«badboys😈🖤»
7 stories
AFFAN: Her Protector  by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 297,045
  • WpVote
    Votes 27,229
  • WpPart
    Parts 76
REMAKE★ --- LELAKI yang dari dulu aku sentiasa cuba untuk dekati kerana perasaan aku terzahir khas buatnya... akhirnya memberikan titik noktah apabila dia membenci aku tanpa aku ketahui asbabnya. Menjadi mangsa pembulian peminatnya menjadi mimpi ngeri untukku. Tambahan lagi, perasaanku ini sentiasa dipermainkan olehnya. Malahan, dia menganggap gelaran 'protector' yang dijadikan hukuman atas kesalahan yang dia telah lakukan sebagai bonus untuknya. Jika perasaan dia mahu mencari, dia akan mencari. Namun, jika ada masanya dia mahu membenci. Aku akan menjadi insan yang sentiasa dipersalahkan. Salahkah aku kerana menjadi seorang Aynaa Hannani? Ramai yang mengatakan aku tidak bersalah. Namun, Affan sama sekali marah kerana aku merupakan Aynaa yang tidak pernah berubah. Aynaa yang lemah dan sentiasa mudah dibuli. "Kau tahu apa beza kau dengan Stella? Confident level dia tinggi berbanding kau" - Affan Rafisqi "Jauhi Affan aku", - Stella Maka, aku juga beranggapan bahawa aku sememangnya tidak setanding dengan Affan yang sememangnya bagus dalam segalanya. Tetapi, disaat aku mahu menarik diri dari hidupnya, aku jugalah yang dianiayanya dengan begitu kejam. Aku akan cuba bersabar selagi aku mampu kerana aku faham yang Affan sakit. Namun, sampai bila aku mampu untuk bersabar sekiranya Affan berterusan menyakitkan hati aku? Aku juga manusia biasa. Apa yang Affan buat pada aku memang sangat tidak adil! Aku mahu bangkit! "Abang boleh bantu Aynaa ubah diri Aynaa. Beri abang tiga bulan" - Aden "Aynaa nak berubah" - Aynaa Hannani Dan... Aku sedar bahawa aku harus berubah untuk menyedarkan kembali Affan yang masih menyandang gelaran protector itu. Aku mahu dia berfikir sendiri adakah gelaran itu masih sesuai untuk disandangnya? Tapi, berjayakah aku? --- Start edited: 5/4/2021 End:
AFWAN: Mine, Angel! by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 257,007
  • WpVote
    Votes 20,132
  • WpPart
    Parts 54
"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia berbangga dengan perkara itu kerana kecantikkan itu ialah malapetaka baginya. Didengki. Dibenci. Dikhianati. Dianiaya. Itu perkara yang seterusnya dihadapi oleh Angel. Malahan, seawal 10 tahun dia sudah menghadapi penderitaan yang cukup perit dan mengerikan. Tiada sesiapa yang mahu membantu sekalipun keluarga sendiri. Sehinggakan, Angel bertekad untuk mengakhiri penderitaannya. "Angel, maafkan babah. Babah janji babah akan bantu Angel. Babah akan minta tolong Afwan" - Dhean Arriyan. Sangka Angel, Afwan itu akan memandangnya hina sama seperti orang lain melihatnya. Namun, sangkaannya jauh sekali meleset. Afwan sangat menyayanginya malahan melindunginya. Tetapi kehadiran Afwan tak dapat merubah apa - apa. "Angel. Kau kena sedar yang tak ada lelaki nakkan perempuan jijik macam kau" - Izwan "Aku merayu lepaskanlah aku" - Adhea Riana Tekadnya seorang Afwan berjaya membongkar semuanya dan akhirnya pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara. Namun itu bukanlah titik noktah untuk derita Angel apabila kehadiran Izwan setelah 10 tahun berlalu. Angel kembali sesat di dalam mimpi ngeri namun Afwan hadir untuk menggenggam erat tangan Angel. Afwan sedar bahawa dia harus melindungi Angel dengan nyawanya sendiri. "Aku tak layak untuk kau" - Adhea Riana "Salah. Angel paling layak untuk abang sebab tak akan ada perempuan yang layak selain Angel" - Afwan Rafiqi Akankah Angel berjaya untuk menggapai bahagia? +++ Warning!⚠️ - keganasan terhadap kanak - kanak - penderaan mental P/s: jangan maki saya🤣😅 maki watak dibenarkan lagi membenarkan.😉 Bismillah... +++ Start: 30/5/2021
Ajlaa Milik Zayyan by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 63,889
  • WpVote
    Votes 5,772
  • WpPart
    Parts 18
"Pertama kali melihat, hati terus jatuh terpikat", +++ Pertemuan pertama antara Zayyan Amsyar dan juga Nur Ajlaa disebabkan oleh Reiss Wildan. Gadis itu seperti bidadari yang setiasa sudi menabur kasih sayang untuk Reiss membuatkan hati Zayyan terus terpikat. "Jadi ibu Reiss boleh?" - Zayyan Amsyar. "Saya boleh jadi cikgu untuk Reiss tapi bukan jadi ibu" - Nur Ajlaa. Bagi Ajlaa, satu kerja gila untuk dia menikahi suami orang apatah lagi lelaki itu serba serbi sempurna hidupnya. Tetapi, setelah Ajlaa tahu kisah hidup seorang Reiss Wildan. Sungguh, dia mula tak sampai hati. Apatah lagi... "Cik Ajlaa. Saya ada cadangan yang menarik. Saya akan tambahkan dana untuk membesarkan rumah anak yatim yang Cik Ajlaa ada asalkan Cik Ajlaa sudi jadi isteri saya" - Zayyan Amsyar. Sebolehnya, Nur Ajlaa hendak menolak. Namun, dia juga manusia biasa yang mudah kalah dengan perasaan. Jika Zayyan sering menggoda sudah pasti hati terpaut juga. Ajlaa ikhlas menjaga Reiss persis anaknya sendiri. Namun, mampukah Ajlaa menepis api amarah isteri pertama Zayyan? Atau sebaliknya?
