fiqayunus's Random Story's
3 stories
Rumah Tanpa Luka by ezzamysara
ezzamysara
  • WpView
    Reads 19,453
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 7
Kerana mempertahankan Rose Ameena, Nik Kalsum dibuang keluarga. Dalam kehidupannya yang penuh warna kelabu, Nik yang garang dipertemukan dengan Ahmad Qiuzi yang tenang. Lelaki itu tak ubah seperti sebungkus ubat yang menyembuhkan. Tapi sayang kerana kehadirannya tak cukup untuk jadi penawar luka di hati Nik. "Perut saya rasa tak selesa." Ahmad Qiuzi "Kenapa tak selesa? Salah makan ke?" Nik Kalsum "Salah awak. Sebab setiap kali saya tengok awak, saya rasa macam ada rama-rama berterbangan dalam perut saya." Ahmad Qiuzi. "Setiap kali saya tengok awak pula, dalam perut saya macam ada zoo! Ada Gajah, ada Badak, ada Singa, ada Harimau. Semuanya macam nak keluar dan pijak awak!" Nik Kalsum Kehadiran tetamu dari masa lalu merumitkan isi cerita. Tempoh tujuh tahun terlalu lama untuk mengutip sebuah kemaafan. "Untuk kali ni saja, tak boleh ke kalau Nik pandang abang dengan cara berbeza? Abang bukan lagi Hayyan yang dulu." Hayden Hayyan. "Maaf kerana aku tak menerima tetamu dari masa lalu." Nik Kalsum. Hati kita sering dipatahkan dari dalam. Dari orang yang kita simpan dalam hati. Terlalu banyak kebahagiaan yang perlu dibayar dengan air mata. "Mampu ke awak hadiahkan sebuah rumah tanpa luka untuk saya?" Nik Kalsum. Rumah itu tak selamanya tentang dinding atau atap. Adakalanya rumah itu tentang hidung, mata, telinga, mulut yang membuatkan kita ingin pulang. Mampukah Nik memiliki sebuah rumah untuk dia pulang tanpa ditemani derita?
[C || TERBIT] FLEUR SOPHIA || THE BEAUTIFUL BEGINNING by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,477,826
  • WpVote
    Votes 1,917
  • WpPart
    Parts 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh keluarganya. Sejak dia lahir, tak pernah sekali pun dia pergi ke Malaysia tetapi selepas 14 tahun, dia dan ibu kandungnya berpindah ke Malaysia kerana perkahwinan ibunya bersama dengan seorang jejaka melayu. Bermacam ragam dan perkara yang dilalui oleh Fleur untuk sesuaikan dirinya di tempat baharu tambahan pula dalam sekelip mata sahaja dia sudah dapat 5 abang! Macam mana agaknya hubungan dia dengan abang - abang tirinya?
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,219,184
  • WpVote
    Votes 119,205
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH