crystallianaa
[On Going]
Cinta mereka yang dianggap sempurna, dianggap manis kerana dapat kembalikan semula senyumannya, kerana dapat kembalikan tawanya setelah sekian lama harinya berteman tangisan, kini retak.
Punah..
Salah siapa?
Adakkah salah dia yang berubah hati tanpa sedar?
Atau salah si dia yang menganggap dirinya tak sempurna?
"Macam mana awak boleh terdetik nak buat saya macam ni? Hancur hati saya, Ikmal..Saya tak sempurna ke untuk awak sampai awak berubah hati macam ni?"-ASTRID SABRINA
.
Bagi Adam pula, dia perlu mencuba sehabis baik untuk mencintai wanita yang bergelar tunangnya.Walau apa pun terjadi, dia mesti cuba.Kerana rasa itu perlu juga hadir.
Namun, di akhirnya, dia sedar, cinta tak boleh dipaksa.
"Saya minta maaf, saya dah cuba selama ni, tapi tak boleh..Saya minta maaf sebab tak boleh tanam rasa cinta dalam hati saya untuk awak..Kalau awak nak benci saya,bencilah..Saya terima.." -ADAM MIKAEL
Pertemuan diantara dua insan dikala masing masing membawa seribu kekusutan, ternyata membawa pelerai bagi segala kekusutan mereka.
Tiada sekecil penyesalan pun diantara pertemuan mereka.
Kerana itulah titik permulaan kebahagiaan mereka.
Yang pada akhirnya, mereka dapat lihat, keindahan takdir yang disusun Tuhan.