+chapter 13

17 7 0
                                    

+DELUSION

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+DELUSION

"APA yang awak nak lagi, Darren? Antara kita dah tak ada apa apa. Jadi, saya mohon jangan ganggu saya.” Aku tekankan setiap satu butir kataku. Beranggapan bahawa Darren akan memahami permintaanku.

Cukup! Aku tidak mahu mempunyai sebarang perang dingin bersama Celene lagi.

Walaupun sudah acap kali aku mengaku kalah tapi wanita itu seakan akan tidak mahu aku mengundurkan diri. Setiap masa, dia seolah olah  sedang mencabar kesabaran aku dengan melayani Darren Hans dengan penuh mesra. Apa motifnya?

Mahu melihat aku cemburu? Mohon meninggal. Darren? Kelmarin, dia hebohkan kepada semua orang bahawa kami tidak lagi mempunyai hubungan suami isteri. Bahkan sudah keluar dalam berita panas hari ini.

Entah apa yang dia mahukan lagi daripadaku. “Kenapa you tak beritahu I yang you pregnant?” soal Darren membuatkan senyuman di bibirku kian lenyap.




Jadi, berita ini sudah sampai ke pendengarannya? Tsk. Setelah dia lepaskan aku, baru dia hendak terhegeh hegeh menagih jawapan daripadaku.

Sudah terlambat. “Untuk apa saya beritahu awak. Anak ni tak ada kaitan langsung dengan awak.” Dingin aku membalas.





Tatapan matanya tak aku ambil peduli. Dia mendengus. Barangkali tidak jatuh dalam perangkapku. Dia ingat aku akan senang senang mengaku yang aku sedang mengandungkan anaknya?

Memang tak lah!

Don’t fool me, Acele. I tahu you sedang mengandungkan anak I, kan? Anak tu anak I kan?” bertalu talu soalan yang meniti di bibir Darren. Cara dia membahasakan diri sebagai I dan you kepada aku buatkan aku mahu memuntahkan isi perutku.


Sungguh! Geli anak tekakku mendengarnya. Lagi pula aku bukan Celene yang mahu dilayan romantis sebegini 24 jam.

“Awak akan berkahwin, Darren. Tumpukan perhatian awak lebih kepada Celene. Saya tak perlukan awak.” Bidas aku lantas aku segera beredar meninggalkan dia di situ.

Aku harus lekas atau banyak lagi soalan yang bakal terlontar keluar dari mulutnya. Aku sudah lali. Daripada membuang masa melayan kerenah Darren, lebih baik aku segera ke ruangan makan.

Aku dengar ayah menjemput Jimin sekali. Jadi, aku bersetuju untuk turun makan. Ada juga yang melayan aku nanti kalau nak harapkan keluarga yang sepanjang hari bermasam muka.

Hidup sebumbung tapi tidak bertegur sapa.
Atas khabar angin yang tidak sahih, mereka menghukum aku sebegini. Sehingga ibu juga mengabaikan aku. “Sayang!” Tak semena aku terjegil mata mendengar suara Jimin memanggilku.


Tak, aku tidak terperanjat akan jeritan Jimin tapi aku terperanjat melihat kehadiran Hayden di sini. Hayden ada di sini? Spontan aku tersenyum menyapa lelaki itu.

[✓] DELUSION Where stories live. Discover now