penselkabur's Reading List
4 stories
Pesan Sayang by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 5,755
  • WpVote
    Votes 913
  • WpPart
    Parts 15
Setelah bertahun-tahun merantau jauh, Irma akhirnya kembali ke kampung halaman. Tapi kepulangannya bukan sekadar untuk melawat, ia membawa seribu kenangan lama yang kembali menghantui. Dulu, Irma dan Ojan adalah sahabat baik, saling berkongsi cerita dan impian. Namun, satu kejadian pahit memisahkan mereka, meninggalkan luka yang sukar untuk sembuh. Apabila bertemu semula dengan Ojan, semuanya seakan kembali seperti dahulu - tawa, rasa nyaman, dan perasaan yang tak pernah padam. Namun, masa yang telah berlalu dan rahsia lama yang belum terbongkar membuatkan Irma tertanya-tanya adakah mungkin untuk mereka memulakan sesuatu yang baru, atau adakah kenangan lalu akan terus menghalang? Sebuah kisah tentang cinta, persahabatan, dan mengubati luka lama yang masih ada.
SAYAP LUKA [TERBIT] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 10,341
  • WpVote
    Votes 115
  • WpPart
    Parts 10
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK TAJUK ASAL: DIARI HATI ALIF TAJUK BARU: SAYAP LUKA ISBN: ISBN 978-967-0078-87-8 HARGA SM: RM25 HARGA SS: RM28 TERBITAN: MUST READ SDN BHD "Arif tak nak. Arif tak nak abang sakit sebab Arif. Tak payah ibu, ayah. Jangan benarkan pembedahan itu." - Arif "Dia kata dia nak tengok kita semua bahagia... tapi dia sendiri yang menderita seorang diri." - Aqil Alif selalu jadi yang kedua-dalam keluarga, dalam cinta, dalam hidupnya sendiri. Sejak kecil, perhatian ibu ayahnya lebih tertumpu kepada adik kesayangan, Arif, yang sakit tenat. Alif sanggup korbankan impiannya demi menjaga adik, tapi semuanya musnah bila Arif pergi dahulu. Hidup diteruskan, tapi ujian tak pernah berhenti. Cinta hatinya, Naura, dikahwinkan dengan Rizal pembuli zaman sekolah yang masih berdendam. Bila dituduh mencuri, Alif dihalau oleh keluarganya sendiri. Terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur, Alif temui harapan baharu di sebuah rumah anak yatim. Tapi tubuhnya pula mula sakit-dan diagnosisnya bukan berita baik. Saat dia cuba bangkit semula, hadir pula adik kembarnya, Aqil, yang membuatkan dia terasa semakin terpinggir. Alif hanya mahu disayangi. Tapi bila dunia terus menolak, adakah cinta dan keluarga itu masih berbaloi untuk diperjuangkan? Sayap Luka ialah kisah tentang kasih yang dipinggirkan, tentang luka yang tidak berdarah dan tentang seorang lelaki yang cuba mencari makna wujudnya dia sebelum dia benar-benar hilang dari dunia yang tidak pernah memilihnya. Boleh beli di TikTok Must Read SDN. BHD. ✨
Adam & Yulia (Kita Cuma Kawan, Kan?) by auzainal
auzainal
  • WpView
    Reads 14,429
  • WpVote
    Votes 145
  • WpPart
    Parts 9
[TERBIT VERSI BUKU - KITA CUMA KAWAN, KAN? by IMAN PUBLICATION] Adam Adwa seorang bintang terkenal. Nisrina Yulia pula hanyalah ... Yulia. Dunia mereka memang tak pernah bersilang, sehinggalah Adam tercicirkan telefonnya di dalam kereta Yulia. "Lagu ni menjerit-jerit, encik. Sampai strain suara dia," kata Yulia. Tak sedar dia sedang mengkritik lagu Adam di depan penyanyinya sendiri. "Kalau awak ada pengetahuan tentang muzik, barulah awak boleh bagi pandangan sesuka hati," marah Adam. Setelah kelibat Adam hilang, Yulia menongkat tangan dengan gaya dramatik. Lemah segala sendi lutut. "Weh ... menakutkannya!" Matanya terbeliak. Sejak Yulia bertukar kerja baru, mereka kerap bertemu di studio Adam. Belum apa-apa, dah ada drama lain. "Yulia, tak semua hal boleh diselesaikan dengan berkahwin." - Fahmi "Kamu benar suka dia?" - Reza Adam yang penyendiri dan Yulia yang sunshine, bagaimana akhirnya tiba-tiba salah seorang jatuh cinta?
KOMA (Terbit) by TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    Reads 5,140
  • WpVote
    Votes 411
  • WpPart
    Parts 16
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN AHA‼️ Dapatkan KOMA di shopee @ahashoppe2020 segera ⚠️AMARAN⚠️: cerita ini mengandungi pengkhianatan, kematian, pengorbanan, penderitaan dan kesengsaraan karakter mahupun pembaca. 🚫Read at your own risk🚫 ----- "Apa kau buat ni, Alya?" "Itu patut jadi soalan aku, Ayman. Aku perhati sejak kau sedar dari koma, perangai kau lain. Semua yang terjadi kau kata salah." "Dah benda memang haram." "Haram?" Alya berdecit. "Sejak bila kau kisah halal haram ni? Mungkin kau dah lupa sebab kemalangan tu, jadi aku akan ingatkan kau balik..." kata-kata Alya diberhentikan separuh jalan. Entah mengapa, jantung Ayman berdegup laju menantikan ayat yang bakal menyusul keluar. "...Islam dah lama mati." ----- Sejak terbangun dari komanya, pelbagai perkara aneh terpaksa dilalui Ayman. Dunia yang dihuninya sekarang seolah mimpi ngeri yang entah di mana penghujungnya. Orang ramai berbunuh-bunuhan, halal haram tidak lagi menjadi satu hal. LGBT berleluasa, sepertimana nilai agama yang kian memudar. Manusia hanya Islam pada kad pengenalan, namun jauh sekali terpesong dari kebenaran. Dia tidak boleh membenarkan perkara itu terus bermaharajalela. Atas sebab itu, dia dan sekutunya telah bertekad untuk memulakan dakwah bagi mengembalikan agama yang telah hilang. Walau apa jua taruhannya, mereka tidak akan berputus asa. Hatta terpaksa berdepan kematian sekalipun... kerana andai bukan mereka, siapa lagi? ;D-42 ----- - 35% dakwah/islamic - 50% dystopian - 10% sci-fi - 5% dark fantasy