Syariffah_00's Reading List
195 stories
Silent Revenge (C) by ghostdoublewriter
ghostdoublewriter
  • WpView
    Reads 33,377
  • WpVote
    Votes 2,743
  • WpPart
    Parts 53
Alexander Lee, seorang ahli perniagaan muda yang dingin, tenang, dan penuh rahsia. Di sebalik wajah tanpa emosi itu, tersembunyi kisah silam yang membuatnya sukar mempercayai sesiapa. Namun, hidupnya berubah apabila seorang gadis bernama Alayna Humayra muncul secara tidak dijangka. Alayna, seorang wanita yang keras kepala dan lantang bersuara, tidak pernah menyangka satu kesilapan akan memerangkapnya dalam dunia Alexander. Sebagai hukuman, dia dipaksa menandatangani kontrak kerja seumur hidup. Menjadikannya pembantu peribadi kepada seseorang yang berhati dingin. Dua insan berbeza dunia ini mula bertembung dalam pertempuran ego dan perasaan. Dalam kebencian yang membara, hadir percikan emosi yang sukar dinafikan. Saat mereka sedang membina impian bersama, takdir merentap kebahagiaan itu dengan satu kejadian tragis. Sejak itu, ia meninggalkan kesan yang mendalam buat Alexander. Dalam diam, Alexander mula mengatur rancangan dan memburu untuk membalas dendam. Satu persatu rahsia dan punca kejadian itu mula terungkai. Hak Cipta Terpelihara Zoo Haiwan Liar Royal Elite (F²H²A² ELITE)
KHALI (COMPLETED) by hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Reads 305,140
  • WpVote
    Votes 19,521
  • WpPart
    Parts 50
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,099,651
  • WpVote
    Votes 89,105
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 411,002
  • WpVote
    Votes 22,757
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
ASYRAF'S  [COMPLETED] by Aumey_
Aumey_
  • WpView
    Reads 927,378
  • WpVote
    Votes 33,721
  • WpPart
    Parts 50
𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ❗ 𝘼𝙡𝙨𝙤 𝙠𝙣𝙤𝙬𝙣 𝙖𝙨 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙈𝙞𝙡𝙞𝙠 𝘼𝙨𝙮. Tengku Asyraf Khair X Bunga Elaina. ⚠️ Contain harsh words ⚠️18+
C | MR. DOMINAN by r0yalady_
r0yalady_
  • WpView
    Reads 1,569,461
  • WpVote
    Votes 51,732
  • WpPart
    Parts 60
[𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] DANIEL HANZ ANAQI × DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan di kelab demi kepuasan diri sendiri. Hina sangatkah harga maruah dirinya sehingga diperlakukan begitu? Hancurnya hati seorang Damia hanya Allah sahaja yang tahu. Di saat Damia hampir menyerah kalah dengan takdir, datangnya seorang lelaki menyelamatkan dirinya daripada mejadi mangsa pemuas nafsu serakah si syaitan. Damia terselamat tetapi lain pula yang jadi apabila lelaki yang menyelamatkan dirinya itu ditangkap basah bersamanya. Ah sudah! "Tunang encik tak marah ke kalau dia tahu encik dah kahwin dengan saya? " -Damia- "Encik lagi! Kau ni memang tak ada nama lain ke nak panggil aku? Aku ni bos kau ke suami kau? " -Daniel- Di saat hubungan ingin mekar seperti bunga, datang nya bala menimpa. Mampukah hubungan mereka dipertahankan? Ikhlas kah hati Daniel menerima Damia sebagai suri hidup nya? Baca lah sendiri, aku cuma menulis. (Sweet romance + cornflakes) Start : 1/3/2022 End : 10/10/2022
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C by RyeoInayla
RyeoInayla
  • WpView
    Reads 90,200
  • WpVote
    Votes 2,784
  • WpPart
    Parts 63
COMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki Red Flag
