.
83 stories
[C] Cukup Sempurna by TheLittleShi
TheLittleShi
  • WpView
    Reads 148,711
  • WpVote
    Votes 395
  • WpPart
    Parts 6
STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan masa depan Lia, Fal?" - Hayera Talia Terperangkap dalam kisah remaja yang tragis, Talia menggalas segala rasa bersalah. Kehilangan seorang demi seorang yang Talia sayangi membuatkan seorang Hayera Talia, gadis yang penuh dengan cahaya itu berputus asa dan ingin melupakan segala-galanya. Bangun dari tidur, Talia hilang semua memorinya. Seperti yang Talia harapkan. Menjadi seorang Hayera Talia yang baru sangat mudah. Seorang wanita yang mempunyai cita-cita, seorang anak yang disayangi, malah mencintai seorang lelaki dalam diam. "Talia dah lama sukakan abang Raed. Sejak pertama kali Talia nampak abang di hospital hari tu." - Hayera Talia. "Abang dah tua tau. Talia tak kisah ke? - Megat Raed Baihaqi Menjadi isteri kepada Raed memang angan-angan Talia. Tak sangka Megat Raed sudi menerima huluran hatinya. "Where have you been Talia? Aku cari kau." - Ahmad Naufal Rahsia yang kian terbongkar membuatkan hidup Talia berantakan. Kenyataan yang terlalu berat untuk dia terima. Bila satu per satu ingatannya membuktikan perkara sebenar, Talia semakin jauh dengan semua. "Kau rasa kenapa Raed ambil kau sebagai isteri? Kau punya satu sebab untuk jadi milik Raed. Tapi kau punya banyak sebab untuk bahagia dengan aku sebab aku cinta pertama kau." - Ahmad Naufal "Perkahwinan kita satu kesilapan ke, abang?" - Hayera Talia "Pada abang, kita melengkapi dan cukup sempurna." - Megat Raed Baihaqi
Eh Uncle ? by BabyAmeer
BabyAmeer
  • WpView
    Reads 584,886
  • WpVote
    Votes 5,675
  • WpPart
    Parts 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dianggapnya, pastinya akan lebih ramai yang mendekatinya disitu. Namun bukan sahaja para wanita, ada beberapa lelaki juga turut menyatakan serta memuji-muji badannya yang kekar itu. Tanpa di duga, dirinya seringkli didekati oleh lelaki sehingga membuat Zaf rimas dengan lyanan mereka kepada Zaf. Mampukah diantara beberapa orang lelaki yang cuba mendekati Zaf itu mendapatkan Zaf ? P/S : Hello ! kali ini author akan mengetengahkan sebuah cerita yang tidak terlalu berat untuk dibaca. Jika terdapat persamaan di dalam jalan cerita ini, mungkin itu hanya kebetulan tanpa disedari.
TUAN KING✔️ [ C ] by MissDheo
MissDheo
  • WpView
    Reads 1,437,087
  • WpVote
    Votes 52,146
  • WpPart
    Parts 35
"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titik hitam dalam hidup Nor Alisya Humaira bermula setelah dia kehilangan insan yang selama ini menjadi tulang belakang serta pelindung keluarganya. Beban masalah yang ditinggalkan oleh abahnya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga telah mengeruhkan lagi keadaan hidup mereka. Tapi masalah itu juga yang menemukan dirinya dengan Darren Arfan, lelaki yang hidup dalam dunia gelap itu. __________ "Suka hati sayalah nak duduk makan dekat mana pun! Awak tu bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Bukannya sedara saya, bukannya abang saya, jauh sekali suami saya!" - Nor Alisya Humaira "Kau jangan sampai aku hilang sabar dengan kau budak! I said, sit here!" - Darren Arfan Kehadiran seorang gadis yang kuat memberontak dalam hidup Darren Arfan menggugat ego lelakinya sebagai lelaki dingin! Beku! Jahat! Bagaimanakah pengakhiran sejarah malang hidup Nor Alisya Humaira? Mampukah dia keluar daripada genggaman lelaki kejam baran itu? Dan bagaimana pula dia boleh berada dalam genggaman lelaki itu?!Dunia gelap mana yang dimaksudkan itu? Kalau nak tahu sila baca. Sorry kalau tak beyond your expectations. Ini cubaan pertama saya untuk menulis novel. Hasil idea saya dan 2 orang kawan saya! Happy reading!
