𝚁𝚊𝚗𝚍𝚘𝚖♪
2 stories
Bukan Yang Sempurna. by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,201,674
  • WpVote
    Votes 44,815
  • WpPart
    Parts 75
status; C O M P L E T E (24 April 2020). --- Blurb; "Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria. Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekadar menumpang di rumah Farid. Bagi Farid, Aisha merupakan amanah daripada arwah ibu bapanya yang mahu dia menjaga Aisha sebaiknya. Berbekalkan hati yang terluka, Aisha cuba keluar dari rumah Farid, namun dihalang abang angkatnya itu. Lalu, Suria merancang untuk mengahwinkan Aisha dengan kawan baiknya sendiri semata-mata mahu melihat Aisha keluar dari rumahnya. "Kalau Kak Su tak sukakan Aisha sekalipun, Kak Su tak ada hak nak tentukan hidup Aisha!" - Aisha Nadrah. Pertemuan Aisha dengan Abby, si comel di pusat beli belah telah mengubah hidup Aisha. Akhirnya, dia menjadi pengasuh buat Abby. "Abby nampak sukakan awak. Dia susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal." - Raid Haris. Raid Haris; lelaki yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Abby semenjak Abby kehilangan ibu bapanya. Dalam diam, Aisha menyimpan perasaan terhadap Raid Haris namun terpaksa dilupakan kerana Raid Haris sudah berpunya. Namun, segalanya berubah tatkala Raid Haris memilih Aisha sebagai suri hati. Lalu, apa yang bakal terjadi? Mampukah Aisha menerima sementelah Raid Haris itu kepunyaan orang? "Saya tak sempurna tapi awak dah sempurnakan hidup saya." - - - - - Start; 17 July 2019. End; 24 April 2020. Jangan tiru dan copy! Im watching you 👀
Tolong Jodohkan Aku & Dia (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 750,671
  • WpVote
    Votes 24,312
  • WpPart
    Parts 44
"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Iskandar. Sejak mengetahui dia anak angkat di dalam keluarga itu, serta-merta dia mengetahui perasaannya kepada abang keduanya adalah cinta. Dia telah cuba dan akan terus mencuba menghalang mana-mana perempuan yang cuba dekat dengan abangnya. Baginya, Haziq adalah miliknya dan dia akan membuatkan abangnya suka padanya. "Adik, adik abang. Memang abang akan sayang adik... tapi as adik je lah." Resah Haziq memandang Hanin yang menahan tangis. Hanin mula menerima kenyataan Haziq tidak mungkin menerimanya lebih dari seorang adik. Apabila rahsia keluarga mula terungkai, dia kembali kepada yang kandung meninggalkan Haziq yang mula sedar akan perasaannya. Adakah dia sudah terlambat atau masih ada peluang? Semuanya dalam Tolong Jodohkan Aku & Dia (TJAD)