AlexanderRillian
'CAMPFIRE NIGHT BULAN MENGAMBANG' - ANDA DIJEMPUT HADIR!
Bila emel itu sampai ke telefon milik Kak Kunti Fabulous, terus melompat dia dari pokok kekabu yang dia tenggek sejak 100 tahun yang lalu. Dengan gincu merah darah, kaftan berwarna pelangi ikonik miliknya itu, memang sudah tidak sabar Kak Kunti Fabulous ingin mencemar duli.
Campfire night yang dianjurkan oleh Puteri Bunian daerah Gombak memang seringkali menjadi perbualan hangat dek kerana hanya hantu-hantu 'influencer' di Tokek - media sosial alam sebalik mata - sahaja yang dijemput.
Kak Kunti Fabulous, siapa sahaja tidak kenal sebagai ratu gosip alam hantu. Semua cerita dia korek. Semua cerita dia tahu. Hantu yang baru pun kenal Kak Kunti Fabulous, apatah lagi ingin menjadi seperti dia. But there's only one queen in the kingdom, cehwah!
Pelbagai spesies hantu berkumpul di sekeliling unggun api dek panggilan dari Kak Kunti Fabulous. Tiba-tiba, kemunculan seorang bomoh membuatkan suasana menjadi kelam.
"Marina... sudah lama aku menantimu!" - Pak Karim
Bersedia untuk mendengar gosip hantu? Apa yang bomoh itu akan lakukan? Adakah pembaca akan diperhatikan sambil membaca jurnal Kak Kunti?
#1 in horror-comedy (24/9/25)