The best ever !🌸
Истории 69
Why Me? на Evaine_Nur
Evaine_Nur
  • WpView
    Прочтений 25,104
  • WpVote
    Голосов 168
  • WpPart
    Частей 14
Hidup Nur Umaira tampak begitu sempurna. Dia berpendidikan tinggi, memiliki kerjaya yang cemerlang, keluarga yang bahagia, dan tunang yang tampan, kaya serta tidak pernah lokek memanjakannya. "Just say it, honey. I can give you anything." - Faizal Aziz Di mata mereka, hidupnya kelihatan seperti sebuah kisah yang didambakan semua orang. Namun, kesempurnaan itu hanyalah sementara. Satu pengkhianatan meranapkan segala impian yang dibinanya. Kepercayaan yang diberi dibalas dengan luka yang tidak terperi. Sedikit demi sedikit, dia kehilangan segala-galanya sehingga akhirnya tidak lagi memiliki apa-apa selain dirinya sendiri. Di saat seluruh dunianya runtuh, hadir seorang wanita berhati mulia yang menghulurkan tempat berteduh. Dengan hati yang berat, Nur Umaira menerima. Tanpa dia sangka rumah itu turut dihuni seorang cikgu disiplin yang beku, dingin. Musuh dalam rumah. Setiap hari ada sahaja perang dingin yang tercetus. "Aku cuma nak ingatkan kau. Aku menjaga amanah ibu untuk jaga kau. Kau ingat senang nak pikul tanggungjawab menjaga perempuan degil dan keras kepala macam kau?" - Zayn Hakeem "Sebenarnya kau tak ikhlas, kan, Zayn? Kau terpaksa terima aku tinggal di sini sebab ibu. Kau terpaksa jaga aku." - Nur Umaira Sekeras-keras hati seorang lelaki, akhirnya mampu juga dilembutkan. Apabila cikgu disiplin bertukar menjadi lelaki paling green flag, tanpa sedar kupu-kupu mula berterbangan di dalam hati. Benci yang dulu memenuhi ruang, perlahan-lahan bertukar menjadi rasa yang sukar dinafikan. Tetapi setiap rahsia akhirnya akan menemui jalan untuk terbongkar. Dan apabila masa silam kembali menghantui, Nur Umaira memilih untuk menjauh. Dia percaya dirinya tidak lagi layak dicintai. Tidak ada lelaki yang sanggup memperisterikan wanita sepertinya. Saat hati Umaira benar ragu-ragu, mampukah dia menerima cinta baru? "Why me?" "Why not, when Allah says kun fayakun..."
KESEMPATAN KEDUA на MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Прочтений 328,092
  • WpVote
    Голосов 29,837
  • WpPart
    Частей 62
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
MARRY MY POISON (SLOW UPDATE) на sopyzm
sopyzm
  • WpView
    Прочтений 53,749
  • WpVote
    Голосов 5,349
  • WpPart
    Частей 34
#2 MARRY ME SERIES (NEW GENERATION) "An angel dressed in light, the devil fall in love" Start : 01/01/2026 End : ?
JIKA INI BUKAN TAKDIRKU на nazyatim_
nazyatim_
  • WpView
    Прочтений 54,693
  • WpVote
    Голосов 1,522
  • WpPart
    Частей 79
Third Story✨ Nadhir Idraki lelaki kampung yang hidupnya sederhana. Hanya ada van cabuk, kebun kecil, dan kasih seorang ibu. Wajahnya tenang, seolah-olah tiada dosa... Namun di sebalik kesederhanaan itu, dia menyimpan seribu satu rahsia yang tak pernah terungkap. Damia Qaisara wanita kota yang hidup dalam kemewahan. Segalanya ada di hujung jari. Namun hatinya penuh prejudis. Dia membenci orang kampungkerana cerita dan luka yang ditanam oleh orang sekelilingnya sendiri. Dua dunia yang berbeza. Dua jiwa yang tak pernah serasi. **** Tapi takdir... menemukan mereka dalam cara yang paling tak dijangka. " kahwin dengan aku." " apa...?!" ***** Perkahwinan tanpa rela. Tanpa cinta. Hanya keterpaksaan dan ego yang menguasai. Benci memang benci... tapi bila dah bergelar isteri, taat itu bukan lagi pilihan. Hidup mereka mula diuji. Hari demi hari... luka demi luka. Sehingga satu hari ujian paling besar muncul. " tapi dalam Islam, tak salah kalau lelaki kahwin lebih daripada satu..." " macam nilah dik... kalau kau dah desperate sangat nak laki aku tu, pergilah cakap sendiri dengan dia. Aku nak tengok juga... masih ada maruah ke tak dalam diri kau sebagai perempuan muslimah..?" Gila. Madu..? Ehh... ini Damia Qaisara lah. Langkah mayat aku dulu. ***** Namun... dalam diam, hati mula berubah. Perasaan yang dulu penuh benci... perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang sukar ditafsir. " kalau suatu hari aku tinggalkan kau... dan kita ditakdirkan berjumpa semula dalam keadaan yang kau sendiri tak pernah sangka... apa kau akan buat..?" " saya tak akan mudah-mudah maafkan awak. Waktu tu... perkataan maaf dari mulut awak dah tak ada nilai langsung bagi saya." Maaf itu mudah diucapkan... tapi untuk menerima..? Itu yang paling menyakitkan. Jika benar ini bukan takdirku... aku reda melepaskanmu. Namun jika kau adalah takdir yang tertulis untukku... Tuhan, satukanlah kami, walau sejauh mana kami tersasar Dilanda badai, Hatiku tetap Milikmu.
