malay
17 stories
βœ“ TUNKU NOAH NATHAN  by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,155,346
  • WpVote
    Votes 481,969
  • WpPart
    Parts 71
#1st UNDER HE SERIES: β€’Tunku Noah Nathan πŸ‘‘ ~Under His Killing Eyes~ TUNKU NOAH NATHAN... Sebut saja Noah De'Angelo, nama yang digeruni dan ditakuti. Nama yang tidak dinafikan kehebatan. Nama gah yang terkenal di mata dunia. Bila dia Tunku Noah Nathan... semua wanita menggila. Namun bila dia Noah De'Angelo... tak ada siapa yang berani melihat anak matanya yang membunuh itu. Tapi bukan bagi ARMAYA MIKAEYLA... Baginya lelaki itu bukanlah sesiapa untuk dihormati dan disanjung tinggi. Hanya sebaris nama buat dia rasa muak. Menyampah dengan dunia orang kaya seperti Tunku Noah itu. Menyampah dengan dunia sendiri semestinya. Tunku Noah pastinya tak ubah seperti orang kaya tipikal yang lain. Cliche! "He is nothing. Dengar nama pun aku tak suka. Semoga muka macam jamban tak siap. Kalau muka dia handsome macam mana sekalipun, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Cinta tentang hati bukan tentang muka. Kan?" Saat pertama kali berjumpa Tunku Noah Nathan... bagi Armaya Mikaeyla, dia tak ada masa nak jatuh cinta pandang pertama, love at first sight, tersungkur tergolek ke apa ke, tak PAYAH! Buang masa. Bak kata sahabatnya, dari mata turun ke hati. Tipulah kalau hati Armaya tidak lemas dengan pandangan membunuh mata cantik itu. Tapi maaf... he just not my type! Armaya tersilap langkah. Dia hanya kenal Tunku Noah Nathan. Namun dia belum kenal siapa Noah De'Angelo. "Welcome to my world, my little angel." When his golden eyes collide with mine, when my dark eyes meet him's, That's when the feeling comes. Always...
Ramadhan Tiba (βœ”) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 158,965
  • WpVote
    Votes 7,462
  • WpPart
    Parts 26
Kisah Piah dan Abang Li bermula di bulan Ramadhan dan masih lagi berjalan sehingga ke hari ini.... Excerpt : "Abang Li baru je balik dari oversea. Jumpa Piah semula tak sampai sebulan pun lagi. Tup tup, keluar pantun empat kerat. Abang Li buang tabiat ke apa?" terus Piah menyembur. Tiada lagi tapisan kata. Pada Piah, Abang Li ini jenisnya terlampau berterus terang. Dan padanannya, Piah juga perlu bercakap tanpa belok-belok. Biar lurus saja semuanya. "It only takes a second to fall in love..." Tiba-tiba Abang Li bermadah Inggeris. Mulut Piah bergerak mengunyah angin. Cup cap cup cap bunyinya. Itu tanda Piah mula mahu diserang angin sawan. Piah cakap A, Abang Li pusing ke arah B. Ini lah masalahnya bila lulusan dalam negara berbual dengan lulusan luar negara! "Falsafah Abang Li tu, boleh ambil pergi buat kuih raya. Piah ni orang kampung. Tak faham semua ayat English tu." Abang Li ketawa. Makin membuat Piah berbulu. Orang tengah serius, dia boleh pula ketawa? Memang sah Si Ramadhan bin Azri ni...ada wayar putus!
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 696,005
  • WpVote
    Votes 53,631
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021
HERO by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 697
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 1
Kisah pendek pertempuran diantara superhero dan juga villain. But, with a twist.
