Masa lapang
7 stories
TERBIT | Jika Harus Begitu by Jwayara
Jwayara
  • WpView
    Reads 5,715,535
  • WpVote
    Votes 50,027
  • WpPart
    Parts 19
"Cukup lah Khairul! Awak caci saya, awak tuduh saya tanpa soal selidik. Sampai bila awak nak hina saya?" - Putri Darleesa. "Habis apa yang kau buat ni tak melampau?! Jawab aku Putri Darleesa! Salah aku? Salah aku kita terjebak dalam perkahwinan ni? Salah aku?!" - Khairul Firhad. Darleesa dan Khairul. Dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Badai melanda disaat mereka terjebak dalam satu tragedi hitam. Tragedi dimana ikatan perkahwinan terlerai jua atas tuntutan keluarga untuk menutup malu yang terpalit. Darleesa tewas. Sangkaannya tepat. Kehidupannya semakin sengsara apabila Khairul mula mengurungnya di dalam sangkar emas. Kata-kata nista, cacian berserta hinaan tidak pernah lekang dari meniti di bibir lelaki itu. Neraka ciptaan Khairul memberikan Darleesa sejuta rasa derita yang tiada penghujungnya. Beribu kali dia cuba meluluhkan keegoan Khairul, beribu kali juga lelaki itu menjunamkannya ke gelungan paling dalam. "Tapi apa salahnya kalau berikan peluang untuk kenal hati budinya terlebih dahulu?" - Putri Darleesa. "Tak semua perkara boleh dimudahkan. Aku tak nak kau harapkan apa-apa dalam perkahwinan ni. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta. Bagi aku perkahwinan tanpa cinta tak menjaminkan apa-apa." - Khairul Firhad. Panas yang disangka ke petang rupanya hujan di tengah hari. Junjungan ego di kepala sudah tertiarap selepas keserasian antara dua hati terpaut utuh. Disaat hati sudah terbuai dengan buaian bahagia, kepulangan Tengku Zetira Natalia membawa seribu ketakutan yang mengejar Darleesa sehingga ke lubang hitam. Masa lalunya kembali menjengah, satu-persatu kebenaran terungkap. "Kalau sebab cinta kau minta untuk dilepaskan, aku takkan mengalah untuk menangi hati kau. Bagi aku peluang sayang... Bagi aku peluang untuk buktikan yang aku layak untuk bersama kau." - Khairul Firhad. Jika harus begitu perjalanan ke mahligai bahagia, masih bertahankah Khairul dan Darleesa sekiranya takdir tidak memihak kepada mereka?
The Last Great Magician [Completed] by Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    Reads 91,418
  • WpVote
    Votes 9,104
  • WpPart
    Parts 99
(BOOK 5 - Tempest Trilogy / Felidae Felis Catus) Sejak kecil, Asa terpaksa menjadi lebih matang dari usia sebenar disebabkan oleh situasi di sekelilingnya dan keluarga sendiri. Keluarga Asa merupakan tukang tilik yang terkenal. Perniagaan keluarga mereka adalah menjual barangan magik dan menilik nasib orang. Sejak kecil dia dan keluarganya diejek membuatkan Asa semakin lama semakin jauh dari manusia dan dia menutup pintu hatinya. Asa tak percayakan sesiapa. Asa cuma ada dirinya. Dunia Magik? Dia tak percayakan dongeng yang menjadi pilihan datuknya setiap malam untuk bercerita sebelum Asa tidur. "Hei." sehinggalah satu suara menegur. "Nama aku Lazarus." "Macam mana kau jumpa aku?" --- Asa. "Dalam diri kau mengalir darah keturunan The Great Magician, Alexander Laurence Remington." --- Lazarus. Asa menerima jemputan untuk ke Dunia Magik melalui keluarganya. Dia diterima masuk ke Akademi Magus, sebagai pelajar mewakili Dunia Manusia. Keluarganya dengan rela hati telah menghantar Asa ke Dunia Magik. Kini, dia duduk di atas katil sambil berhadapan dengan seekor kucing hitam. Sepasang mata bulat yang merenung ke dalam mata Asa itu kelihatan seperti basah dan bersinar. Anak mata itu berlainan warna, sungguh menakjubkan. Asa menekup wajah dengan sebelah tangan. Dia mengeluh. "Aaah~ kau boleh tinggal sini." dengan berat hati, dia akhirnya menjadi tuan kepada kucing tersebut. Sejak itu, pengembaraan Asa di Dunia Magik bermula. Hidupnya berubah 360°. "Asa, Asa~" --- Mao Mao. "Mao Mao, diam." --- Asa. Ini kisah pengembaraan The Last Great Magician bersama kucing tersayang dan Lazarus sebagai orang ketiga. "Cis..aku juga yang menyemak?" --- Lazarus. ************** ##Siri dunia magik. ##sambungan felidae felis catus dan tempest trilogy.
