nnnnnooo's Reading List
106 stories
Sebelum Lafaz Itu | OG by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 1,438
  • WpVote
    Votes 202
  • WpPart
    Parts 6
Dapatkah dia menjadi isteri sempurna untuk lelaki itu apabila diberi peluang memutar kembali waktu dua tahun lalu? Muhammad Rizan Asyraqi, lelaki idaman setiap wanita. Di sebalik ketenangan dan kesabarannya, tersimpan cinta yang begitu dalam terhadap Nuri Mutiara. Bagi Rizan, Mutiara adalah segalanya; nafasnya, nyawanya, dan kebahagiaannya. Namun, cinta yang dianggap utuh itu mula retak tanpa disedari. Pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua, segalanya berubah apabila Mutiara menerima fail permohonan cerai daripada suaminya sendiri. Rizan yang dahulu penuh harapan, kini sudah berputus asa. Tiada lagi ruang untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina. "A... apa ni, a... abang?" -Nuri Mutiara. "Abang nak cerai." -Muhammad Rizan Asyraqi. Dunia Nuri Mutiara runtuh dalam sekelip mata. Air mata, rayuan dan penyesalan tidak lagi bermakna di mata Rizan yang sudah memilih untuk pergi. Cinta yang dahulu membara, kini menjadi luka yang tidak mampu disembuhkan. Dalam kehancuran yang paling dalam, Mutiara hanya mampu bersujud dan merayu kepada Tuhan. "Ya Allah... pulangkan aku ke waktu itu. Aku mahu menjadi isteri yang dia impikan. Aku tidak mahu kehilangannya." -Nuri Mutiara. Dan tanpa disangka, doa yang penuh tangisan itu membuka ruang pada sesuatu yang tidak pernah terjangka. Iaitu peluang untuk kembali ke masa lalu. "Abang, terima Tiara kembali. Kehilangan abang seolah menghancurkan dunia Tiara." -Nuri Mutiara. "Abang tak pernah hilang, Tiara sayang. Abang selalu di sini, di sisi Tiara." -Muhammad Rizan Asyqari. Setiap pilihan datang dengan harga. Dan untuk menyelamatkan cinta, Mutiara perlu melawan takdir sebelum lafaz itu benar-benar menjadi titik akhir segalanya. Kerana kini dia sedar, kehilangan Rizan bukan sekadar kehilangan seorang suami... tetapi kehilangan separuh dirinya sendiri.
Cinta Tanpa Ruang  by Naeltha
Naeltha
  • WpView
    Reads 7,003
  • WpVote
    Votes 657
  • WpPart
    Parts 52
Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...
Beneath His Gentle Lies [OG] by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 19,929
  • WpVote
    Votes 959
  • WpPart
    Parts 38
[slow update] Dara, seorang anak sulung. Dimana sejak kelahiran adiknya, Dara mula diabaikan, apa sahaja yang dia buat, baik atau buruk, tetap tak pernah benar di mata keluarganya. Dia rela bekerja sambil belajar, sibukkan diri seharian, kerana baginya hidup akan baik-baik sahaja selagi dia jauh dari rumah. "Apa yang along buat tetap takkan pernah betul di mata ayah kan?!" Dara Nadira Satu kejadian, satu malam mengubah hidup seorang Dara. Sejak malam itu, dia bukan sahaja kehilangan kasih, tapi juga makin dibenci oleh ayahnya. Hazrel muncul tanpa diduga ke dalam hidupnya. Hanya dengan satu pertemuan tanpa sengaja, cukup untuk buat lelaki itu jatuh cinta kepada Dara. Selepas kahwin, satu persatu tentang rahsia keluarga Hazrel terbongkar. Mampukah Dara menerima seorang Hazrel Aidan De' Lorien yang hidupnya dipenuhi rahsia? "Aku tiada niat nak khianati kepercayaan kau love, cuma aku terpaksa. Sebab aku taknak kau pergi dari hidup aku selepas tahu siapa aku yang sebenar." Hazrel Aidan De' Lorien Hi! Ini kali pertama saya publish karya saya dalam Wattpad, saya harap sesiapa yang baca boleh terima jalan cerita saya yang tunggang langgang ni 🤗. Saya masih belajar, kalau ada salah minta korang tegur. Terima kasih pada yang sudi baca ❤️. start : 9/11/2025 end :
DEVIL'S DESIRE  by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 240,330
  • WpVote
    Votes 6,097
  • WpPart
    Parts 83
EIRENE EMMELINE X XAVIER ZAYDEN Xavier Zayden memiliki segala kekayaan, kuasa, dan keinginan yang tidak pernah puas. Tetapi apabila matanya tertumpu pada Eirene Emmeline, seorang gadis yang lembut di luar tetapi berani di dalam, satu permainan bahaya dimulakan. Dalam dunia di mana kesenangan datang dengan harga, Eirene bukan sekadar wanita biasa. Dia bebas, penuh rahsia, dan terlalu berharga untuk dimiliki tanpa perlawanan. Tetapi Xavier tidak peduli. Dia akan memilikinya sepenuhnya. Antara godaan, dosa, dan kegelapan yang memikat, hanya satu yang pasti: ada sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Devil's Desire - some pleasures are meant to be forbidden. Bolehkah perkahwinan tanpa restu keluarga bertahan? Adakah bekas kekasih Xavier, Layla Hayla akan terus mengacau rumah tangga mereka? Siapa yang akan menang - ego atau cinta?