MRS ARSEN ZACH by Areynaad
Areynaad
  • WpView
    Reads 8,296
  • WpVote
    Votes 865
  • WpPart
    Parts 12
"π΅π‘œπ‘™π‘’β„Ž π‘—π‘Žπ‘‘π‘– π‘˜π‘Žπ‘šπ‘’ π‘šπ‘’π‘šπ‘π‘’π‘›π‘π‘– π‘ π‘’π‘ π‘’π‘Žπ‘‘π‘’ π‘π‘Žπ‘‘π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘™ π‘–π‘Ž π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘ π‘π‘Žπ‘–π‘˜ π‘π‘Žπ‘”π‘–π‘šπ‘’, π‘‘π‘Žπ‘› π‘π‘œπ‘™π‘’β„Ž π‘—π‘Žπ‘‘π‘– π‘π‘’π‘™π‘Ž π‘˜π‘Žπ‘šπ‘’ π‘šπ‘’π‘›π‘¦π‘’π‘˜π‘Žπ‘– π‘ π‘’π‘ π‘’π‘Žπ‘‘π‘’ π‘π‘Žπ‘‘π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘™ π‘–π‘Ž π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘‘ π‘π‘’π‘Ÿπ‘’π‘˜ π‘π‘Žπ‘”π‘–π‘šπ‘’, π΄π‘™π‘™π‘Žβ„Ž π‘šπ‘’π‘›π‘”π‘’π‘‘π‘Žβ„Žπ‘’π‘– π‘ π‘’π‘‘π‘Žπ‘›π‘” π‘˜π‘Žπ‘šπ‘’ π‘‘π‘–π‘‘π‘Žπ‘˜ π‘šπ‘’π‘›π‘”π‘’π‘‘π‘Žβ„Žπ‘’π‘–." - 𝐀π₯-𝐁𝐚πͺ𝐚𝐫𝐚𝐑 𝐚𝐲𝐚𝐭 πŸπŸπŸ” Misteri. Hanya itu yang aku boleh gambarkan tentang si 'dia'. Pandangan mata yang memukau dan keberanian yang ada dalam dirinya membuatkan aku menginginkan lebih daripada mengenali dirinya. Aku... Raja Arsen Sach, pemerintah Kerajaan Seleucid. Memilih si 'dia' sebagai permaisuri untuk aku. Ataupun... Lebih tepat Dia adalah , 'The Emperor Choice's' First collaboration with @romeoow Start :1JULY2021 End :
Supporter Belakang Tabir βœ” by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 102,213
  • WpVote
    Votes 6,503
  • WpPart
    Parts 33
Nina Fini | Karya Kelima Leo & Auliya -Logik badminton mengatakan aku dan dia ibarat 'out'. Mustahil akan bersama. Namun, tatkala takdir melontarkan 'in', 'challenge' juga takkan mampu mengubah ketentuan-Nya.- 19/4/2022 - 2/11/2023
Pengganti Paling Setia βœ” by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 446,871
  • WpVote
    Votes 19,146
  • WpPart
    Parts 49
Nina Fini | Karya Keempat Dr Khairul X Diana Eirina ~ Aku datang bersama luka, dia hadir menghadiahkan setia. ~ 1/6/2021 - 22/2/2022
Titanium Milik Khayra βœ” by NinaFini
NinaFini
  • WpView
    Reads 544,646
  • WpVote
    Votes 23,934
  • WpPart
    Parts 50
Nina Fini | Karya Ketiga Titanium X Nur Khayra Iffat ~Aku tidak tahu makna cinta sehingga bertemu sepasang mata. He's my real definition of love.~ 30/5/2020 - 30/3/2021
Our Magic Momentβ„’ by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 5,403
  • WpVote
    Votes 881
  • WpPart
    Parts 16
Disebabkan tidak mahu terikat dengan perkahwinan terpaksa yang dirancang keluarga, Ainsley Maia mengambil keputusan untuk lari ke Kota Besar London. Namun begitu, lain pula jadinya apabila dia terjumpa dengan Colby Cooper. Seorang lelaki yang santai dan mesra tetapi mempunyai rahsia tersendiri. Disebabkan satu insiden, mereka berdua mengembara di sekitar Eropah. Sehinggalah mereka berdua jatuh cinta. Dan ini, kisah mereka. Kisah Ains dan Colby yang agak luarbiasa jika hendak dibandingkan dengan drama TV3. This is Our Magic Moment. 3/01/2022
Alanna | Terbit by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 17,330
  • WpVote
    Votes 1,659
  • WpPart
    Parts 18
Alanna - Dia tak pernah menyangka peristiwa satu malam yang penuh dengan salah faham itu menyebabkan zaman bujangnya berakhir. Bersungguh-sungguh dia menafikan tuduhan tak berasas yang dilemparkan padanya. Tapi, tiada seorang pun yang percaya! Megat Ilman Zaydan - Apa yang berlaku malam itu seolah-olah mimpi. Tapi entah kenapa dia langsung tidak menyangkal tuduhan-tuduhan itu. Bibirnya dikunci. Lidahnya kelu. Bila disuruh bertanggungjawab, Ilman terus bersetuju. Gilakah dia? Fakhrul - Pertama kali Alanna muncul di restoran, dia sudah terpaut. Pantang ada peluang, pasti gadis itu cuba didekatinya. Mahu meluah apa yang terpendam di dalam hati, dia tak berani. Macam mana kalau kena reject? Tsk, sakit kut! "I should have never trust you, Alanna." - Ilman. "A marriage without trust is nothing." - Alanna. Kerana kecewa, Alanna undur diri. Kerana salah faham, ego dan cemburu yang tak bertempat, Ilman yang rugi. Setahun berlalu, takdir mempertemukan mereka kembali. Tapi waktu itu, Alanna bukan seperti yang dulunya lagi. "Sekurang-kurangnya ada juga benda yang boleh mengingatkan awak pada saya. Tak adalah saya seorang aje yang teringat-ingatkan awak nanti," - Fakhrul. Untuk menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Alanna, Fakhrul sedar ia cumalah sekadar angan-angannya di siang hari. Untuk kembali menakluki Alanna, Ilman tak tahu adakah dia mampu setelah dia meninggalkan luka di hati sang isteri. "Everyone deserves a second chance to clean up their mistake, right?"