nurynkylez's Reading List
23 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,200,118
  • WpVote
    Votes 93,772
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,671,102
  • WpVote
    Votes 28,855
  • WpPart
    Parts 9
TERBIT [ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love song ( Mahadewa feat Judika )
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,541,278
  • WpVote
    Votes 140,423
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
ANASTASIA : A Tale of Esmeralda [ TERBIT ] by mellyficent
mellyficent
  • WpView
    Reads 177,405
  • WpVote
    Votes 6,997
  • WpPart
    Parts 12
The FairyTale Retelling Series : A Cinderella Retelling [ Book 1] بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. This is a broken tale, The words scattered into pieces, The fairy twisted the magic into melee, And it crawl into myth of vicious. This is a forgotten song, The rhyme was shattered by jinx, And its melody interfered by curse. This is the re-written fantasy, The twisted tale of Cinderella story. This story was hiding behind the happily ever after, with the word of 'the end' on the latter. This is a cursed fairy tale, with the black magic as the conqueror of the battle. This is.. A Cinderella stepsister untold story. ❞أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله❝ ❝ I bear witness that there is no deity but, Allah, and I bear witness that Muhammad is the messenger of Allah. ❞ ❝Maafkan patik, tuanku. Walau sekalipun tuanku adalah seorang raja gagah perkasa, patik tetap tidak akan sujud di hadapan tuanku. Patik tidak akan pernah hamparkan seluruh kehambaan patik di hadapan seorang manusia yang juga bergelar hamba kepada Tuhan alam semesta.❞ ❝Dengan nama Allah aku bersujud, dengan nama Rasul aku berselawat dan dengan nama Islam aku berjihad─ ❝Islam adalah agamaku.. Islam adalah panutanku. Jika tuanku menginginkan cinta ini, cintai Dia dahulu. Dia si pemilik cinta seorang hamba bernama Anastasia.❞ Jika dahulu kasut kaca buat Cinderella, kini kasut itu ditakhluki seorang Anastasia. Jika dahulu cinta sang putera buat Cinderella, kini cinta itu dirampas Anastasia. Jika dahulu aku melihat kisah dongeng Cinderella dari hadapan panggung, lalu biar kali ini aku menghayati kisah ini dibalik tirai sebuah pentas yang agung.
Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 873,704
  • WpVote
    Votes 44,783
  • WpPart
    Parts 74
(KARYA PERTAMA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2] [Siri L&D] B1 NO COPY! ⚠️ Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga yang berada malah dilimpahi pelbagai jenis kemewahan, siapa sahaja yang tidak bahagia bukan? Namun bukan itu yang aku banggakan. Walaupun hidup bersama keluarga yang bahagia dan juga berada, tiada siapa yang menyangka bahawa kehidupan ku dipenuhi dengan pelbagai ancaman malah ada yang sanggup merancang untuk meragut nyawa ku. 'Mereka' sanggup berbuat apa sahaja asalkan harta yang telah sekian lama ku jaga rapi menjadi milik 'mereka' . Malah bukan hanya nyawa ku sahaja yang menjadi taruhan, mereka yang berada di sekeliling ku juga menjadi target seterusnya . Ada yang sanggup merancang untuk membunuh mereka dalam diam. Penuh perancangan yang tertib. Hal itu, mujur sahaja aku sedari awal. Jika tidak, pasti akan ada pertumpahan darah yang berlaku ketika ini. Hal ini berlarutan sehinggalah aku berpindah ke tanah air tercinta. Bertemu dengan seorang lelaki yang telah sekian lama tidak kelihatan. Lalu bertemu pula dengan 'musuh' yang lagi tangguh daripada biasa. Merancang dengan lebih banyak lagi muslihat yang sukar untuk dirungkai sendirian. Sehinggalah membuatkan aku terpaksa 'berehat' dalam 'tempoh masa yang panjang' "Aku terpaksa pergi , aku nak sangat kau jaga anak kita baik baik. Biarkan dia membesar sihat." Tika itu lah langit kelam menghiasi dunia 'si dia'. Hanya kata kata 'maaf' mampu ku ungkapkan beribu kali dalam setiap do'a. Aku tidak mahu 'si dia' terluka lagi dan kerana itu aku merahsiakan tujuan utama ku. Ketika ombak menghempas kuat batuan di gigi air, sang mentari datang menerangi langit yang dulunya kelam. AKU JANJI! Aku pergi dan akan kembali untuk MEMBALAS DENDAM. "DIA TELAH BANGKIT DARI NERAKA."