DEVIL'S DESIRE  на srphnna
srphnna
  • WpView
    Прочтений 273,113
  • WpVote
    Голосов 6,871
  • WpPart
    Частей 84
Dia adalah dosa yang berjalan dan dia adalah cahaya yang tidak sepatutnya disentuh. Xavier Zayden. Seorang lelaki yang memiliki segala-galanya kuasa, kekayaan dan pengaruh. Namun di sebalik senyumannya yang tenang, tersembunyi seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Dan kali ini dia mahukan Eirene Emmeline. Seorang gadis yang langsung tidak sesuai dengan dunianya. Terlalu lembut, terlalu baik dan terlalu suci untuk disentuh oleh seorang lelaki seperti Xavier tetapi semakin Eirene cuba menjauh, semakin kuat obsesi itu tumbuh. "You should stay away from me." - Eirene Emmeline "And why would I do that?" - Xavier Zayden "Because loving me will destroy you." - Eirene Emmeline Namun perkara yang Xavier tidak pernah jangka ialah untuk pertama kalinya dalam hidup, dia sendiri yang musnah terlebih dahulu. Kerana sesetengah cinta bukan dicipta untuk menyembuhkan. Sesetengah cinta dicipta untuk menguji sejauh mana seseorang sanggup pergi demi orang yang mereka sayang. "If I have to choose between the world and you, I'll choose you. Every single time." • Obsession. Possession. Loyalty. Sacrifice. And a love that refuses to let go.
Veil Of Obsession на srphnna
srphnna
  • WpView
    Прочтений 74,096
  • WpVote
    Голосов 3,007
  • WpPart
    Частей 66
Spin-Off Devil's Desire Bermula dari sebuah kontrak yang dipaksa menjadi satu rumahtangga, tanpa cinta, tanpa pilihan hanya dua jiwa yang terikat dalam takdir yang tidak dirancang. Di antara dosa yang tidak mampu dipadam dan cinta yang tidak pernah dirancang mampukah mereka mempertahankan cinta yang lahir daripada sebuah kontrak sebelum segalanya musnah? "I was raised to rule, not to love. And in the end, you became the victim of a world that taught me how to be ruthless" - Zayyan Eryvian "I could stand against anyone and pretend to be strong in front of the world. But when it comes to you, my words fail me, and I become too weak to fight back." - Mawar Elara Apabila ujian mula menimpa mereka, adakah mereka mampu melawan badai itu bersama, atau akhirnya hanya seorang yang bertahan ? "Mummy nak Zay kahwin dengan Aeya after the six-month contract habis nanti, Aeya ni lebih sesuai dan setaraf dengan apa yang kita ada" - Maria Valuxca Suffering bound them together, becoming a poison too exhausted to even destroy them completely.