Guardian Academy : The Last Phantom© by _Hxruhito
_Hxruhito
  • WpView
    Reads 85,768
  • WpVote
    Votes 9,097
  • WpPart
    Parts 63
GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan masalah kehilangan kakaknya itu. Dikhabarkan kali terakhir kakaknya berada sebelum hilang adalah di GUARDIAN ACADEMY. Akademi apa ini? Kenapa akademi ini begitu misteri? Apa itu Guardian pula? Persoalan yang paling penting, dapatkah Meena menyelesaikan masalah kehilangan kakaknya itu? "Kau sudah semestinya hilang akal." Lelaki yang baru sahaja Meena kenali mempunyai sejarah yang tiada sesiapa tahu latar belakangnya. Bersamanya perjalanan Meena bertambah mencabar dan misteri. Apakah rahsia di sebalik Academy Guardian ini? STATUS : completed ✅ THE MOST FAMOUS BOOK 2021 *The Fxyr Award 2021* ✅ NO.1 RANKING IN FANTASY/SUPERNATURAL/MISSION/SPIRIT/EXTRAORDINARY (29/12/20) ✅ NO.1 RANKING IN FANTASY (22/2/22) ✅ PEMENANG GENRE FANTASY *Yokina Hoshi Award* ✅ PEMENANG BEST BOOK FANTASY 2021 *Book Award 2021* ✅ PEMENANG 2021 BEST BOOK FANTASY *The Shining Award 2021* ✅ PEMENANG THE ROSABELLE FANTASY *The Rosabelle Award 2021* ✅ TOP 3 THE BEST FANTASY 2021 *The Fxyr Award 2021* 📝 Participate in *The Angel Award* 📝 Participate in *Yokina Hoshi Award* 📝 Participate in *The Fxyr Award 2021* 📝 Participate in *The Rosabelle Award 2021* 📝 Participate in *Royal Award 2021* 📝 Participate in *Snow Award 2021* 📝 Participate in *Book Award 2021* 📝 Participate in *The Shining Award 2021* 📝 Participate in *Meraki Award* #Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata #My original story 💯 #Im juz an amateur
𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update) by Hwayuqiii
Hwayuqiii
  • WpView
    Reads 65,402
  • WpVote
    Votes 7,011
  • WpPart
    Parts 69
Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki semua manusia di serata dunia sejak peristiwa Perang Dunia Pertama atau lebih dikenali sebagai sejarah Tsuki Kenshi. Namun di saat semua manusia mempunyai kekuatan itu, seorang gadis bernama Kiyomizu Ace ini tidak memilikinya. Ace seorang yang pendiam dengan wajah datar dan polos. Tidak pernah tersenyum dan selalu menjawab dengan anggukkan dan gelengan kepalanya. Dia juga tidak mengerti apa apa dan boleh dikatakan tidak memiliki emosi. Namun begitu, banyak misteri tentang dirinya yang bahkan dia sendiri tidak tahu. Tahun ini dia memasuki sebuah academy Hunters, dan disini semuanya bermula... <><><><><><><><><><><><><> Season 2 Iblis gila, siapa kau sebenarnya, berani kau membunuh para pembawa pesan dewa." Ujar Fudo. "Pembawa pesan dewa?" Ujar nya sambil tersenyum sinis. "Kalau manusia ni pembawa pesan dewa, aku adalah orang yang hantar mereka kepada dewa." Katanya lagi. Fudo semakin berundur ketakutan.. "Sepertinya aku telah membangunkan singa yang tidur." Ucap Fudo tepat sebelum dirinya ditebas bersama Shitoshi. "Aku tak pernah ganggu sesiapa.. korang yang jadikan aku macam ni. Korang yang bangkitkan sifat iblis ni dalam diri aku." Katanya lagi dengan tatapan dingin memandang mayat yang berlumuran darah. Aura mata Reiketsuna nya semakin membara.
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 163,203
  • WpVote
    Votes 18,145
  • WpPart
    Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
Silent Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 380,943
  • WpVote
    Votes 34,118
  • WpPart
    Parts 112
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di dalam diri ini. Aku terikat dengan kata itu sepanjang hidup. Hari menjelang minggu, minggu menjelang bulan, bulan menjelang tahun tetapi kalimat itu tidak pernah hilang. Malah menambahkan lagi kesengsaraan diri ini. Dan semua itu sebab aku adalah penyebab ibu aku pergi. Aku dilahirkan di dunia ini dianggap sebagai pembawa malang. Tidak ada satu pun ahli keluarga aku menyayangi aku. Semua mereka berfikir aku adalah pembawa malang. Aku tidak salah tetapi kenapa mereka menyalahkan aku? Atau mungkin aku memang pendosa sebagai manusia yang hidup. Aku sakit. Sakit dan penat menerima kenyataan ini. Dan disebabkan semua ini jugalah, jiwa kedua aku muncul. Muncul sebagai pengganti diri aku yang sungguh sakit dan penat untuk menerima kenyataan sebenar. "Aku bukan Rechel, aku Emerline." P/S karya ini mengisahkan hidup Rechel iaitu kwn kepada Claire di tears of melody Start: 1.1.2021 End: 4.4.2021 Cover by: @AizackMesle
24. The Grimm Reaper by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 149,271
  • WpVote
    Votes 13,416
  • WpPart
    Parts 50
Awalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musang Bersama Serigala serta Rusa di suatu malam membawa mereka kepada pertemuan bahawasanya, terdapat seseorang yang tidak akan mati jika melihat wajah mereka berlima. Diberi sebuah sumpahan dimana sesiapa melihat wajah mereka orang itu akan mati, lima lelaki hidup dalam persembunyian dan bertopeng muka haiwan. Semua orang menggelar mereka sebagai The Grimm Reaper. Si manusia yang disumpah memilik rupaparas yang rupawan tetapi mematikan. Tiada sesiapa mengetahui rupa sebenarnya mereka sehingga bertembungnya mereka dengan seorang Pemposyen Bernama Edith Winter. Serigala memburu Guardian dia. Rusa memburu batu yang diculik dari mereka. Beruang, Kucing dan Musang terdesak hendak melepaskan diri cari cengkaman kekejaman Raja Aragog si pemerintah kejam. Bagaimana perjalanan The Grimms Reaper nanti?Dapat ke mereka menuntut semula kebebasan di atas sumpah yang menimpa mereka? November 2020 Mula 29/10 Tamat 3/11