LOVE
4 stories
Forever After by syfqhpiqah
syfqhpiqah
  • WpView
    Reads 18,897
  • WpVote
    Votes 1,925
  • WpPart
    Parts 29
Sambungan cerita Crushku, Ketua Pengawas. Forever After.. Yeah.. Ingat lagi macam mana Riyana dengan Izwan jumpa dulu? Diorang kahwin and bahagia, right? Izwan. The guy that makes Riyana fall in love with him over and over again. Same vibe, same feeling. Semuanya sama macam masa pertama kali diorang jumpa. Tak pernah berubah. "Sayang, kenapa tak panggil saya abang je. Semua kawan saya yang dah kahwin isteri diorang semua panggil diorang abang. Saya jeles." "Abang? Tak naklah. Kalau guna saya-awak rasa macam muda gitu. Lagipun, saya cepat sangat cringe." Tapi dalam rumah tangga mesti ada konflik, kan? Samalah jugak dalam rumah tangga diorang. Semuanya sebab seseorang. Betul tu, orang ketiga. "Saya ceraikan awak dengan talak satu." Riyana terduduk. Nafas dia makin laju. Apa dia buat salah. Apa yang dia silap langkah sampai semua ni jadi? "Apa dah jadi dengan kau ni, Wan? Aku tak lepaskan Riyana kat kau dulu untuk semua ni, Wan. Dia sayang kau, dia sanjung kau, dia hormat kau. Kalau aku tahu, aku takkan mengalah kejar dia dulu." Habis madu sepah dibuang. Dah buang nak amik balik. "Kalau betul awak dengan saya dah tak ada jodoh, saya doakan awak jumpa someone yang lebih baik." Kebahagiaan tu tak semestinya kekal, kan? Start: 19 September 2020 End: ?
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,324
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Be Mine •°Complete√°• by syfqhpiqah
syfqhpiqah
  • WpView
    Reads 500,991
  • WpVote
    Votes 20,764
  • WpPart
    Parts 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradik. Zawana berkawan baik dengan adik Akmal yang nombor 2, Aiman. "Ya Allah, hensemnya abang kau, Man." "Baik kau jangan dekat dengan dia weh kalau kau tak nak dibenci." "Kau dengan aku? Oh dear, perkataan layak pun tak sesuai untuk kau." Benci sangat ke Akmal dengan Zawana. Tapi kenapa? Apa salah Zawana sampai Akmal tak suka sangat dengan dirinya? "Mama nak Wana kawin dengan Akmal." "Wana setuju." "Akmal tak setuju, abah! Kenapa nak kena kawin dengan perempuan murah tu!" Mereka kawin jugak. Zawana dengan rela hati. Akmal pulak kena paksa. Zawana gembira, Akmal pulak terseksa. Zawana cintakan Akmal. Akmal benci Zawana. Entah bila agaknya nak habis dengan semua benda yang berlawanan dengan mereka ni? Boleh ke Zawana pertahankan rumah tangga yang Akmal sendiri langsung tak nak bina? "Aiman, macam mana aku nak buat Akmal jatuh cinta dengan aku?" So? Rasanya boleh ke? Ada caranya? Start: 3 Ogos 2020 End: 17 Ogos 2021 #1- novelmelayu (25 Ogos 2021)
Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔ by syfqhpiqah
syfqhpiqah
  • WpView
    Reads 695,286
  • WpVote
    Votes 39,983
  • WpPart
    Parts 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan abe crush dia kat tingkatan 6, Izwan Rafiq😳 Izwan selalu sangat jumpa dengan Riyana. Tapi tak berkesempatan nak cakap apa-apa sebab baru cakap satu perkataan minah ni dah lesap. Macam ninja lesap dia.🙈 Asal jumpa je lari. Asal jumpa je lari. Jenuh dia nak berbual. Tapi, sebabkan kata-kata dari Izwan, Riyana dah tak jadi Riyana yang Izwan kenal dulu. Bila jumpa je, Riyana selalu tundukkan pandangan. Takpun dia lari. Tapi, sekarang bila jumpa je, Riyana mesti buat muka meluat. "Selain awak pandai, tegas, jaga hubungan dengan Allah, hormat orang lain, jaga batas pergaulan, satu je awak tak pandai. Awak tak pandai jaga hati orang perempuan." Susahkan bila ada crush ni? Rasa sakit hati kita kena telan, semua yang kita rasa pasal dia kita telan. Tak kisahlah orang nak kata apa, dia tetap baik kat mata kita. Betul tak?😔 Start: 3 Februari 2019 End: 2 Ogos 2020 Ranking; #2 in pengawas (31/7/20) #1 in pengawas (29/10/20)