DALAM BENCI ADA SAYANG на roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Прочтений 2,536,244
  • WpVote
    Голосов 63,599
  • WpPart
    Частей 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤
 His Amore [COMPLETED] на EykaaJas
EykaaJas
  • WpView
    Прочтений 536,341
  • WpVote
    Голосов 24,718
  • WpPart
    Частей 81
#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan dari kotak memori. Saat seorang sudah ingin melupakan, seorang pula datang ingin merungkaikan kebenaran. Saat dua insan ini dipertemukan, mampukah cinta berputik? Berapa banyak rahsia yang bakal terbongkar? Siapa yang bakal tersakiti dan siapa bakal menyakiti? "He's ruthless. He will always get anything he wants" "Behind every strong, independent woman lies a broken girl who had to learn how to get back up and to never depend on anyone" ⚠️Read on your own risk ⚠️ Banyak kata kesat dan carutan yang digunakan. ⚠️NO PLAGIARISM. #3 in betrayal (30/12/22) #4 in betrayal (31/12/22) #1 in fiction (03/01/2026) 𝑺𝑻𝑨𝑹𝑻: 14 𝑴𝑬𝑰 2023 𝑬𝑵𝑫: 26 𝑱𝑨𝑵 2026
KAU DATANG KEMBALI на nazyatim_
nazyatim_
  • WpView
    Прочтений 212,417
  • WpVote
    Голосов 4,693
  • WpPart
    Частей 88
First story✨ Tengku Syed Nazmi. Berjaya. Berpengaruh. Namanya disebut-sebut di mana-mana. Lelaki itu bukan calang-calang-tinggi darjat, tinggi kedudukan. Kehidupannya serba sempurna di mata masyarakat. Nur Farah Auliana. Wanita berprinsip. Kasar, lantang, dan tak mudah tunduk. Bukan tipikal 'perempuan Melayu terakhir' seperti yang sering digambarkan di kaca TV. Tapi ironinya, hidup dia berubah sekelip mata... Sebab satu perkara yang dia sendiri benci: Kahwin paksa. Ya, kahwin paksa. Ingat ini drama pukul tujuh ke? Tapi inilah kenyataan hidup Farah. Tak pernah dia sangka, daripada sebuah perkahwinan tanpa rela... tumbuh benih kasih sayang. Namun, kebahagiaan itu tak bertahan lama. Bila lafaz nikah yang dulunya menyatukan, akhirnya menjadi satu beban yang menyakitkan. " hati aku untuk kau tak pernah mati, hati ni hanya untuk kau sorang jer." " tiga tahun, tiga tahun nazmi keluarga saya hidup dengan perasaan malu atas perbuatan awak dengan perempuan tu." " kenapa kau tak rasa pertemuan kau dengan dia kalini bukanlah satu kebetulan..? Tetapi itulah adalah jalan takdir untuk allah satukan kau dengan dia balik..?" ------------- Dan siapa sangka, dalam rapat ada yang menikam. Dalam kepercayaan, ada pengkhianatan. Orang yang paling dekat... kadangkala ialah musuh paling dalam. " dia dah pilih aku, dia pilih aku untuk jadi isteri dia. Kami dah sah, jadi kau jangan cakap yang aku merampas hak orang lain." " kau memang dah sah jadi isteri dia. Tapi tahu tak apa lagi sah..? Dosa kau kianat kawan baik sendiri. Dosa yang kau tunggung tu tak akan boleh diicuci dengan akad nikah." ------------ " the best decision for both of us.. is part ways. With all humility, I'm begging you please let me go."
PAIN KILLER [C]  на by_asmirose
by_asmirose
  • WpView
    Прочтений 67,625
  • WpVote
    Голосов 4,117
  • WpPart
    Частей 68
"Apasal tenung saya macam tu?"-LD "Sorry for confusing you, dirty brain. I was thinking about something else." -KA "Yang awak tatap saya la.." "Sorry. You're not my type." Ingatkan, sudah tertutup tirai sejarah antara mereka. Malangnya, karisma seorang jurulatih yang berdiri di atas pentas Mahogany Club mengggegarkan dunia Lara. Bila berurusan dengan jurulatih itu, memang hari-harilah kena ceramah. Nak menjawab? Kena pulang paku buah keraslah alamatnya. Itu belum tambah lagi bila dia ketahui status lelaki itu sbgai pmbaca berita. Boleh beranak pinak katarak mata setiap pagi apabila wajah lelaki itu datang menyapa kaca televisyen. Aura seorang Khazasy Asyhairil, jangan nak dibawa bincang. Bergetar zahir batin dibuatnya. "You can expect anything from me, angel. Tapi memungkiri janji, tak ada dalam kamus hidup saya." KHAZASY ASHAIRIL Tersepit di antara seorang lelaki pemilik increadible aura dengan seorang minah cacing kerawit yang super maniac membuatkan Lara hampir gila. "Macam mana kalau hal itu berlaku kat saya jugak?" LARA DARLISA "Berhenti mempersoalkan kesetiaan saya, Lara. Saya takkan sesekali cemarkan tali pertunangan kita. That's my oath. Lock it tightly." KHAZASY ASYHAIRIL Bagaikan tiada jalan pulang, tragedi malang mengubah seratus peratus hidupnya. Nyctophobia yang dialaminya sejak kecil semakin kronik. "Kenapa saya fikir yang bukan-bukan? Kenapa saya negative thinking sangat? Kenapa saya ingat yang saya selalu berada dalam bahaya walaupun berada di tempat terbuka tadi?" LARA DARLISA "Ribut sekencang mana pun, akan reda dengan sendirinya. Ketakutan terbesar awak ialah ketakutan itu sendiri. Keputusan ada di tangan awak." KHAZASY ASHAIRIL Ada sinar harapan yang terbit tatkala lelaki itu hadir menghulur tangan. Membuatkan gadis itu perlahan-lahan bangkit meraih nafas baharu. Semangat lelaki itu sahaja mampu meratakan bukit yang curam. "Dare to touch my woman again and I'm gonna break every bone from your corpse"