BAB 15

31 5 0
                                    

                       BAB 15 🎀
    Tepat jam 2:30 petang aku berlepas ke Hong Kong sendirian. Di dalam flight tiada apa lagi yang mampu aku lakukan selain tidur kerana rasa penat mulai menguasai diri setelah setengah hari berada disekolah dengan ball gown dikala matahari tegak memancarkan cahayanya ianya sungguh memenatkan. Aku tertidur sehingga la seorang pramugari datang untuk mengejutkan ku dan mengkhabarkan bahawa kapal terbang akan mendarat sebentar lagi.
    Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 4 jam itu hanya la aku isi dengan mimpi setelah keluar dari balai ketibaan di Hong Kong International Airport kelihatan dua orang berpakaian kot hitam yang merupakan bodyguard yang diarahkan oleh grandpa untuk menjagaku jika aku pulang ke Hong Kong sudah menungguku dengan memeggang kertasa yang bertulis 'Welcome to Hong Kong Miss Denz'.
     Mereka menundukkan kepala tanda hormat sebaik aku menghampiri mereka dan salah sorang dari mereka mengambil ahli menolak troli yang mengandungi laguagaeku. Kami terus bertolak ke Denz Mansion yang terletak lebih kurang 30 minit dari Hong Kong International Airport.
     Disebabkan tiada perbezaan waktu antara Malaysia and China jadi aku tiada masalah jetlag lagipun dalam flight tadi aku sudah mendapat rehat yang secukupnya jadi aku menikmati keindahan Hong Kong disepanjang laluan.
      Kami tiba di Denz Mansion tepat jam 7 kelihan granny dan grandpa sudah menunggu ku di hadapan pintu masuk aku segera berlari kearah mereka sebaik turun dari kereta tubuh granny aku dakap erat terlerai rasa rindu setelah hampir setahun aku tidak pulang kesini.
      "Nǎinai xiǎojiě(rindu granny)"
      "Nǎinai yě xiǎngniàn hā nà(granny pun rindu Hana juga"
      "Nǐ xiǎngniàn nǎinai ma? Nǐ xiǎngniàn wǒ ma(rindu granny je ke?granpa tak rindu)",granpa yang berada dibelakang kami sudah menunjukkan wajah muramnya, aku  ketawa melihat reaksinya itu dan memdakap tubuh gagahnya dan berpaut dilehernya seperti beruang koala disebabkan oleh ketinggian ku yang agak pendek membuatkan kaki ku tidak menjejak kelantai apabila kami berada dalam keadaan seperti itu, walaupun sudah berusia lebih 60 tahun granpa masih lagi kelihatan seperti lelaki gagah buktinya sekarang dia masih mampu menampung beratku yang tergantung pada dirinya tanpa masalah.
    "Wǒ yě xiǎngniàn wǒ de zǔfù(rindu atuk juga la) ",bisikku perlahan dia menepuk-nepuk mesra belakang tubuh menyuruh aku turun dari badannya.
     "Wèishéme dúzì yīrén je ni māmā, bàba hé nǐ mèimei zài nǎlǐ?(kenapa  datang sorang je ni mana mama, papa dengan kakak kamu?)",tanya granpa sambil melihat kearah luar menanti ketibaan anak, menantu dan cucunya yang lagi sorang.
    "Hā nà dúzì yīrén jié dí'ào lǎng qù bālí(Hana datang sorang je, diorang pergi Paris)",kami sudah masuk kedalam rumah,sebaik masuk kedalam rumah aku terus berlari kearah aunty Marie yang merupakan ketua maid dekat Denz Mansion ni aku dan dia berpelukan melepaskan rindu. Aunty Marie ni berasal dari Filiphina dan sudah lama berkhidmat dengan Denz's family lebih kurang 20 tahun kalau tak silap aku dan hubungan aku dengan dia juga agak rapat kerana setiap kali pulang kesini aku pasti akan menyiapkan makanan untuk granny dan granpa dan dessert dari ku menjadi kegemaran mereka. Jadi hubungan aku dan aunty Marie menjadi rapat kerana dia yang selalu membantuku ketika berada di dapur malah kami juga kerap bertukar-tukar resepi untuk menambahkan skill memasak kami.
     "Āyí jīntiān yào zhǔ shénme? xiǎngniàn chī āyí de shíwù(aunty masak apa harini, rindulah nak makan masakan aunty)",aku, granny dan granpa sudah siap berada dimeja makan sementara aunty Marie mengarahkan beberapa orang maid lain untuk menyiapkan makanan kami.
