NianNianngah8's Reading List
2 stories
HUNT HER (ongoing) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 47,066
  • WpVote
    Votes 4,024
  • WpPart
    Parts 25
Action| Romance| Thriller Kisah tentera khas Tunku Izrafiel X Natrah Harnia "Kau dengar sini perempuan, surat cinta kau tu sampah! Sampai mati aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan macam kau! Kalau ada kau seorang pun dalam dunia ni, aku tak akan pilih kau!" Tunku Izrafiel Sakit dan kecewa perasaan Natrah Harnia saat perasaan kasihnya di balas dengan cacian. Dia sedar gadis miskin sepertinya tak layak mencintai lelaki seperti Tunku Izrafiel. 10 tahun berlalu. Kisah sedih hidup Natrah Harnia tak pernah berakhir apabila dipaksa berkahwin dengan Jutawan demi melaksanakan hutang Paksu yang tak berhati perut. Saban hari dia diseksa oleh suaminya Dr. Khaleed dan madunya, Julia. Tiada hari yang indah dalam hidup Natrah Harnia. Sehinggalah dia dipertemukan dengan Tunku Izrafiel yang ketika itu sedang bertugas menjalankan misi membanteras pengganas. Ketika nyawa Natrah Harnia di hujung tanduk Tunku Izrafiel muncul sebagai penyelamat. "Kau hutang budi dengan aku." Tunku Izrafiel "Saya tak minta awak selamatkan saya dan saya tak ada duit nak bayar hutang awak."- Natrah Harnia Demi membayar hutang budi Tunku Izrafiel memaksa Natrah Harnia menjadi orang gaji menjaga ibunya yang kurang siuman. Semakin lama mengenali Natrah Harnia, Tunku Izrafiel mula berasa perasaannya pada wanita itu berbeza. Sanggup berhabis hingga jutaan ringgit demi membebaskan wanita itu dari genggaman suami durjana. "Kenapa awak lakukan semua ini, Izrafiel? Jangan ingat sikap baik awak ni, saya akan lupakan kata-kata cacian awak dulu."- Natrah Harnia "Cakap lah apa pun aku nak kau di sini sampai mati."- Tunku Izrafiel Adakah Natrah Harnia akan terselamat daripada suaminya yang kejam? Apakah sengketa yang membuatkan Tunku Izrafiel terlalu membenci Natrah Harnia? Apakah benci akan bertukar cinta?
Seikhlas Cinta Kayla - Mia Azwari by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 2,685
  • WpVote
    Votes 33
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: SEIKHLAS CINTA KAYLA PENULIS: MIA AZWARI ISBN NO: 978-967-2467-50-2 HARGA: RM 30.00(SM), RM 33.00(SS) BLURB: Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, itulah sikap sebenar Kayla. Dalam diam, dia mencintai anak sahabat ibu bapanya sejak kecil. Hanya Syed Aryan Harraz lelaki yang memahaminya dan dia inginkan lelaki itu menjadi suaminya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kayla tekad ingin merampas Aryan daripada Husna. Bagi Kayla, hanya dia yang layak bergelar isteri Aryan. 'Kayla akan buat supaya abang sendiri yang nak teruskan perkahwinan ni. Abang hanya akan jadi milik Kayla. Bukan Husna!' -Kayla Setelah dia bergelar isteri, Kayla sentiasa ingin membahagiakan suaminya. Dia tidak mahu ada Husna antara mereka. Saat satu rahsia besar terbongkar, Kayla tiba-tiba dibenci oleh Yasmin, ibu mentuanya. "Sebelum Kayla berkahwin dengan Yan, pernah tak Yan beritahu Kayla tentang hubungan dia dengan Husna?" - Datin Yasmin "Tahu... umi." - Kayla "Kalau dah tahu, kenapa teruskan perkahwinan ni?" -Datin Yasmin- Hancur luluh perasaan Kayla saat dia bakal dimadukan. Tidak mahu menjadi beban buat Aryan, Kayla akhirnya membawa diri bersama tanda cinta mereka. Dia ikhlas melepaskan Aryan demi kebahagiaan lelaki itu. Setelah beberapa tahun berpisah,mereka bertemu tanpa sengaja. Aryan muncul kembali. Kayla hampir gila mendengar permintaan Aryan yang mahu menuntut haknya sebagai seorang ayah. "Abang dah tak perlukan Kayla. Kayla yakin abang dah bahagia dengan Husna sekarang." -Kayla "Kalau Kayla tak ikut abang, jangan harap Kayla akan dapat jumpa Aidan lagi." - Aryan Ikhlaskah Kayla kembali ke sisi Aryan demi anaknya?