SecretNanx
Sejak kecil, Annara Ezzah Humaira hidup sebagai gadis biasa tanpa mengetahui bahawa dirinya merupakan pewaris kepada sebuah keluarga yang berpengaruh dan kaya.
Namun kehidupannya berubah apabila kemunculan seorang lelaki bernama Bryan Rafael mendedahkan kebenaran yang selama ini disembunyikan.
Bryan Rafael bukan lelaki biasa. Dia ialah The Reaper, ketua kepada The Blood Dynasty, organisasi yang namanya cukup untuk membuat sindiket jenayah, mafia dan kartel di seluruh dunia memilih untuk berundur daripada berperang.
Apabila identiti sebenar Annara terbongkar, nyawanya menjadi sasaran musuh yang mahu menghapuskan keturunan keluarga Humaira untuk selama-lamanya.
Dalam usaha melindungi Annara, Bryan membawa gadis itu ke dalam dunianya yang dipenuhi rahsia, pengkhianatan, kuasa dan pertumpahan darah.
Namun semakin dekat mereka dengan kebenaran, semakin banyak rahsia lama mula terbongkar. Termasuk satu rahsia yang mampu menghancurkan hubungan mereka.
Rahsia bahawa kematian ibu Annara, Datin Sofia, mempunyai kaitan dengan peperangan lama yang melibatkan The Blood Dynasty. Kini Annara terpaksa memilih antara mempercayai Bryan Rafael atau membalas dendam terhadap lelaki yang telah mengubah seluruh hidupnya.
Dalam dunia di mana darah menentukan takdir, hanya satu perkara yang pasti Pengkhianatan paling menyakitkan tidak datang daripada musuh, tetapi daripada keluarga sendiri.