    "Wa, nàgè rén huì shuō pǔtōnghuà!(wow, orang tu dah pandai cakap Mandarin la)",perlinya selamba kerana memang sebelum ini aku kurang mahir dalam berbahasa Mandarin namun sejak setahun yang lalu aku telah mempelajari bahasa Mandarin secara perlahan-lahan melalui You Tube.
      "wow, dim sum la!",jawab ku teruja apabila salah sorang maid meletakkan dim sum diatas meja. Dim sum merupakan favourite Chinese food aku.
      "Nǎinai gàosù mǎlì āyí jīntiān zuò diǎnxīn, yīnwèi nǎinai zhīdào tā xǐhuān chī diǎnxīn (nenek yang suruh aunty Marie buatkan dim sum harini sebab granny tahu hana suka makan dim sum)",aku terkebil-kebil tidak faham.
       "grannyyyy, can we stop speaking Mandarin ?",rayuku bersama puppy eyes. Ye la bahasa Mandarin ku masih berada ditahap rendah apabila bercakap dengan orang Chinese seperti granny pasti sahaja aku akan tewas kerana kelajuan percakapannya itu sudah membuat aku pening untuk memahaminya.
       "tadi kamu yang beria-ria cakal Mandarin",jawab granny dengan fasih dalam bahasa Melayu. Manakala granpa pula sudah ketawa melihat muka masam ku akibat diperli oleh granny
       " alaaa, Hana baru je belajar bahasa Mandarin tu, mana la reti nak cakap laju-laju lagi",balasku dengan nada meraju, aku mula fokus kepada makanan yang berada didalam pinggan ku tanpa mempedulikan mereka tanda protes.
       "ala, alaa..jangan la merajuk, esok kita keluar shopping nak beli preparation untuk sambut Chinese New Year lusa?",pujuk granny sambil menggosok-gosokkan kepalaku.
        "serious la, okay Hana tak merajuk tapi esok janji kita pergi shopping granny belanja",sengihku sampai ketelinga ,granny hanya mengaggukkan sahaja manakala granpa sudah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat keletahku yang tak ubah seperti kanak-kanak.
     Sebaik sahaja selesai makan aku meminta diri untuk naik keatas membersihkan diri dan menunaikan solat. Seleoas isyak baru la aku turun semula untuk dinner bersama-sama dengan mereka.
    "kenapa Hana tak ikut mama dengan papa pergi Paris? ",tanya granpa setelah kami selesai makan malam dan kini berada di suatu ruang seperti ruang tamu.
      "Hana ada aktiviti dekat sekolah siang tadi diorang pula bertolak ke sana kelmarin "
      "dah tahu kamu ada aktiviti dekat sekolah kenapa tak postpone je? Ada ke pergi family holiday tapi tinggal sorang anak dekat sini"
       "alaa, Hana tak kisah la granpa lagipun mama pergi sana sebab ada kerja juga sebab tu la tak boleh postpone lagipun Hana happy je dapat datang sini spend time dengan grandpa dan granny",jawab ku ringkas, selepas itu tiada lagi soalan yang berkaitan dengan papa mahupun mama, grandpa dan granny hanya menanyakan hal berkaitan sekolah dan selepas beberapa ketika aku meminta diri untuk masuk tidur dengan alasan penat.
      Didalam bilik aku mula memikirkan alasan yang aku beri kepada mereka tadi berkaitan mengapa mama tidak boleh postpone holiday kali ini, itu juga merupakan alasan yang sama aku terima namun mengenangkan perbualanku bersama Miss Balqis siang tadi semasa dalam perjalanan ke airport membuatkan aku tertanya-tanya siapa yang harus aku percayai?Mama ataupun Miss Balqis? Namun Miss Balqis tiada alasan untuk menipuku dan jika mama yang menipu apa pula alsannya?
FLASHBACK
       "kenapa akak tak ikut mama pergi Paris kali ni?",tanyaku semasa kami berada didalam perjalanan ke KLIA.
       " laaa, buat apa akak nak ikut pula ,Puan pergi sana bercuti kan bukannya pergi sebab kerja? "
      "tapi bukan ke mama cakap yang mama nak pergi satu fashion show dekat sana,selalunya akak akan ikutkan kalau mama pergi mana-mana fashion show? ",soal ku lagi.
       "fashion show? Tak silap akak mana ada apa-apa fashion show pun dekat sana? ",aku mulai curiga dengan jawapan yang diberi.

  
      

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Till Jannah💕Where stories live. Discover now