Until I Make You Mine ✓ by missymossie
missymossie
  • WpView
    Reads 1,416,918
  • WpVote
    Votes 31,005
  • WpPart
    Parts 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pada awalnya memberi kebahagiaan buat dirinya. Walau cintanya hanya sebelah pihak, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendekati lelaki itu. "Saya akan pegang janji saya untuk terus cintakan awak sampai akhir hayat saya" - Nayla Atheera Apabila si gadis sering mendekatinya, dirinya berasa rimas. Baginya cinta Nayla Atheera padanya hanyalah mainan cinta dan tidak membawa apa-apa makna baginya. "Boleh tak kau stop dengan dengan cinta bodoh kau tu?!" - Haraz Luthfan Setelah lama, yang dikecapi Nayla Atheera bukanlah cinta malah luka. Sedar akan dirinya tidak dihargai, dia memungkiri janjinya sendiri. Apakah kesudahan kisah Nayla Atheera dan Haraz Luthfan? Adakah kebahagiaan milik mereka? Warning ! •Typo error/cliche storyline •Don't read if you don't like it !
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 267,268
  • WpVote
    Votes 13,570
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
HIS BEAUTIFUL WIFE [OG] by nayydralie
nayydralie
  • WpView
    Reads 12,443
  • WpVote
    Votes 803
  • WpPart
    Parts 45
HAYDER KHAIR x ELNAURA ELLYSA Elnaura bukan sekadar cantik dan dia juga memiliki mata central heterochromia . Dia ibarat rahsia yang tak pernah habis dibaca, tenang pada luar, tapi dalam dadanya penuh badai yang dia telan diam-diam. Hidupnya teratur, rapi, semuanya di bawah kawalan... sehinggalah pertemuannya dengan Hayder, lelaki yang tegas, dingin, dan terkenal tak pernah tunduk pada sesiapa. Hayder tak pernah percaya pada cinta sejak cinta pertama mencuranginya apabila dia sedang belajar di luar negara.Baginya, dunia bergerak ikut logik, strategi dan kuasa. Namun semuanya retak bila Elnaura datang dalam hidupnya seperti angin sederhana yang tak pernah dia sedar telah menjadi ribut. Tanpa sedar, mereka berkahwin. Bukan kerana rasa, tapi kerana keadaan yang memaksa. Namun perlahan-lahan, Hayder mula melihat sisi Elnaura yang orang lain tak pernah nampak: lembutnya bukan lemah, diamnya bukan tunduk, dan air mata yang jatuh bukan kerana kalah tapi kerana terlalu bertahan. Dan Elnaura... dia mula belajar bahawa lelaki yang paling keras, bila jatuh cinta, adalah lelaki yang paling dalam dan paling setia sentuhannya. Tetapi tidak semua suka melihat kebahagiaan mereka. Dendam lama, cemburu yang terpendam, dan rahsia yang tak pernah ditutup kemas... satu-satu mula bangkit kembali. Cinta mereka diuji: Antara ego dan maaf, antara takut kehilangan dan berani untuk mengikat lebih kuat. Akhirnya, mereka harus memilih- Untuk saling menjatuhkan, atau saling menyembuhkan. Kerana kadang-kadang, cinta paling indah adalah cinta yang belajar bertahan.
Somehow, This Became Love by estellavielle
estellavielle
  • WpView
    Reads 14,361
  • WpVote
    Votes 1,266
  • WpPart
    Parts 22
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
The Only Certainty by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 28,767
  • WpVote
    Votes 1,756
  • WpPart
    Parts 45
HARRAZ X EDLYN Perkahwinan mereka dibina atas alasan, kerana mengakuinya sebagai cinta adalah sesuatu yang mereka takut untuk hadapi. Dia lelaki yang percaya hati hanya akan melemahkan. Dia wanita yang percaya hidup perlu dirasa sepenuhnya. Dua dunia yang berbeza. Dua hati yang tidak pernah sehaluan. Namun semakin mereka cuba menjaga jarak, semakin sukar untuk melepaskan. "Don't cross the line." - Tuan Harraz Rafael. "Then don't draw one you can't defend." - Ungku Edlyn Khaleeda. Dalam hubungan yang tidak pernah pasti arah akhirnya... Siapa yang akan terus menafikan dan siapa yang terlalu takut untuk melepaskan?