I Love You! Abang Navy  by iceycandiesss
iceycandiesss
  • WpView
    Reads 138,601
  • WpVote
    Votes 5,298
  • WpPart
    Parts 35
『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak semasa mengenakan seragam tentera mereka. Pergh! Cair hati tengok. Nadzri Aydan, hanya lelaki biasa yang hidupnya sederhana dan bekerja sebagai tentera laut. Pangkatnya tidaklah setinggi mana, hanya seorang perajurit muda yang mempunyai prestasi yang sangat baik. Perkenalan ringkas mereka akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta. Apabila bunga baru hendak memekar, pasti ada sahaja bala menimpa. Rian teruji dengan kejujuran. Patutkah dia teruskan berahsia? Melissa dan Taufik tidak habis-habis memburu cinta mereka. Dan kemunculan semula abang kembar Nadzri, Nazwan pula membongkarkan banyak rahsia. Nadzri pula menghilang semasa melakukan tugasnya terhadap negara. Peninggalannya amatlah memberi tekanan yang hebat kepada Rian. Dua tahun sudah berlalu, Nadzri mula memunculkan diri. Kembali menagih cinta Rian. Dapatkah mereka hidup bersama? "Will you fight for this love?"- Rian Aryana "Let's us fight for this love."- Nadzri Aydan ---------------------------------------------------- Fantastic cover by: FairuzZulaika 『️️I Love You❗Abang Navy ⚓💙』️ [ICEYCANDIESSS™2019] ⚠️ NO PLAGIARISME [Gaya penulisan serta tatabahasa sangat berterabur dan keanak-anakkan pada bab-bab yang awal. Maklumlah zaman budak²😂 Icey sendiri pun cringe bila re-read cerita sendiri tapi tak apalah... Cerita ni akan diedit dan dikemaskan semula suatu ketika nanti ;) ]
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 998,016
  • WpVote
    Votes 27,712
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Mr.Kidnapper, My Husband [Completed] by zaati27
zaati27
  • WpView
    Reads 1,402,592
  • WpVote
    Votes 42,530
  • WpPart
    Parts 40
[#Wattys2016] "Pulp!" Seseorang menutup mulut Raisha sehingga dia pengsan "Kau nak apa ha?" Soal Raisha yang masih diikat pada kerusi "Aku nak kau kahwin dengan aku kalau kau tak nak I'll make your life hancur do you want?" Dia gila ke apa? Culik aku lepastu sesenang nak ajak kahwin fikir ni drama? P/s: sorry tak reti buat sinopsis, first penulisan saya memang teruk but i'm try mantapkan lagi. Please support this is my first book ✌ Complete ✔✔
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 1,008,099
  • WpVote
    Votes 13,656
  • WpPart
    Parts 13
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022
Tentera Kurang Belaian Si Isteri by BabyAmeer
BabyAmeer
  • WpView
    Reads 535,079
  • WpVote
    Votes 4,203
  • WpPart
    Parts 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dalam kisah ini hanyalah kebetulan semata-mata.
I Love U My Sugardaddy (Completed) by EncikKery
EncikKery
  • WpView
    Reads 58,433
  • WpVote
    Votes 879
  • WpPart
    Parts 22
Setia itu tidak bersyarat, melainkan hati telah berpaling, terbiarlah cinta terus mati. Ketika nafsu melebihi akal fikiran manusia, terbitnya perasaan cinta yang tidak mampu dilepaskan. Membiarkan cinta itu hadir dan diburu kata nista. Ataupun melepaskan cinta itu pergi dan diburu kesepian mendalam. Sungguh cinta itu sangat misteri.