☆𝕾𝖙𝖆𝖗𝖑𝖎𝖌𝖍𝖙☆
4 stories
PARAGON by GwenMahdi
GwenMahdi
  • WpView
    Reads 18,945
  • WpVote
    Votes 3,221
  • WpPart
    Parts 54
[Pemenang Emerald Award 2020 • Kategori ADVENTURE] [Pemenang Amazing Books Award 2020 • Kategori ACTION] Lama dahulu, satu eksperimen telah dijalankan oleh sebuah organisasi. Projek itu berakhir dengan bencana. Kini, konflik daripada peristiwa itu masih ada. Situasi tersebut memberikan kesan buruk kepada semua pihak, terutamanya para rakyat. Nell, seorang remaja lelaki dengan kuasa aneh telah bertekad untuk keluar dari kurungan negaranya. Dia perlu ke utara demi mencari seseorang. Namun sepanjang perjalanannya, malapetaka sentiasa berlaku. Dia sendiri tidak pasti adakah semua yang terjadi berpunca daripada dirinya. Takdir telah menemukannya dengan Kaio dan Sonny, dua orang pelarian yang cuba hidup seperti biasa selepas peperangan; Azaka, seorang perempuan yang mempunyai suatu misi yang tidak diketahui; dan Auvo, lelaki penyendiri yang terpaksa keluar dari 'persaraannya'. Dalam kekalutan dan huru-hara, mereka perlu mencari solusi untuk menamatkan segala sengketa yang telah berlanjutan buat selamanya. Cover: Su Jian (Artstation)
NOXIOUS by eiffelynne
eiffelynne
  • WpView
    Reads 29,473
  • WpVote
    Votes 2,729
  • WpPart
    Parts 48
[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragut lebih 70 nyawa tidak berdosa, kawasan galian itu terpaksa ditutup dan dirahsiakan tanpa diberitahu sebab-sebabnya. Kes langsung ditutup dan dibiarkan misteri. Kini, kawasan tersebut dibangunkan sebuah bangunan pendidikan diberi nama Universiti Intelektual Prima Perdana. Sebuah bangunan pendidikan teknologi terulung di Malaysia. Namun ada rahsia besar tersimpan kemas pada bangunan gah itu. Rahsia yang meletakkan status keamanan dalam bahaya.
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,613
  • WpVote
    Votes 8,197
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒 by Niemza
Niemza
  • WpView
    Reads 94,455
  • WpVote
    Votes 10,832
  • WpPart
    Parts 47
[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam itu lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang aneh melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ. Meteor itu mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik ini tidak peduli. Arash hanya mengetawakan yang huru-hara yang dicetuskan remaja termutasi berkuasa super. Baginya, itu mengarut! Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi. Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'. Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi. Dan, Arash ialah seorang Meteoris. [Sloooooow Update.]