Nazreenayn
- Reads 227,747
- Votes 8,776
- Parts 69
RAYYAN ADYAN- Jejaka yang membenci semua wanita hanya kerana kecewa dengan perangai bekas kekasihnya. Dia mengambil masa selama 4 tahun untuk mengubah diri bagi menjadi seorang yang tidak mempunyai perasaan. Tetap kelihatan tenang, tidak banyak bicara dan tidak tertarik dengan semua perkara.
Namun semuanya berubah setelah dia dengan tidak sengaja mengenali seorang wanita bernama NAYLA ALEENA. Wanita yang bernasib malang setelah kematian ibunya.
Perkahwinan yang tak masuk akal diciptakan oleh Rayyan. Dia tanpa rasa bersalah telah mengheret Nayla ke dalam masalahnya. Akan tetapi, semuanya terpesong dari matlamat asal. Dari benci menjadi suka, dari perasaan suka menjadi cinta.
RAYYAN ADYAN- "Abang mengaku itu memang abang, tapi itu sebelum abang kenal sayang dan abang menyesal cakap macam tu."
NAYLA ALEENA- "Ceraikan saya!" Itu sahaja yang diucap oleh Nayla.
Pengakhiran yang tidak dapat dijangka, rumah tangga yang hampir retak. Tetapi adakah Rayyan dapat mempertahankan atau adakah dia mula berputus asa dengan semua itu?