Mrs. Aidan: My Little Bride by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 6,166,975
  • WpVote
    Votes 140,771
  • WpPart
    Parts 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bila abang panggil, menyahut! Bila abang cakap pandang mata abang!" Aidan menguatkan cengkamannya pada lengan Tasnim. Berkerut muka Tasnim menahan sakit. "Sekarang pandang mata abang. Tell me why are you doing this?" Mata Tasnim berkaca. Bibir diketap menahan sebak. "I love you abang..."Tasnim menunduk. Cincin di jari manis Aidan direnung. "But you are not mine." Tangisan pecah. Aidan terkedu. Silapnyakah? 🌼🌼🌼 A promise meant to be broken. Apabila janji tersebut dimungkiri, siapakah yang harus dipersalahkan? "Something told me i'm gonna love you forever"
Pimpin Aku Ke Syurga by Maya_Mohamed
Maya_Mohamed
  • WpView
    Reads 31,692
  • WpVote
    Votes 1,842
  • WpPart
    Parts 19
Syahzani Amar, lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang. Segala yang dilakukannya hanyalah demi nafsu dan keseronokan semata-mata. Hidupnya tiada peraturan dan bebas bergaul tanpa ada sekatan dosa dan haram. . "It's okay to be gay. And I think being gay is a blessing. And it's something I am thankful for every single day." - Syahzani Amar. . Namun, takdir sudah bergema. Pertemuan yang tak disangka antara dua jiwa, Ainnun Maryam terus mengubah hidup Syahzani Amar untuk selama-lamanya. Bagi Ainnun Maryam, dialah lelaki yang diimpikan selama ini. Manakala Syahzani Amar tidak mahu terus memberi harapan palsu kepada si gadis tersebut. Tatkala kasih mula berputik, cinta Ainnun Maryam ditolak mentah. Dia yang tidak mengenal erti putus asa tetap mengejar tanpa rasa penat. Dengan harapan, semoga cinta yang suci menjadi milik mereka. . "There is a million reason... pada diri awak yang tak menepati kehendak saya!" Jerkah Syahzani Amar apabila kesabarannya mula menipis. "Apa dia?" Ainnun Maryam bertanya dengan nada tenang walaupun hatinya bergelodak kencang. "Don't you get it? I am gay!" Jujur lelaki itu. Ditenung wajah bujur sireh wanita itu sedalam-dalamnya. Ainnun Maryam terpempam. Lidahnya terkaku seribu bahasa. Tanpa sedar, mutiara jernih itu perlahan menitis di lurah-lurah pipinya. Saat hati sudah terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai pemilik cinta dalam hidupnya, namun peluang itu terhempas bagai kaca yang berderaian. Ainnun Maryam redha dengan ketentuan Allah Swt. . Demi kasihnya, Ainnun Maryam dengan rasa tekad ingin mengubah Syahzani Amar menjadi manusia yang lebih baik. Menjalani hidup sebagai Hamba Allah yang diredhai. Baginya, cinta bukan beerti memiliki tetapi ianya tentang sebuah pengorbanan. Ainnur Maryam berkali-kali menagih the , namun ditolak tanpa simpati. Apakah yang dia perlu lakukan untuk menjadikan seribu kekurangan di mata Syahzani Amar itu bertukar menjadi seribu keistimewaan?
Nilai RM20 by khaisaupi
khaisaupi
  • WpView
    Reads 498,557
  • WpVote
    Votes 38,060
  • WpPart
    Parts 64
Status : COMPLETE CINTA itu buta. Tapi tidak bagi seorang gadis bernama Saila. Bukan calang orang yang dia angkat sebagai teman lelaki. 1. Harta 2. Rupa Lulus kedua-dua syarat ini, hati lelaki itu bakal ditawan. Namun prinsipnya runtuh apabila ada yang datang kembali dalam cerita hidupnya dengan membawa syarat yang ke-3. Syarat yang bisa menggoyah jatuhkan permainan seorang Saila. AGAMA. 'Apalah sangat 20 ringgit tu sedekah untuk masjid. Pahala jadi tukaran' -Lukhman Faiz- Kerana not RM20 tercetusnya satu perkenalan yang membawa kepada masa silam. 'Hanya seorang sahaja yang saya kenal akan masukkan RM20 ke dalam tabung surau. Dan saya yakin, awak orang yang saya kenal' -Lukhman Faiz- 'Semua orang boleh jadi seseorang itu. Maaf, tapi awak salah orang' -Saila Humaira- Dan sekali lagi, kerana RM20 mereka dipertemukan kembali. Mungkinkah pertemuan kali ini akan membawa kepada masa depan atau sebaliknya? p/s : story line collaboration @harsazzreen #karyakelima
Projek Bantah Kahwin by Mina94
Mina94
  • WpView
    Reads 812,129
  • WpVote
    Votes 30,668
  • WpPart
    Parts 64
10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat dengan lelaki pilihan mama aku si Daniel tu, untuk tidak menjayakan rancangan mama kitaorang. Aku tak nak kahwin pasal tak ada cinta dan kerana usia aku yang baru 16 tahun ni. Come on lah, siapa nak kahwin macam ni zaman sekarang ni? Tapi sebab Daniel tak nak kahwin tu, aku tak tahu lah kenapa. Mungkin pasal dia dah ada teman wanita dia sendiri. Tak tahu. Yelah, dia kan kacak, tinggi tak kan lah tak ada. Mustahil. Melainkan dia tu 'Lain' So semoga berjaya buat kami.
(E-BOOK) NUR QASEH  by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 2,683,173
  • WpVote
    Votes 86,102
  • WpPart
    Parts 42
Regular price : Rm20 RUJUK LINK INSTAGRAM UNTUK PEMBELIAN EBOOK 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡, 𝐛𝐚𝐫𝐭𝐞𝐫, 𝐬𝐮𝐛𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞, 𝐫𝐞𝐦𝐮𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐦𝐞𝐧𝐝𝐬. "𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠. 𝐊𝐚𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐮." 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐥𝐤𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐍𝐮𝐫 𝐐𝐚𝐬𝐞𝐡?