RIAN 2: My Lovely Wife by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 166,647
  • WpVote
    Votes 9,066
  • WpPart
    Parts 20
Mr Mama 2♡ "You're my heart" +++ Aileen manja. Aileen nakal. Aileen suka cemburu. Tapi, Aileen itu bertukar lain apabila Rian saban hari tak henti memuji seorang Widya Arluna membuatkan Aileen makan hati. Rian kata Rian cintakan dia tapi cinta apa jika Rian hanya tahu membezakan dia dengan Widya? Lupakah Rian bahawa dia juga manusia? "Sayang tak suka makan kek ke? Widya suka makan kek. Bila dia makan kek dia nampak sangat comel" - Dhean Arriyan "Nanti saya belajar untuk suka makan kek" - Aileen Helena Cemburu sebagai seorang isteri semakin memuncak dikala Rian keluar menemani Widya ke mana - mana saja sedangkan dia terperap di rumah. Makan hati? Usah dikata kerana terlalu banyak. Sudahnya... "Saya nak balik rumah Abang Hanz. Saya nak bawa anak - anak sekali" - Aileen Helena "Kenapa pula? Sayang marah abang ke?" Rajukkan Aileen membuatkan Rian bagaikan cacing kepanasan. Ketiadaan Aileen barulah mengajar erti untuk dia menghargai seorang isteri yang ikhlas disisi. Namun, bagaimana jika ada seorang lelaki yang mulai mencucuk jarum? Adakah Rian akan tertunduk kalah bagaikan pecundang? "Sayang, abang minta maaf. Tolonglah kembali" - Dhean Arriyan +++ Start: 25/6/2021
ADEN: Ver. 1  by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 64,984
  • WpVote
    Votes 4,755
  • WpPart
    Parts 31
Peramah? Itu aku. Aku ada empat orang kawan baik perempuan. Mereka sangat baik, menghiburkan dan ceria. Bermula dari zaman sekolah sehinggalah ke dewasa mereka berempat tetap bersamaku sehinggalah aku diarahkan mummy untuk berkahwin. Mummy carikan calon? Aku ikut saja tapi aku tak tahu apa yang kawan - kawan baik aku buat pada semua calon pilihan mummy sampai mereka hilang tanpa jejak. Aku akhirnya didesak mereka untuk berkahwin. Isteri seorang sudah pening. Tambahan lagi isteri dua. Boleh bayangkan aku tiba - tiba beristeri empat? Pening kepala aku! "Tergamak kau sapu semua sekali. Paling kurang pun bagilah aku satu" - Sufian. Aku bukan tak nak bagi. Aku nak tapi apa boleh dibuat sementelah mereka berempat menjadi isteri aku? Aku perlu layan saja seadilnya meskipun kepala aku mungkin akan berpinar saja nanti. Farah Sofiah. Hana Fakhira. Nur Irdina. Hasya Puteri. Ini ialah kisah aku. Kisah seorang Aden Hayden dengan empat orang isteri. +++ Start: 2/7/2021
NASH: Hero Si Sweet Devilish by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 265,414
  • WpVote
    Votes 22,458
  • WpPart
    Parts 70
DIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. Disebabkan itu, Rizq Althaf menawarkan diri untuk memperisterikan Raisya Asluna supaya gadis itu dapat mengetahui bahawa kasih sayang bukan semua harus diberikan bukti. Luna tak mampu nafikan bahawa seorang Rizq memang sangat sempurna bagi seorang lelaki dan suami. Tetapi, kekurangan lelaki itu cuma satu. Rizq... Tak pernah sekalipun memandang dia sebagai seorang 'isteri' mahupun 'wanita'. Malahan, Rizq menurut setiap arahan walid dan juga ayah angkatnya persis anak yang soleh. Hati Luna terluka. Hadirnya juga seseorang gadis yang merupakan anak arwah kawan baik walid dan ayah angkatnya, dunia Luna terus menjadi kelam apabila Rizq diarahkan untuk berkahwin dengan gadis itu. Dia terus diadili bagaikan pesalah membuatkan Luna terus saja hanyut dalam lautan derita. "Jika hati kau tak lagi kuat hendak menampung luka. Jangan lupa menjerit sekuat hati supaya semuanya hilang. Saat kau rasa kalah mengharungi semuanya. Aku akan datang untuk berikan kau bahagia, Luna" - Nash Harizal Meskipun perit, masalah tetap perlu dihadapi. Kebenaran tetap perlu dicari. Cinta tetap perlu dihargai. "Laureen takut..." - Laureen Alyah Tegakah Luna untuk terus membenci jika Laureen juga mangsa di dalam kisah ini? Adakah penipuan di dalam sebuah kebenaran? Apakah penghujung buat kisah ini? Akankah ada keadilan buat seorang Raisya Asluna? +++ Start: 28/6/21 End: 24/8/21
AFIF: Isteri Paling Sempurna by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 188,606
  • WpVote
    Votes 16,259
  • WpPart
    Parts 51
Cerita selepas Ajlaa Milik Zayyan ★★★ "Loves in the air!" Kegirangan dan kemanjaan Afif merupakan kehidupan baru untuk Raifa. Namun, setelah mengetahui kisah yang sebenar Zayyan menjadi hilang arah. Kehilangan Raifa bukanlah apa yang dia mahukan. Raifa ialah miliknya dari dulu. Maka, hubungan dia dan Ajlaa berantakkan... Apa yang akan berlaku? Start: 27/8/21