Horror
6 stories
REMEMBER by Damien_Yong
Damien_Yong
  • WpView
    Reads 1,672
  • WpVote
    Votes 115
  • WpPart
    Parts 7
Adakah memang jadi kebiasaan bagi orang yang tersedar dari koma akan mengalami kejadian yang pelik-pelik? Setahun Pan terlantar koma. Sebaik tersedar dia selalu mendengar bisikan-bisikan di rumah, di universiti dan di mana-mana suara asing itu sering saja menghantuinya. Pan semakin takut apabila tangannya mula didiami seseorang. Tidak masuk akal bukan bila tangannya bertukar bentuk berupa manusia seorang gadis. Hidup dan boleh bercakap lagi. Dia yang sebenarnya gila atau itu memang satu kejaiban. "Tolong saya, cari diri saya. Saya perlu selamatkan Rem." Saat pertolongan dipinta Pan menghulurkan bantuan sehingga dia terjumpa sesuatu rahsia yang mengembalikan dirinya terancam. Masih ada peluangkah lagi dia untuk melarikan diri saat itu? AMARAN KERAS! JANGAN MENCIPLAK KARYA INI. JAUHI KES PLAGIAT.
M.A.Y.A by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 1,791
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 5
ADI seorang wartawan jenayah yang sering membuat liputan dan melaporkan berita jenayah telah terjebak dalam dunia penyiasatan setelah berlakunya kes bunuh diri satu demi satu. Setiap mangsa bunuh diri telah meninggalkan satu tanda pada lengan. Mangsa dikatakan telah mengalami rasukan dan diganggu satu makhluk hitam yang menyebut nama MAYA sebelum membunuh diri dengan cara yang cukup ngeri. "Cuba kau tengok betul-betul. Torehan tu macam membentuk satu huruf. Aku pada mulanya memang tak ambil port pasal ni." - ADI Dengan bantuan JOHAN, rakan satu universiti, Adi mendapat tahu yang adiknya, AMZAR adalah bakal mangsa bunuh diri yang terakhir dan semua itu ada kaitan dengan satu rahsia yang disimpan kukuh oleh Amzar dan tiga kawan rapatnya dulu. "Adi, aku rasa, kau kena tanya Am. Kenapa dia dan kawan dia jadi mangsa. Kau kena paksa Am cerita! Kalau dapat tahu sebabnya, senang kau nak selesaikan hal ni." - JOHAN "Aku dapat rasa giliran aku akan datang bila-bila masa. Aku tak nak masuk hospital gila! Aku tak gila! Tangan aku sendiri yang cuba nak cederakan aku." - AMZAR SYA, seorang penulis novel yang obsess dengan genre misteri thriller menjadikan kes bunuh diri itu sebagai satu durian runtuh untuknya menyiapkan manuskrip terbaharunya. Satu e-mel misteri yang diterima daripada Maya telah membawanya berhubung semula dengan kawan lamanya, Adi. Dengan penyiasatan Adi dan keterujaan Sya menyiapkan manuskripnya, sedikit demi sedikit membawa kepada pembongkaran identiti NOI, rakan serumah Sya sendiri. "Kau pandai berlakon, Noi. Kalau benarlah kau adalah Maya, balaslah ikut undang-undang bukan dengan sihir!" - SYA "Orang macam mereka tu tak layak hidup! Baik mampus saja!" - NOI Dapatkah Adi menyelamatkan Amzar daripada mati bunuh diri? Siapa pula MAYA? Rahsia semalam akan terjawab hari ini!
BERTEMAN ROH (TELAH TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 908
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 10
****NOVEL TELAH TERBIT SEJAK NOVEMBER 2019. DAPATKAN DI KEDAI BUKU BERDEKATAN ANDA POPULAR BOOSKTORE DAN MPH BOOKSTORE. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN. *** Apa yang anda rasa apabila anda boleh melihat hantu? Takut? Ngeri? Rasa bagaikan anda sentiasa diburu dan selalu diperhatikan? Itulah yang dirasakan oleh Suraya seorang pembaca berita TV13 apabila dapat melihat roh Ryzal seorang pelakon terkenal yang hilang tanpa dikesan secara tiba-tiba! Ryzal terpaksa meminta pertolongan Suraya untuk mencari jasadnya yang hilang sama ada hidup atau mati. Namun semuanya bukan mudah. Suraya perlu berdepan dengan pelbagai kejadian berbahaya dan untuk mengelak semua itu dia perlu memahami nota misteri tentang rama-rama yang diberikan seseorang kepadanya. Sanggupkah Suraya BERTEMAN ROH Ryzal dan membantunya? Persoalannya apakah Ryzal masih hidup dan apa yang sebenarnya terjadi kepadanya? Berjayakah Suraya membantu Ryzal dengan kuasa psikik yang baru dimilikinya itu? BERTEMAN ROH menjawab segalanya!
Psychomanteum by ZonGigil
ZonGigil
  • WpView
    Reads 1,877
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 10
Genre : Seram Mistik Harga : RM27.90 Blurb : Salah seorang ahli penyiasat paranormal telah menyeru apa yang tidak sepatutnya diseru dan kini ia tidak mahu pulang. Menuntut supaya mantera dilengkapkan supaya ia boleh bersatu di alam manusia. Dalam masa yang sama, pemuda itu sudah menghidupkan semangat yang telah lumpuh buat sekian lamanya... **TINDAKAN COPY PASTE CERITA INI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI KERANA IA MEMPUNYAI HAKCIPTA TERPELIHARA** **BOLEH DAPATKAN IA DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA ATAU MESEJ ACC INI UNTUK MEMBELI**
Karun Maryam by amirulrhmn
amirulrhmn
  • WpView
    Reads 14,760
  • WpVote
    Votes 979
  • WpPart
    Parts 15
Novel ini mengisahkan tentang lima pelajar yang diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat kajian sejarah. Lima pelajar tersebut dikenali sebagai Ghazwan, Umai, Mimi, Khai dan Ibrahim. Mereka berlima berancang untuk membuat kajian mereka di rumah kayu Maryam yang terletak di Kampung Saka Berhenti. Rumah kayu Maryam itu dimiliki oleh seorang wanita muda yang bernama Mashitah. Sepanjang mereka berlima tinggal di rumah kayu Maryam itu, banyak hal-hal aneh dan seram berlaku di sana. Semakin lama juga mereka tinggal di sana, semakin banyak misteri yang muncul dan berjaya dirungkaikan. Ingin tahu secara lanjut lagi, jom baca bersama novel ini