C || Amaya Edlyn by fylnaseu_
fylnaseu_
  • WpView
    Reads 90,016
  • WpVote
    Votes 4,592
  • WpPart
    Parts 45
𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di universiti. Berusia 22 tahun. Matlamat hidup: saya single kalau nak try dm tepi. Izz Haidar - macam hero cerita lain, Izz seorang yang popular dan kaya ( bapak dia lagi kaya- 01********** nombor bapak dia untuk sesiapa yg memerlukan sugar daddy. thnk me later) Handsome namatey. 24. Muda lagi tapi dah bekerja dengan daddy dia. sambil belajarlah. Nak usyar awek. usyar je no sentuh sentuh . tunggu halalan toyyiban dulu. So cerita dia bermula dengan boxer pink. ... Haah boxer pink. Milik Izz Haidar. HAHAHAH. "Tolong lupakan.." "Lupakan apa tu?" "Lupakan pasal benda tu lah.." Apabila dirinya tertarik dengan Amaya, hasrat untuk menjadikan gadis itu sebagai girlfriend olok olok bertukar kepada isteri. Ha lagu mana tu.. " I want you to be my girlfriend." "How 3 months sound? Deal?" " Then let's get married." ... Pencarian insan bergelar ibu kepada Amaya membuka berbagai rahsia yang tersembunyi di dasar... hati seseorang. " Are you faking this?!" " Wanna join me?" "Wajib." Cita ni takde orang ketiga. Pendek je kut. Buat isi masa boring. Selamat membaca guys! Jangan copy eh.. (◍•ᴗ•◍)❤ start pub- 16/10 (◍•ᴗ•◍)❤ last pub- 21/10
Suamiku, Encik Pengasuh?✔️ by ascarlet_
ascarlet_
  • WpView
    Reads 1,559,329
  • WpVote
    Votes 68,644
  • WpPart
    Parts 57
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun bersikap seperti kanak kanak berumur 5 tahun. Tanpa semua sedari, ada satu rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini. Yang disimpan kemas. Hazairil Al'Iman, salah satu pewaris terbesar Keluarga bangsawan. Dia memiliki wajah yang mampu memikat hati para gadis tetapi di dalam jiwanya, ada sesuatu yang berbeza. Dalam satu jiwa, terdapat dua sifat yang berbeza beza. Satu adalah sifat yang egois dan sombong, satu adalah sifat rendah diri dan penyabar. Sejak Irina dan Airil bertemu, segala galanya berubah. Irina yang takut bertemu dengan lelaki berubah apabila dengan Airil. Dan itu membuatkan Airil terjebak dengan pekerjaan pengasuh. Disebabkan kesian dengan keluarga Irina, Airil terpaksa menerimanya walau hatinya tidak rela. "Pakcik ni siapa? Kenapa ada dalam bilik Bella? Mamaaaa, ada orang masuk bilik Bella". QAIRINA "What? Pakcik? Saya ni muda lagi tau. Baru 26 tahun. Dan saya ni pengasuh awak la. Kenapa setiap hari saya kena terangkan kat awak huh? Muda muda dah nyanyok". HAZAIRIL Hanya dengan satu hari menjadi pengasuh, Airil menjadi pengasuh selama lamanya. Semuanya berubah. Dengan satu jebakan, mereka terpaksa dikahwinkan. "Kenapa hah? Kenapa aku kena kahwin dengan perempuan macam ni. Itu sama saja dengan aku kahwin dengan budak umur 5 tahun. Hancur masa depan aku". HAZAIRIL "Pakcik, kenapa pakcik taknak main dengan Bella. Bella rindu la nak main dengan pakcik". QAIRINA "Aku takkan bagi kau hidup senang Irina. Selagi dendam aku tak terbalas, aku takkan mengalah. Nyawa dibalas nyawa dan disebabkan kau, Rhina matii". FATHINA Sikap Irina yang berubah setiap saat membuatkan Airil pening. Adakah Irina betul betul tidak normal atau normal? Sambung belajar, masak, shopping... adakah itu tidak normal tetapi pada masa yang sama tak pandai pakai baju, dan berperangai macam budak budak. Apa rahsia ada disebaliknya?