LOVIT,LIKEIT
5 stories
Mission IM120 : Perpustakaan Aksara, Latihan Industri by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 421
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 11
Perpustakaan? Sudah biasa kita dengar bahawa tempat ini ialah gedung ilmu, memiliki setiap buku yang ada untuk membantu setiap orang yang datang. Pelajar, guru, pensyarah dan penyelidik datang ke sini untuk mencari bahan bagi menyiapkan rujukan mereka atau sekadar hadir untuk membaca buku. Itulah stereotaip perpustakaan yang sering kita fahami. Hadirnya pelajar-pelajar Universiti Ixora ke Perpustakaan Aksara untuk menjalani latihan industri, mereka memampatkan segala yang dipelajari demi membantu perpustakaan ini bangkit semula di mata orang. Cempaka menjadi orang pertama yang mengusulkan segala aktiviti dan promosi yang boleh dilakukan. Perpustakaan ini banyak kegunaannya, bukan sekadar menempatkan buku sahaja. Dalam diam, ada kisah yang tiada sesiapa ketahui. Perpustakaan juga ada sesuatu yang menghuni. Misteri dan konflik? Jangan risau, pasti dapat mereka atasi. Oleh itu, ayuh kita mendalami perpustakaan bersama-sama! • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2022 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad / Ebook Kalau anda peminat perpustakaan, cerita ini untuk anda! Penulis merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan perpustakaan dan cerita ini sarat dengan ilmu pengetahuan. Cerita ini ada ebook tau! Jika berminat nak ebook-nya, boleh dm @haninay_ di akaun Instagram! Terima kasih :D
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 40,224
  • WpVote
    Votes 3,876
  • WpPart
    Parts 62
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸
[SUDAH TERBIT] DANGEROUS DESTINY by intanaidda_novelis
intanaidda_novelis
  • WpView
    Reads 23,017
  • WpVote
    Votes 106
  • WpPart
    Parts 3
Tajuk: DANGEROUS DESTINY Genre: CINTA/AKSI/THRILLER/KEKELUARGAAN/PERSAHABATAN Penulis : INTAN AIDDA Terbitan: APRIL 2021 Penerbit: FAJAR PAKEER
PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 396,032
  • WpVote
    Votes 15,249
  • WpPart
    Parts 36
WARNING! INI HANYA PROMO. Yang tertulis di sini hanya setakat BAB 35 sahaja. Novel ini telah diterbitkan pada bulan Jun 2016 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. PEMBELIAN ONLINE: Emelkan kepada order@fajarnovels.com.my ******* SINOPSIS Ini bukan cerita memikat hati bos. Dan Lisa... tak teringin pun nak pikat hati bos. Ini cerita pasal bos malas nak fikir soal cinta. Jadi, diupahnya novelis cinta untuk selesaikan masalah cintanya... Layankan sajalah...
[SUDAH TERBIT] JOKO RONGGO  by intanaidda_novelis
intanaidda_novelis
  • WpView
    Reads 153
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 1
Tajuk : JOKO RONGGO Genre : SERAM/THRILLER Penulis : INTAN AIDDA Terbitan : NOVEMBER 2020 Penerbit : DEAR NOVELS