+chapter 12

17 7 0
                                    

+Delusion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+Delusion


TSK. Hayden berdecit halus.

Bibirnya melakar senyuman sinis sebaik terkenang jemputan khas Tuan Min. Hayden Javier dijemput untuk makan malam bersama keluarga itu esok hari.

Katanya, atas tanda terima kasih kerana membawa Acele pulang ke pangkuan keluarga. Dusta! Sedangkan tadi lelaki tua itu membuat kecoh sehingga mengusir anaknya keluar dari majlis makan malam.





Tapi, setelah melihat Acele mempunyai hubungan bersama Hayden yang barangkali dilabel istimewa oleh lelaki tua itu, mula lah berniat nak masuk jarum.
Maklumlah Hayden seorang jutawan muda, kalau peluang keemasan itu sekadar dipandang sepi, memang rugi.



“Tuan akan datang?” Adam yang sedang memandu merenung Hayden melalui biasan cermin pandang hadapan. Sepi. Tiada jawapan yang diperolehi daripada Hayden.



“Oh ya, pasal Acele Rayleigh. Kau nak lepaskan budak tu macam tu saja? Kau tunggu 20 tahun, Hayden.”
Selang seketika, suara Louis pula mencelah.

Adam tidak mahu masuk campur. Dia arif benar akan sikap Hayden memandangkan dia sudah tahu akan hal sebenar.
Hayden masih diam. Pertanyaan Louis buatkan dia ligat berfikir akan sesuatu. Sehinggalah bibir nipis Hayden meleret senyuman.

“Aku ada rancangan yang lebih baik.”

***

“No, Jimin! Aku tak lari mana mana pun. Kalau kau nak tahu, aku ditemui pengsan itupun di tepi laut.”
Bersungguh sungguh aku meyakini Jimin.

Usai majlis makan malam tadi selesai, Jimin menagih penjelasan daripadaku. Segera aku diheret ke laman rumah setelah aku melihat kereta Zenvo ST1 milih Hayden beredar dari kediaman ini. Mendengar penjelasan aku, Jimin seakan akan kurang pasti. Ia memang kedengaran mustahil.

Tapi, itu lah kenyataannya. “Apa sebenarnya yang dah berlaku, Acele? Jelaskan kepada aku satu persatu. Aku merayu kepada kau?” pinta Jimin. Aku mengeluh.




Apa lagi yang aku perlu jelaskan? Aku tidak lari pada malam perkahwinan aku. Aku juga tidak pasti apa yang telah berlaku sehingga keesokkan harinya aku terjaga dari lena dalam kediaman milik Hayden. “Aku tak pasti, Jimin. Aku tak ingat apa apa.”


“Darren. Bekas suami kau? Kau tak rasa dia tahu apa apa yang berlaku kepada kau?” soal Jimin membuatkan aku diam buat sejenak. Setelah Darren mengumumkan perkahwinannya bersama Celene tadi, dia juga mengatakan bahawa kami tidak lagi mempunyai hubungan.

[✓] DELUSION Where stories live. Discover now