MICAH senyum saat teringatkan peristiwa video callnya bersama Nayla tadi. Tak sangka Nayla sudi mengajaknya video call. Ingatkan sejak peristiwa dia tahu tentang dirinya yang sebenar, budak itu akan terus memarahinya.
Nayla kelihatan bahagia dengan dunianya yang baru. Apatah lagi tadi Nayla sengaja memperkenalkan si kembar junior Tunku Noah kepadanya.
Comel sahaja anak-anak Tunku Noah itu. Mata jelas mengikut si ayahnya. Cantik berwarna keemasan. Tak sangka sudah empat tahu semuanya berlalu.
Hmm.
Tunku Noah sudah bahagia. Sudah aman dengan hidupnya.
Dia bila lagi?
Tapi...
Aku layak ke nak bahagia?
"CAN you please stop disturb me Edna?" Marah Micah apabila tangan perempuan itu asyik-asyik nak menjalar ke lengannya.
Dasar gedik!
"What i do wrong? I just touch you." Ujar Edna dengan senyuman di bibir merahnya.
"But i hate it. So please. You're just my secretary, Edna. So act like one. Or else i fired you!" Ugut Micah. Tajam pandangan mata gelapnya.
Edna memuncung.
"But signor, you said that you want to find a woman as your wife. I'm here signor Micah. You don't need to find another." Edna mulakan aksi menggodanya. Tangan mula berlari nakal di dada bidang Micah.
Micah mendengus kasar dan terus bangun dari duduknya. Tangan Edna ditepis menjauh macam lalat.
"You're fired. And now, get lost from my office!" Tegas Micah. Mata mencerlung tajam memandang wajah terkejut beruk Edna.
"But... but i..."
"Get. Lost." Micah berkata lagi. Kali ini tangan mencekak pinggang dengan wajah yang menayang riak seriusnya.
"No. You can't do that." Edna menghentak tumit tingginya di atas lantai.
"Yes i can." Micah terus menarik tangan Edna dan langkah diatur ke arah pintu pejabatnya. Pintu dibuka dan Edna terus ditolak keluar dari bilik pejabat.
"Signor listen to..."
Micah terus menghempas pintu bilik pejabat dan tombol kunci di pusingkan. Mengunci pintu bilik kerana dia mahukan keamanan tanpa sebarang gangguan.
Ya.
Tanpa sebarang gangguan!
MICAH menjeling jam di pergelangan tangannya sebelum mendecit geram. Rasa menyampah sebab kena berdiri lama di kaunter sebab nak bayar pen sebatang.
Memandangkan setiausahanya sudah dihalau, maka semua benda sekarang dia yang uruskan sendiri. Hatta pen sekalipun.
Urgh.
YOU ARE READING
CERPEN: LITTLE LOVE STORY
RandomDi sini tercampaknya kisah-kisah antara dua hati... "I am half of yours, and you are half of mine... ...and in the end, we are one." "Love is indeed beautiful... ...now lets colours it with rainbow and unicorn." ©PRIMROSE ©ALL RI...