Yana menghela nafas berat. Diraup kasar mukanya cuba melupakan kejadian tadi. Masih dia tidak dapat melupai apa yang berlaku pagi tadi. Semua penipuan Aryan benar-benar menyakitkan hatinya. Perlukah dia menerima semua ini?
Yana menggeleng. Dia pun tak tahu akan itu. Terimakah hatinya pada lelaki yang bernama Aryan sedangkan saat ini masih membara marah pada lelaki itu.
" Yana..."
Yana buat mata ke atas bila namanya diseru manja. Tahulah siapa yang mengambil tempat di sebelahnya saat ini. Siapa lagi kalau bukan Aryan... Haih! Meluat betullah!
Sengaja Yana nak ambil angin duduk di luar pondok ini tapi lain pula jadinya bila Aryan pulak menyibuk nak menyendeng dekat sini. Hilang terus ketenangan yang dia rasai tadi. Mudahnya Aryan menghilangkan moodnya.
" Yana... Aryan panggil ni."
Yana tidak menghiraukan sama sekali Aryan yang sudah pandang dia dari tadi. Dari ekor mata dia boleh nampak lelaki itu sudah mahu menangis. Biarkan!
" A-ay-ayan minta maaf..." Terselit gagap akan bicaranya.
Begitu serba salah dengan semua yang terjadi hari ini. Pasti Yana sudah membencinya gara-gara penipuannya itu. Tapi Aryan buat sebab sayang. Dia mahukan Yana jadi miliknya. Tamakkah dia? Salahkah perbuatan dia?
" Aku tak nak kahwin dengan kaulah!" Kasar Yana membalas.
" Orang... Isk... Isk... Isk..."
Tepuk dahi Yana apabila lelaki itu menangis hanya gara-gara panggilan yang dia gunakan. Disebabkan itu, terpaksalah nama panggilan itu terpaksa ditukar...
" Awak...saya tak nak kahwin dengan awak." Penuh munafik Yana melembutkan suaranya. Dalam hati dah sumpah seranah dekat si Aryan ni. Geram!
" Tapi orang sayang Yana."
Yana mengetap kuat giginya. Luahan lelaki itu kedengaran tulus dan ikhlas dalam pendengarannya. Yana mengalihkan matanya dari melihat anak mata Aryan. Yana nampak sesuatu dari mata itu.
Cinta.
Cinta yang sekian lama mekar buatnya dan di menepis berkali-kali. Setia lelaki itu padanya. Dari dulu sehingga kini. Mengapa lelaki itu tidak mencari wanita lain untuk dicinta? Mengapa dia yang dipilih?
" Kenapa tak kahwin dengan orang lain? Dah tahu Yana tak suka Aryan dari dulu kan? Aryan ni tak faham ke yang Yana tak boleh terima Aryan. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa."
" Tapi cinta boleh dipupuk. Tak salah kalau Yana bagi Orang peluang untuk tunjukkan cinta dan sayang Orang pada Yana." Laju Aryan mencelah.
Penuh makna Aryan menatap muka cantik Yana. Terketar tangan itu. Masih teringat akan penolakan Yana dulu padanya. Aryan takut penolakan akan berlaku untuk kali kedua. Dia tidak sanggup. Tapi kalau ia terjadi... Aryan mungkin serik bercinta. Itu semestinya.
" Boleh tak Aryan faham yang Yana tak sayang Aryan? Yana tak suka Aryan. Aryan cakap macam manapun. Yana tetap tak sayang Aryan!" Noktah diberi Yana dengan muka tegang menyentapkan hati Aryan. Terpaksa sangat ke terima dia ni?
Aryan tersebik sedih. Muka itu sudah berubah mendung mahu menangis. Perlahan tubuh itu dibawa kesot menjauh dari Yana dengan esakan kecil. Bibir pula sudah dikemam rapat.
" Orang sayang Yana dari dulu lagi..." Aryan bermain dengan jari sendiri. Kepala ditunduk ke bawah.
Yana hanya mendengar sesekali dia mengerling pada Aryan yang sudah menangis di sebelahnya. Menangis tanpa suara. Lelaki itu menjauh kerana penolakan dia. Tapi... Mengapa Yana terasa lain bila lelaki itu kecewa? Mengapa hati Yana terasa belah bahagi?
YOU ARE READING
His Secret Side ( Published )
RomansaNOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN Kaku, beku, dingin itulah jiwanya biarpun dipinta hati banyak kali, namun keras dia menolak! Wanita sepertinya tidk perlukan cinta. Dia hidup semata-mata untuk bernafas. Pertemuan, akibat salah faham menyatuka...