ryannassaince
"Janji, tahu?"
"Janji."
Aireen Rayana. Seorang gadis yang dulunya percaya pada janji. Percaya bahawa selama dia menunggu, semua akan baik-baik sahaja. Tetapi hidup bukan kisah dongeng, kerana hati manusia bukan sesuatu yang boleh dikawal sesuka hati.
Kai Ersan. Jejaka yang disayangi Aireen. Yang berjanji untuk mengahwininya suatu hari nanti.
"Janji yang cinta Aireen kepada abang tidak akan pudar di hati awak." - Kai Ersan
"Aireen janji akan sentiasa cintakan abang!" - Aireen Rayana
Aireen setia menunggu walaupun sudah bertahun lamanya janji itu dilakar. Dia cuba untuk berbaik sangka.
Seperti sapuan warna air pada kanvas kosong, dia muncul dalam hidup Aireen. Bukan untuk mengubah karyanya, tetapi untuk menjadi sebahagian daripadanya.
Hendrick Zayan. Rupanya tidak payah cakap lah. Memang perfect! Kacak maut! Tenang, matang dan penuh dengan karisma, tetapi dalam diam, dia menyimpan beribu duka yang tidak semua tahu.
Aireen sedar, sejak Hendrick muncul di dalam kehidupannya, dia kerap rasa sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Hendrick bukan seorang yang hanya lalu di dalam hidupnya, tetapi membawa kehangatan kepadanya.
Kerap dia nafikan perasaannya. Bagi dia, cintanya sudah tetap pada Kai. Namun, hati Aireen menjadi goyah dengan kewujudan Hendrick. Nampaknya, takdir membuatkan dia terpaut pada dua orang pada masa yang sama.
Dalam kanvas kehidupan yang penuh warna dan cabaran, Aireen harus memilih antara janji lama atau takdir baru yang mula terukir.
Kerana dalam setiap lukisan takdir, tiada siapa yang tahu hasil akhir karya tersebut, sehingga ia selesai dicipta.
"Kadang-kadang, hidup ini macam lukisan yang kita sendiri tidak rancang."
- Aireen Rayana
"Tapi, takdir selalu ada cara untuk melakar sesuatu yang indah, walaupun kita tidak nampak lagi gambarnya." - Hendrick Zayan
Namun, dalam setiap lukisan, ada warna yang tidak dirancang. Apakah hasilnya akan menjadi indah atau sebaliknya?
⚠️!
-dont expect too much because i write this story for fun