ADEL yang sedang duduk di satu bangku yang berhadapan sawah padi di dekati oleh Adeena. Sesekali selipar jepun berwarna soft pink yang berbulu halus berada di kakinya di pandang. Sejak bila Aiden beli pun dia tak tahu. Dah la berbulu warna pink pula tu.
Lantak kau lah.
"Jauh betul termenung kak Adel." Tegur Adeena. Dia menarik senyuman nipis setelah melihat wajah sugul milik Adel.
"Eh, Deena duduklah." Adel berganjak sedikit ke tepi untuk memberikan ruang kepada Adeena untuk duduk.
Adeena melihat Adel yang menunduk. Tangan gadis itu bermain sesama sendiri.
"Kak Adel ada masalah? Wanna share with me?" Tangan milik Adel di ambil oleh Adeena lalu di genggam kemas. Sejuk. Tangan gadis itu seperti baru menjamah ais.
"Tak adalah. Kak Adel cuma rasa tak sihat sikit." Adel tersenyum manis ke arah adik iparnya.
"Kak Adel pucat. Kita pergi klinik ya?" Adel menggeleng. Tangan milik Adeena yang terasa hangat itu sedikit melegakannya.
Air mata yang sedari tadi di tahan sudah bagaikan tidak dapat di bendung lagi.
"If kak Adel tak ada tempat untuk meluah. Adeena sentiasa ada dengan kak Adel. Deena dah jadi adik kak Adel. Jadi jangan rasa segan untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati. Jangan di pendam nanti kak Adel sendiri yang terseksa."
Adeena tersenyum nipis. Tubuh kakak iparnya dia bawa ke dalam pelukan. Teresak-esak gadis itu di dalam pelukannya.
"Just spill it. Adeena ada." Adeena menggosok belakang badan Adel.
Dia tahu gadis itu mempunyai masalah. Anak mata milik Adel terselit seribu satu duka yang hanya dia seorang sahaja yang tahu.
"I'm ashamed of myself. I am not pure anymore. I hate that man."
Adeena terkedu di tempatnya. Apa sebenarnya yang terjadi?
AIDEN yang baru sahaja selesai menyegarkan diri itu merapati tubuh isterinya yang duduk di birai katil. Buku ditangan hanya dibiarkan tidak di baca. Anak mata hazel yang menawan itu tidak lepas memandang ke hadapan.
Kuat betul berangan. Aiden menggeleng. Bag yang masih di zip itu dibuka. Satu helai seluar pendek dia keluarkan lalu di sarung. Tanpa berbaju dia merapati isterinya yang sedang termenung jauh.
"Sayang?"
Senyap. Tiada reaksi dari wanita itu.
"Sayang." Adeena tersentak. Bulu romanya terasa naik menegak bila nafas hangat milik Aiden terkena cuping telinganya.
"Abang. Terkejut Deena." Adeena tersenyum nipis. Buku tebal yang berada di tangannya dia letakkan ke atas meja kecil di tepi katil.
"Sayang ada masalah?" Soal Aiden penuh prihatin. Kepalanya dia rebahkan ke atas paha milik Adeena. Anak mata lelaki itu pandang penuh kasih ke dalam anak mata isterinya yang sedang ralit memerhati perilakunya.