas lantai.

Jake menghela nafas, “ aku bla macam tu ja. ”

Sunghoon mengangguk perlahan. Terkejut juga Sunghoon ketika mendapat pesanan dari Jake yang menyuruh dia tunggu di kedai buku ini. Jujur, Jake pandai mencari tempat persembunyian kerana Yuna tidak pernah datang ke sini.

Lagipun kedai buku ini sudah biasa dikunjungi oleh Jake, Sunghoon dan Jay. Tempat ini ibarat tempat rahsia mereka bertiga.

Okay! Back to the topic, kenapa kau suruh aku datang sini? Kedai ni lebih kurang 15 minit dari mall? ” soal Sunghoon. Buku yang berada di tangannya sudah ditutup rapat dan kini perhatiannya pada Jake.

Manakala Jake sudah mengeluh entah untuk kali ke berapa. Siling kedai itu dipandang lama seolah dia akan mendapat jawapannya dari soalan Sunghoon. Dia sendiri tidak tahu mengapa, cuma wajah gadis itu yang berada di fikirannya.

Sunghoon menghela nafas, “ kau cakap sekarang, apa yang ada dalam fikiran kau. ”

“ Kang Taeri. ” balasnya senafas membuatkan Sunghoon terdiam. Tidak menyangka nama itu yang akan muncul. Dia fikir Jake akan menyebut nama Yuna.

Interesting. Ada apa dengan isteri kau tu? ” soal Sunghoon lagi. Dia pasti ada sesuatu pada Taeri yang mengganggu fikiran Jake. Jake mengambil satu buku lalu dibelek dan sekali lagi dia mengeluh.

Akhirnya dia menceritakan segala - galanya kepada Sunghoon. Apa yang terjadi di rumah sebelum dia keluar bersama Sunghoon, wajah Taeri yang tiba - tiba muncul dan rasa bosan bersama Yuna.

Sepupunya itu hanya mendengar tanpa memberi sebarang respon, sekadar anggukkan kecil sahaja.

“ Kau nak tahu apa sebab utama? ” soal Sunghoon selepas Jake selesai bercerita. Jake mengangkat sebelah keningnya ke arah Sunghoon.

Sunghoon mengukir senyuman sinis, “ ini sebab utamanya. ”

Jarinya menunjuk ke arah jantung Jake. Tiada sebab lain untuk masalah ini selain hati Jake yang sudah menerima Taeri dan perasaannya kepada Yuna semakin pudar.

Menyedari apa yang Sunghoon cuba katakan membuatkan Jake ketawa sinis. Mustahil dia mempunyai perasaan kepada Taeri. Jake sendiri boleh mengira menggunakan jari berapa kali mereka berkelakuan seperti pasangan suami isteri.

Tidak mungkin dia ada perasaan seperti itu. Masih awal untuk semua itu dan dia tidak pasti apa yang akan berlaku.

Nonsense.

Really? Let's think umm, how about dia lupa tentang kau sebab terlalu gembira dengan Jay? ” balas Sunghoon selamba.

It's up to her, Park Sunghoon. I don't care. ” balas Jake sambil membaca helaian pertama buku itu. Sebolehnya tidak mahu memandang ke arah Sunghoon.

“ Maknanya kalau Jay nak cium dia pun kau tak kisahlah? ” soal Sunghoon lagi sebelum bangun untuk mencari buku yang lain.

Jake kekal di tempatnya sambil memikirkan soalan Sunghoon. Taeri dan Jay? Berciuman? Dia sendiri tidak pernah menyentuh Taeri lebih, sekadar pelukan sahaja. Jake mencebik kesal, ada sesuatu muncul di fikirannya yang membuatkan dia mahu melepaskan rasa marah.

Sunghoon muncul semula dan bersandar di rak buku itu. Bibirnya mengukir senyuman kemenangan dan cuba menahan tawanya.

“ Itu yang orang panggil overthinking. Good luck, Shim Jaeyun.










+ siapa yang suka dengan character sunghoon? 😆

+ siapa yang suka dengan character sunghoon? 😆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now